SEMASA Perlembagaan negara dirangka, tidak tercatat di dalamnya kawalan atau tindakan yang perlu atau boleh diambil terhadap raja yang tidak lagi dipercayai oleh rakyat.
Bagaimanakah sifat kesalahan yang memungkinkan atau menyebabkan hilangnya kepercayaan rakyat kepada raja? Menurut Tunku Abdul Rahman Putra, perkara ini bukan sengaja dilupakan tapi tidak dimasukkan ke dalam Perlembagaan kerana ‘berhasrat mengambil hati raja-raja supaya bersama-sama kita dalam perjuangan Merdeka.’
Namun apabila negara sudah mencapai kemerdekaan, beliau berasakan perkara ini perlu dijelaskan dalam Perlembagaan, justeru mencadangkan Parlimen mengambil tindakan memperbetulkan keadaan ini.
Menurut mantan pensyarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Shaharuddin Maaruf, dalam bukunya Idea Melayu Tentang Pembangunan (Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2014), ada dua sebab kenapa Tunku berasakan kawalan demokratik perlu ke atas raja-raja.
Pertama, untuk elak timbulnya konflik antara sistem raja feudal dengan sistem raja berperlembagaan. Kedua, kebimbangan beliau tidak lagi dapat memainkan peranan sebagai pengimbang antara feudalisme dan gerakan kebangsaan seperti sebelumnya. (ms 188).
Untuk menangani keadaan ini, Tunku cuba menghuraikan masalah menerusi pendidikan sosial dan mempengaruhi pandangan umum. Beliau banyak berkongsi bahan dan renungan mengenai kesinambungan sistem feudal dan beraja di Malaysia.
Tunku adalah tokoh paling berpengaruh mempertahan kelangsungan sistem beraja dan menentang idea republik. Beliau faham revolusi demokrasi yang berlaku di seluruh dunia selepas Perang Dunia Kedua, lalu mempelopori pembaharuan sistem beraja di Malaysia agar terus relevan dan diterima rakyat.
Memahami susunan sosial,
perubahan politik dan keperluan Perlembagaan, Tunku mampu membentuk, mencorak dan menentukan pergerakan kebangsaan menjadi rakan penting feudalisme Melayu. Di sinilah letaknya pengertian sejarah ketokohan Tunku. Hasilnya, kedua-dua pihak bersedia menerima Tunku kerana imejnya yang berbilang dimensi.
Kerana kedudukannya yang unik, Tunku mampu berperanan membela, sekali gus mengkritik sistem beraja. Kata Tunku: “Barangkali saya sahajalah yang dapat mengatakan semua ini tanpa merasa bimbang akan dibantahi, sebab saya dari keluarga diraja yang tertua di Malaysia.
Nenek-moyang saya mula-mula menegakkan wangsanya lebih dari 1,000 tahun yang lalu, dan saya juga telah berkesempatan dan bertuah memegang kuasa eksekutif selama 15 tahun.” (Buku Looking Back, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1977, ms 215).
Tegas Tunku, raja perlu mematuhi syarat-syarat dalam Perlembagaan kerana ia asas kewibawaan. “Kalau Perlembagaan menjamin agar jawatannya itu dihormati, maka raja-raja pula haruslah menghormati Perlembagaan.” Dengan cara halus, Tunku memberi peringatan. “Raja-raja hendaklah senantiasa waspada.
Mereka haruslah memperlihatkan tauladan yang paling baik. ...banyak yang boleh mereka lakukan yang dapat dihargai dan diharapkan rakyatnya... Adat beraja sesuai bagi rakyat kita, tapi adat itu haruslah dipelihara dengan hormat dan mulia.
Seperti dengan semua benda-benda yang baik, rakyat boleh menjadi jemu dan ingin mengubah jika mereka merasa segala-galanya tidak baik dengan adat beraja ini...” (ms 214)
Tunku membuat pesanan ini kerana memahami realiti bahawa raja juga boleh menyeleweng justeru perlu elak menyinggung hati rakyat. “Memang ada beberapa godaan yang boleh menggoda mereka; jadi sebagaimana semua manusia lainnya, mereka juga mudah tergoda.
Menteri besar dan (Exco) dikatakan menjadi ‘pengawas’, tugas mereka adalah untuk memerhatikan raja-raja tidak melakukan sesuatu yang berlebihan, tetapi mereka pun, kerana terpaksa mengambil hati rajanya, sering ‘buat-buat tidak nampak’ sahaja.”
Tunku menceritakan pengalamannya. “Ada sekali dua saya terpaksa masuk campur tangan untuk mencegah Raja dari sebuah negeri daripada menyalahgunakan kedudukannya sebab Menteri Besarnya tidak berani menegur Rajanya. ...Saya memberitahu Raja itu bahawa MB adalah wakil yang dipilih rakyat.
Maka menjadi tugasnya mempertahankan Perlembagaan dan menjalankan pentadbiran dengan jujur dan adil. Jika (Tuanku) dapat membuktikan bahawa dia tidak melaksanakan tugasnya, maka dia boleh diganti; kalau tidak ia akan terus memegang jawatannya hingga rakyat memutuskan untuk menyingkirkannya.” (ms 212-214)

0 Komentar untuk " Peranan raja menurut Tunku "