Lim Kit Siang – Orang berusia yang tak habis merungut pasal ISMA - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Lim Kit Siang – Orang berusia yang tak habis merungut pasal ISMA

Lim Kit Siang yang sekian lama bermaharajela mengkritik dan kaki bangkang nombor 1 kerajaan kebelakangan ini tidak habis-habis merungut pasal ISMA yang mengkritik beliau dan parti DAP. Mungkin Kit Siang selama ini tidak pernah disentuh oleh mana-mana pihak sebegitu rupa. ISMA terpaksa memilih untuk lantang menentang keras dasar-dasar perjuangan DAP. Apabila ISMA tanpa silu tegas menentang perjuangan panjang DAP yang jelas mencabar perlembagaan negara kita, Kit Siang rasa begitu tercabar dan bertembung dengan pihak yang berani lantang menghalang agenda perjuangannya.
Kemungkinan besar, bagi DAP dan rakan sepakat mereka dalam barisan pembangkang dan kerajaan, sesiapa saja yang mahu mencabar mereka tidak harus dibiarkan dan jangan dibenarkan arus itu bertambah kuat mengugat perjuangan mereka. Cita-cita DAP dan Kit Siang sejak penubuhan DAP itu sudah pun banyak berhasil dan sebahagiannya besar sudah tercapai serta boleh dianggap sampai ke fasa-fasa akhir kejayaan. Bagi mereka, perjuangan berasas sosialis sekular dalam projek Malaysian Malaysia yang kini diberi nama baru New Malaysia ini tidak boleh digagalkan oleh sesiapa setelah sampai ke tahap kejayaan ini. 
ISMA dan beberapa gerakan NGO Islam lain kini menjadi penghalang, maka penghalang ini mesti disenyap dan dilenyapkan.
Kebelakangan ini juga, Kit Siang sendiri terpaksa tampil untuk ‘deal’ berurusan dengan ISMA. Beliau bertubi-tubi menyelar ISMA dan melabel ISMA dengan label-label seperti ekstrim, rasis, chauvinis, penghasut dan lain-lain label lagi. Nama Presiden ISMA, yang lain-lain dan saya sendiri disebut berulang kali. Tapi, yang agak kelakar komentar beliau lebih berupa rungutan- rungutan emosi. Kit Siang tidak pula menafikan banyak fakta benar lagi berasas  mengenai perjuangan DAP yang dikritik, dan dicabar oleh ISMA yang bertentangan dengan perlembagaan Malaysia. 
Respons berupa rungutan beliau  oleh diianggap seperti reaksi seorang tua yang mudah tersinggung.  Anehnya Kit Siang dan DAP yang tak puas-puas mengkritik kerajaan pimpinan DS Najib kali ini dilihat seolah-olah meminta jasa baik DS Najib dan boleh juga dilihat memprovokasi DS Najib supaya mengambil tindakan terhadap ISMA. Kit Siang dan rakan-rakannya mendesak berulang kali supaya Perdana Menteri   bertindak terhadap ISMA.    
Sekali lagi DAP mempamerkan sifat hipokrit mereka! Mereka menyeru kepada demokrasi, kebebasan bersuara, kebebasan mengkritik. Mereka boleh belasah orang lain atas dasar rakyat boleh bebas bersuara.  Tapi bila giliran mereka dikritik, mereka mudah sensitif, berasa hati dan melenting kepanasan dan suruh ambil tindakan. Tiba-tiba PM yang sentiasa saja salah dan selalu dikritik dan ada kala tidak langsung dihormat statusnya sebagai pemimpin nombor 1 negara sampai ada kala dilabel kangkung itu pula menjadi tempat mereka mengadu dan didesak mengambil tindakan terhadap ISMA.  
Saya nak ulangi! Perjuangan DAP adalah berasaskan kefahaman sosialis, sekular dan konsep Malaysian Malaysia adalah bercanggah dengan perlembagaan Negara dan Islam serta perjuangan yang akan menghakis dan akhirnya menukar identiti negara Malaysia. Manakala, perjuangan ISMA adalah untuk mempertahankan perlembagaan negara, Islam serta mengekalkan identiti negara sebagai negara Islam dan negara warisan orang Melayu serta  memajukan negara tercinta  ini. 
Perjuangan DAP boleh menggugat kestabilan dan keselamatan tanahair jika tidak sekarang pada masa akan datang. Sila kaji sejarah perjuangan DAP, perlembagaan dan dokumen mereka. Sila kaji pula perjuangan ISMA. Kit Siang dan DAP anggap ISMA berbahaya , ISMA anggap Kit Siang dan DAP berbahaya!  Anda nilai sendiri!    
Bila lagi pemimpin dan orang Islam terutama orang Melayu akan sedar atau masih mahu berbaik sangka?
Abdul Rahman Mt Dali
Naib Presiden ISMA 
0 Komentar untuk " Lim Kit Siang – Orang berusia yang tak habis merungut pasal ISMA "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ