PELBAGAI aktiviti perniagaan bersedia untuk menikmati limpahan faedah apabila KLIA2 terminal khusus bagi penerbangan kos rendah terbesar di dunia, akan memulakan operasi pada Jumaat ini yang pastinya menjadi peristiwa bersejarah bagi negara dalam semangat "Malaysia Boleh."
Selain menjadi pembangunan infrastruktur yang akhirnya berjaya disiapkan selepas sekian lama dinanti ekoran pelbagai masalah, KLIA2 juga melambangkan kesediaan negara untuk menangani pertumbuhan pesat yang dijangka dalam industri penerbangan tambang rendah peringkat serantau dan global.
Satu daripada projek pembiayaan swasta terbesar, dengan kapasiti yang boleh menampung sehingga 45 juta penumpang setahun, KLIA2 tidak dinafikan akan turut membantu merangsang pertumbuhan dan pekerjaan dalam pengangkutan, pelancongan, makanan, penginapan dan pelbagai sektor sokongan lain.
Pujian perlu diberikan kepada Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi keazamannya yang akhirnya berjaya menyiapkan lapangan terbang itu walaupun menerima kritikan ekoran kelewatan pembinaannya dan juga perselisihan berterusan dengan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd mengenai isu berkaitan KLIA2.
Akhirnya, kejayaan dapat dicapai dengan Kumpulan AirAsia bersetuju untuk berpindah dan beroperasi di KLIA2, yang turut dikenali sebagai lapangan terbang hibrid baharu, pada Mei ini. Ketika itulah, Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) akan menghentikan operasinya.
Tidak diragui lagi, campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tepat pada masanya telah berjaya merungkai kebuntuan antara AirAsia dan pengendali lapangan terbang, MAHB.
Walaupun masih terdapat "beberapa isu komersial yang tertangguh," AirAsia telah memutuskan untuk berpindah, menyatakan perkara itu tidak akan membatas operasinya di KLIA2.
Pengerusi Eksekutif AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun, dipetik sebagai berkata, AirAsia telah membuat persediaan yang perlu untuk berpindah ke KLIA2, sejajar dengan spesifikasi Kesediaan Operasi dan Pemindahan (Orat), seperti ujian operasi dan 'airside'.
"Dengan bantuan dan sokongan Malaysia Airports Holdings, kami mampu mematuhi kehendak ORAT untuk memudahkan proses perpindahan kami," katanya.
Tidak dinafikan AirAsia akan mendapat banyak faedah dengan beroperasi di terminal tambang rendah yang terbesar di dunia itu. Dengan saiz secara kasar separuh daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA2 akan menjadi pemangkin bagi pengembangan AirAsia dalam jangka panjang.
Ia akan menjadi penyewa utama KLIA2 dengan kadar yang merangkumi lebih daripada 80 peratus trafik penumpang menggunakan lapangan terbang baharu itu.
KLIA2 juga dijangka membuka jalan bagi pembangunan seterusnya industri penerbangan negara.
Keputusan kerajaan untuk mendapatkan kepakaran Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk menilai dan menentukan keselamatan jangka panjang KLIA2 merupakan langkah yang tepat.
Dengan menjemput agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu, AirAsia boleh diberi jaminan bahawa ICAO akan memastikan keselamatan penerbangan udara dan pertumbuhan KLIA2.
ICAO mengguna pakai standard dan amalan yang dicadangkan berkaitan penerbangan udara, infrastrukturnya, pemeriksaan pesawat, pencegahan campur tangan yang menyalahi undang-undang, dan pemudahan prosedur merentasi sempadan bagi penerbangan awam antarabangsa.
Pada 24 April, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan ICAO mengesahkan bahawa KLIA2 menepati standard keselamatannya.
Dan dalam masa yang sama, berjanji bahawa keselamatan menjadi keutamaan KLIA2, apabila Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) daripada UEMC-Bina Puri JV, kontrak utama bangunan terminal itu, telah diperoleh pada 17 April.
Pengeluaran CCC bukan sahaja memperakui keselamatan projek itu malah juga kelulusan bagi semua pihak berkuasa berkaitan untuk menghuni bangunan terminal itu termasuk syarikat penerbangan yang boleh memulakan operasi dari lapangan terbang hibrid itu.
CCC mestilah mematuhi spesifikasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Perbandaran Sepang dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).
MAHB mengendalikan operasi olokan Orat, yang merupakan percubaan untuk merangsang aspek kefungsian dan operasi sejak awal Februari. Orat akhir akan dilaksanakan pada 30 April.
Selain AirAsia, syarikat penerbangan lain yang bersedia untuk beroperasi di KLIA2 termasuk Malindo Air, Cebu Pacific Air, Tiger Airways Singapore, Lion Air dan Mandala Airlines dari Indonesia, dan siapa tahu, mungkin lebih banyak lagi syarikat penerbangan lain yang akan beroperasi di terminal itu yang setanding dengan standard antarabangsa.
Penumpang bakal menikmati pengalaman perjalanan yang mudah dan selesa, berikutan klia2 menyediakan kemudahan pengangkutan yang pelbagai seperti Express Rail Link, bas dan teksi, dan sebagai hab pengangkutan, bukan sahaja untuk kemudahan penumpang tetapi juga masyarakat setempat. - Bernama

0 Komentar untuk " KLIA2 rancakkan pelbagai aktiviti perniagaan "