JALAN raya di bandar utama di Malaysia nampaknya akan mula berubah rupa dengan kehadiran kereta elektrik keluaran CMS Consortium Sdn Bhd yang akan disewakan kepada pengguna menerusi program sistem mobiliti bersepadu (Comos).
Melalui program ini, CMS Consortium dijangka menyediakan sebanyak 40 unit kenderaan elektrik (EV) untuk disewa bermula suku kedua tahun ini di sekitar Lembah Klang.
Pengerusi Eksekutif Comos, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir berkata, bagi fasa pertama, kawasan tumpuan ialah di Lembah Klang, diikuti Langkawi dengan sehingga 30 kenderaan EV dijangka disediakan di pulau itu pada November depan.
“Hanya selepas itu, program ini akan diperluas secara menyeluruh ke negeri lain seperti Melaka, Johor Bahru dan Pulau Pinang dalam fasa kedua,” katanya selepas prapelancaran Comos yang dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Menurut Syed Zainal, RM5 juta hingga RM7 juta dibelanjakan untuk program itu dan menyasarkan untuk menyediakan sehingga 3,500 kereta EV di seluruh negara menjelang 2020.
Katanya, tujuan utama program itu ialah untuk menawarkan penyelesaian mudah alih ke arah persekitaran tenaga lestari, sekali gus membantu agenda kerajaan dalam usaha mengurangkan pencemaran karbon dioksida, mengurangkan penggunaan minyak, menggalakkan
penggunaan pengangkutan awam, sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Comos ialah sistem perkongsian kenderaan elektrik pertama di Malaysia menerusi kerjasama antara Malaysian Green Technology Corporation, Institut Automotif Malaysia dan CMS Consortium.

0 Komentar untuk " Khidmat sewa kereta elektrik diperkenal "