PENGANJURAN Ijtimak Pondok Malaysia minggu lalu adalah program terbesar Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) tahun ini. Ia juga meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan.
Kehadiran warga pondok dan para tetamu adalah di luar jangkaan. Di Forum Perdana pada malam 23 April, penonton yang memenuhi dewan di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) tidak mahu berganjak walaupun sudah tamat. Kami diserbu gembira oleh hadirin.
Kerana tidak mahu mengecewakan mereka, akhirnya kami teruskan sesi forum dengan tajuk lain pula. Inilah kali pertama saya mengalaminya.
Pada saya, ini satu trend yang cukup mengujakan. Sokongan Perdana Menteri sebagai penaung, Kerajaan Negeri Kedah terutama Menteri Besar serta pelbagai agensi awam dan swasta amat dihargai.
Kerjasama media juga telah membantu menjayakan ijtimak yang julung kali diadakan.
Pelbagai isu penting berkaitan kedudukan dan cabaran yang dihadapi institusi pondok serta masa depannya dibincang di ijtimak ini, termasuk kurikulum, kualiti pendidikan dan guru pondok serta soal persijilan dan piawaian.
Turut dibangkitkan ialah soal pengurusan pondok, bilangan pelajar semakin kurang dan soal pewarisan. Ahli panel dan guru pondok berkongsi ilmu dan pengalaman, mengemukakan idea dan saranan yang boleh dilaksanakan untuk memperkuat, mendaulat dan mengarusperdanakan pondok agar terus relevan dan berperanan seperti pada zaman gemilangnya.
Pihak Kuin dan Universiti Utara Malaysia sedang menyediakan laporan lengkap berhubung ijtimak ini. Daripadanya, YPPM akan menyediakan resolusi dan kertas dasar yang akan diserahkan kepada pihak kerajaan dengan harapan tindakan konkrit dapat diambil untuk mencapai matlamat yang saya sebutkan.
Sejak pelancaran YPPM pada 2012, saya boleh menjangkakan harapan tinggi daripada komuniti pondok, terutama yang berasakan sudah sampai masa perhatian lebih serius dan mendalam diberikan bagi memastikan perkembangan sistem pengajian Islam ini berterusan. Inisiatif menubuhkan YPPM adalah bagi menjadikannya saluran yang efisien dan berkesan memadukan sumber dan kapasiti yang ada dengan keperluan komuniti pondok.
Misinya ialah bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kelangsungan institusi pondok yang telah banyak memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Bagaimanapun, kita terima hakikat bahawa hasrat menyatu semua pondok di bawah satu payung tidak mudah dan mungkin memakan masa yang lama kerana banyak urusan harus ditangani.
Manakala, hala tuju institusi ini pula bergantung kepada semangat dan komitmen pengurusan pondok untuk berubah atau mentransformasikan diri agar terus relevan dan berkembang. Ada yang mahu mengekalkan tradisi dan cara asal pengajian pondok, termasuk dari segi kurikulum, kitab yang diguna, cara mengajar dan belajar, malah suasana atau milieunya.
Ada pula yang berasa perlu untuk memodenkan kaedah dan pendekatan, menggabungkan pengajian kitab thurath dengan beberapa mata pelajaran lain seperti Sains, Matematik dan kemahiran bahasa sambil mengekalkan jiwa, roh dan semangat pondok.
Kedua-dua aliran ini mempunyai merit, kekuatan dan kelebihan masing-masing.
Secara prinsip, kita berpendirian untuk mengarusperdanakan sistem pengajian pondok agar sentiasa segar, lestari dan mampu memenuhi tuntutan zaman. Definisi pondok yang kita guna pakai tidak merujuk kepada satu aliran pondok sahaja, malah merangkumi pondok tradisional, moden dan sistem madrasah.
Justeru, skop kepentingan, bantuan dan kerjasama yang dijalankan oleh YPPM adalah luas, malah dari segi geografinya, merangkumi Nusantara hingga ke Asia Selatan, Asia Tengah, Timur Tengah, Afrika Utara dan Afrika Selatan atas dasar kepentingan bersama.
Program Turun ke Padang (PTP) dan engagement yang dilakukan oleh YPPM dengan banyak pondok diharap membuahkan hasil yang baik. Dengan terbinanya silaturahim lebih erat dan kesefahaman antara pihak YPPM dengan pondok, maka banyaklah program dan aktiviti dapat dijalankan pada masa akan datang.

0 Komentar untuk " Ijtimak tinggalkan impak besar "