FAHAM ahlussunnah waljamaah (ASWJ) adalah sesuatu yang benar dan menepati dalam berpegang kepada ajaran Islam. Asas tauhid, ibadah, syariah dan akhlak Islami berdiri atas faham ini. Faham ini menjadikan al-Quran dan al-Hadith sebagai sumber ilmu, pedoman, hukum dan sumber ikutan.
Dari sudut aqidah ia didasarkan kepada aliran Ashaari dan Matruridi.
Sepanjang sejarah Islam berlaku penyimpangan. Timbul kelompok muktazilah umpamanya adalah bukti wujudnya penyimpangan ini. Faham Syiah juga adalah contoh lain yang mencanggahi faham ASWJ. Faham Qadiyani juga adalah salah satu daripadanya. Yang terkini ialah faham Rashad Khalifa mengenai penolakan Hadith.
Faham ASWJ menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan prinsip dan pedoman. Al-Quran tidak diturunkan dalam kekosongan. Islam itu agama dakwah dan ayat-ayat ALLAH itu perlu disampaikan. Rasulullah SAW adalah Rasul pilihan dan menyampaikan risalah Qurani kepada manusia.
Sebagai agama risalah ia perlu disebarkan. ALLAH memilih Rasul dan Nabi dalam kalangan manusia kerana kualiti manusiawi penting lantaran ia memiliki sumber teladan dan contoh ikutan. Rasulullah SAW umpamanya dijadikan sumber ikutan oleh umat Islam kerana pada dirinya terdapat contoh terbaik dan pembawa rahmah bagi sekalian alam (wama arsalna kailla rahmatan lilialamin).
Al-Quran dalam faham ASWJ tidak saja sebagai sebuah kitab yang harfiah sifatnya untuk maksud hafazan dan pengingatan tetapi terkandung ilmu untuk dirujuk, dijadikan sumber hukum dan sandaran binaan fikrah. Dari asbabun nuzul sehingga kupasan dan tafsirnya al-Quran terhubung dengan aspek kontekstual atau waqi’ bagi memahami hikmah di sebalik kejadian dan penciptaan. Sebab itu lahirnya tafsir al Qurtubi, Ibn Kathir, Syed Qutb, Yusof Ali dan banyak lagi yang menghubungkan al-Quran dengan aqidah, ibadah, syariah dan akhlak supaya penganut Islam mempunyai pedoman dan petunjuk yang betul.
ASWJ tidak menolak kewujudan mazhab fekah yang utama dan perbezaan yang sifatnya furuq dengan mengutamakan perkara usul atau pokok dan menyantuni perbezaan dengan kaedah adab ul ikhtilaf – etika perbezaan yang tidak membawa pertentangan.
Pegangan kepada faham ASWJ ini penting supaya kesepakatan terhadap isu aqidah wujud, ibadah berpedomankan al-Quran dan as-Sunnah terjadi, hukum-hakam berasaskan jalur syariah dipatuhi dan dukungan kepada akhlak karimah berlaku.
Faham anti-hadith umpamanya bukanlah daripada kelompok ASWJ kerana berpegang kepada al-Quran semata-mata tanpa dukungan al-Hadith adalah sesuatu yang amat bercanggah. Al-Quran terkandung prinsip penting dalam pemahaman dan amalan.
Sunnah Rasulullah SAW memperjelaskan lagi cara beribadah dan juga bersyariah. Sebab itu fahaman ASWJ juga mengizinkan ijmak dan qiyas sebagai asas memahami Islam secara luas dan kontekstual.
Tidak timbul fahaman ASWJ menyekat kemajuan dan menjadikan para ulama’ dan ilmuwan jumud dan fikrahnya tidak berkembang. Sejarah kebangkitan tamadun silam didukung oleh para ulama dan ilmuwan ASWJ serta ilmu Islam tidak saja berkembang dalam skop diniah yang luas tetapi juga menemukan landasan ijtihad yang merintis kepada pembangunan tamadun.
Al-Quran umpamanya memberi batasan penting mengenai riba dalam kaitannya dengan muamalah, tijarah dan iktisadiah. Pada zaman Rasulullah berlaku jenis niaga tukar-barang dan asas keadilan menjadi prinsip supaya eksploitasi tidak terjadi. Pada hari ini prinsip patuh syariah yang berasaskan al-Quran tetap terjadi.
Corak berniaga dan jual beli dan sistem perbankan sama ada mudarabah, murabahah, musyharakah dan lain-lainnya adalah produk hasil adanya ijtihad, ijmak dan qiyas supaya aplikasi prinsip dan hukum dalam tijarah, muamalah terjadi.
Perubahan dalam ilmu dan pendidikan umpamanya amat dinamik. Tetapi dinamika dalam konteks ASWJ tidak harus meminggirkan prinsip al-Quran dan as-Sunnah supaya faktor naqliah (wahyu) menjadi tunjangan kepada perkembangan akliah (akal) kerana pendidikan tidak sekadar suatu proses pemindahan ilmu dan kemahiran tetapi ianya adalah suatu proses transformasi atau perubahan diri, sikap dan amalan.

0 Komentar untuk " Wasatiyyah dalam binaan ASWJ "