KANGAR - Lebih 300 usahawan gerai buah-buahan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di seluruh negara mencatat jualan RM12.97 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan Fama, Ab Razak Ab Majid berkata, usahawan berkenaan mengendalikan 423 gerai menjual buah-buahan tempatan bermusim dan tidak bermusim di samping buah-buahan import.
Fama juga memutuskan membina 100 buah lagi gerai baharu di bawah program Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) di seluruh negara tahun ini selepas pulangan yang diraih mereka memberangsangkan, katanya selepas melawat dua Agrobazar Kedai Rakyat (AKR) di Kaki Bukit dekat sini dan GBBS Lebuh Raya Kuala Perlis-Changlun, Ulu Pauh, hari ini.
Sehubungan itu, Ab Razak meminta kerajaan negeri menyediakan tapak-tapak yang sesuai untuk membina GBBS baharu dengan kosnya ditanggung oleh Fama.
Fama juga merancang menaik taraf semua 416 GBBS sedia ada dengan sasaran 60 buah dapat dilaksanakan sebelum akhir tahun ini, kata Ab Razak.
Pada tahun lepas, 355 usahawan GBBS Fama mencatat jualan bernilai hampir RM270 juta.
Katanya di Perlis sahaja terdapat 31 usahawan Fama menjalankan perniagaan buah-buahan di 37 GBBS yang menghasilkan nilai jualan lebih RM527,000 dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini sementara pada tahun lepas mereka mencatat jualan RM17.570 juta. - Bernama

0 Komentar untuk " Usahawan gerai buah Fama catat jualan hampir RM13j "