TASAWUR dihubungkan sebagai pandangan semesta yang menghubungkan Pencipta dan hasil ciptaanNya. Ia tidak saja terkait dengan isu ontologi (kewujudan), epistemologi (ilmu) tetapi juga nilai (axiology).
Ketiga-tiga faktor ini penting dalam binaan tasawur supaya dimensi naqliah disantuni dan dimensi akliah tidak dipinggirkan.
Kewujudan adalah sesuatu yang terkait dengan Pencipta iaitu ALLAH. Alam ini tidak terjadi dengan sendiri. Seperti juga manusia dan makhluk yang lain ia adalah diciptakan bukan terjadi dengan sendiri.
Al-Quran memberikan pedoman, ilmu dan pertunjuk mengenai hikmah kejadian. Ia menjadi sumber ilmu kepada yang memahami (ululalbab).

Manusia yang berakal memerlukan nilai sebagai ukur tara menentukan yang baik dan buruk, halal dengan haram, manfaat dan mafsadah supaya kehidupan manusia menjadi sejahtera dan diredai ALLAH.
Pendekatan wasatiyyah mengambil pendekatan berimbang. Di sebalik yang positif terdapat peringatan supaya sikap melampau tidak terjadi.
Di sebalik yang negatif terhadap hikmah bagi mereka yang menggunakan akal budi. Kehidupan itu sendiri mempunyai batasan dan sempadan. Di syurga lagi Adam dan Hawa di samping menikmati kenikmatan di syurga tetapi dibatasi untuk tidak memakan buah khuldi.
Asas ini adalah asas iman. Apalagi di dunia, ALLAH ciptakan pelbagai sumber tetapi ALLAH memberikan batasan supaya ada disiplin pada akal, hati dan amal. Ini yang disebut sebagai adab. Manusia yang beradab adalah mengikut pedoman ALLAH.
Tidak beradab adalah manusia yang melampaui batas. Ia amat dimurkai ALLAH.
Yang memandu manusia untuk mencari titik keseimbangan ialah pedoman daripada ALLAH. Kekuatan akliah yang terdapat dengan potensi berfikir yang ada membolehkan faktor nakliah dikembangkan supaya hasil pemikiran berasaskan fikrah dan tasawur yang betul.
Memberi fokus kepada faktor nakliah dan mengabaikan faktor akliah tidak menyebabkan tamadun lahir. Ilmu akliah yang orientasinya sains dan teknologi adalah mustahak untuk memperkasa ilmu urus sistem.
Ilmu al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber kepada ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem. Perspektif amanah, adil, telus, tulus dan ikhlas dalam diri perlu terlihat dalam watak dan amali dalam sistem.
Ini menepati maksud al-Quran Illallazi naa’manu waa’milussaalihat – keimanan yang terlihat dalam amal soleh. Inilah keindahan Islam kerana prinsip al-Quran dan as-Sunah menjadi sumber amalan pengurusan sistem.
Asas ini menjadikan tidak saja produktiviti rohaniah tinggi tetapi produktiviti amaliah juga tinggi. Yang terdapat kini ialah produktiviti rohaniah relatif tinggi tetapi produktiviti amaliah relatif rendah.
Ini menyebabkan umat Islam terus menjadi pengguna kepada kekuatan orang lain.
Tasawwur yang sifatnya Qurani bukannya bersifat tekstual semata (harfiah dan hafazan semata) tetapi bersifat kontekstual iaitu respons kepada sumber rahmah dan nikmah yang banyak yang ALLAH ciptakan.
Ia menuntut jiwa tadabbur yang tinggi supaya usaha kajian dan penyelidikan terjadi bagi menghasilkan formula ilmu yang tidak saja rabbaniyyah tetapi juga menjadikan Islam sebagai suatu cara hidup.
Hasanah di dunia dan hasanah di akhirat kena diteroka. Persiapan ilmu dan cara di dunia adalah penting supaya ia menjadi jambatan ke akhirat. Kehinaan di dunia boleh menyebabkan kehinaan di akhirat.
Kehebatan jiwa rabbaniah yang ada terlihat dalam kehebatan manusia mengaturkan pengurusan sumber rahmah dan nikmah yang menatijahkan kesejahteraan manusia.
Konsep wasat atau wasatiyyah seperti terungkap dalam Surah al Baqarah: 143 menggariskan pendekatan berimbang lagi adil. Ia memandu manusia supaya jangan menjadi gopoh dan melampau.
Sikap sederhana yang berprinsip terlalu amat penting kerana cabaran yang ada perlu didekati dengan maslahah bukan mafsadah supaya natijah akhirnya memihak kepada Islam. Umat Islam adalah saksi kepada umat manusia.
Memperkasa Islam tidak sekadar pancaran lisan yang bersifat retorik semata. Ia menuntut pemahaman terhadap waqi atau realiti supaya keindahan Islam dalam tasawur menjadi nyata dilaksanakan dan dirasakan.
Ia terlihat dalam program alternatif yang disusun bertahap-tahap supaya gagasan yang dibangunkan dan keseimbangan penghasilan sumber daya (modal insan) yang mempunyai ilmu dan kepakaran menemui titik keseimbangannya.
Sejak abad ke-13 Barat mengambil tempat dengan tradisi Reformasi dan Renaisennya hingga menyebabkan umat menjadi pengguna kepada kekuatan mereka lebih 700 tahun.
Umat harus reflektif dengan apa yang terjadi dengan menunggulkan ilmu mengurus giri dan ilmu mengurus sistem yang Qurani supaya tasawur Islam tidak saja suatu sistem kepercayaan tetapi juga suatu cara hidup.

0 Komentar untuk " Wasatiyyah & binaan tasawur Islam "