MAHB perjelas kenyataan CEO AirAsia - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

MAHB perjelas kenyataan CEO AirAsia




MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini memberi penjelasan mengenai kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd Tan Sri Tony Fernandes mengenai keuntungan syarikat pengendali lapangan terbang itu di media tempatan.
 
MAHB berkata kenyataan Fernandes itu menyebabkan ia menerima banyak pertanyaan daripada pemegang saham, dan pengendali lapangan terbang negara itu, sebagai syarikat senaraian awam, dinasihatkan supaya membetulkan maklumat mengenai syarikat berkenaan.
 
Fernandes dalam kenyataan medianya semalam dipetik berkata "Malaysia Airlines dan MAHB perlu mula membuat keuntungan bagi mengelak ia membebankan pembayar cukai
 
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2013, MAHB mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM551.083 juta hasil pendapatan sebanyak RM4.098 bilion.
 
Ia berkata sejak 15 tahun di senarai awam, MAHB membayar fi konsesi dan cukai kepada kerajaan secara berterusan, membayar dividen kepada pemegang saham, membayar insentif kepada syarikat penerangan dan operasinya kekal menguntungkan.
 
"Sejak 2002, AirAsia turut menerima manfaat prestasi kewangan MAHB yang kukuh dan menerima insentif paling banyak sejak 10 tahun lepas daripada MAHB walaupun ia bukan syarikat penerbangan yang menyumbang jumlah penumpang atau hasil yang paling tinggi.
 
"MAHB secara khusus memperkenal program insentif untuk menyokong pertumbuhan AirAsia di peringkat awal lagi. Program itu telah memudahkan pertumbuhan AirAsia sehingga menjadi syarikat penerbangan yang berjaya hari ini," kata MAHB. - Bernama

 http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mahb-perjelas-kenyataan-ceo-airasia-1.253329
0 Komentar untuk " MAHB perjelas kenyataan CEO AirAsia "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ