ELAK PENIPUAN DI INTERNET II - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

ELAK PENIPUAN DI INTERNET II

"bawak je ke Tribunal Pengguna.. buka fail RM5.. saya dah buat.. saya kena tipu online RM1310.. beli gold.. dia kata ada org lain guna acc dia.. tp Hakim perintahkan dia byr balik dlm tempoh 14 hr.. klu tak penjara 2 thn @ denda rm5k @ kedua2 sekali.. tp kena bwk bank statement yg tunjukkan kita transfer duit kat dia.. itu je.. saya dah MENANG"

MOHON SHARE UNTUK KAWAN KAWAN KITA DARIPADA TERTIPU

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau lebih mesra dikenali sebagai Tribunal Pengguna

ada cawangan di setiap negeri. Anda boleh semak di sini http://ttpm.kpdnkk.gov.my

Cara-cara untuk membuat laporan seperti berikut

1- Pergi cawangan Tribunal Pengguna yang berdekatan.

2- Buka fail dengan bayaran RM5

3- Pastikan anda membawa sekali bukti pembayaran/bank statement, dan segala maklumat mengenai penipu tersebut. Penting.. ALAMAT!!

4- Kes akan dibawa ke mahkamah. Sekiranya didapati bersalah, penipu akan di arahkan oleh mahkamah untuk membuat pembayaran balik kepada anda.

take note:

1) E – Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.

Laman web : http://eaduan.kpdnkk.gov.my

Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my

2) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.

Laman Web : http://www.skmm.gov.my

E-mail : aduanskmm@cmc.gov.my

3) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.

Laman Web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my

Tel : 03-88825822

4) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.

Laman web : http://www.nccc.org.my

Tel : 03 7877 9000

Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012
http://amanz.my/.../peraturan-peniaga-dalam-talian.../

Peraturan Baharu Peniaga Dalam Talian Berkuat Kuasa 1 Julai
http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=929208
0 Komentar untuk " ELAK PENIPUAN DI INTERNET II "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ