KHAZANAH Nasional Bhd (Khazanah) menjual semua 45.03
peratus pegangan sahamnya dalam Time Engineering Bhd (TEB) dengan nilai
RM69.82 juta kepada Censof Holdings Bhd.
Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar berkata, tender penjualan saham itu melalui proses telus di mana pembida dipilih melalui beberapa kriteria termasuk harga, pelan perniagaan dan strategi untuk TEB.
"Censof dipilih daripada 10 pihak berminat berdasarkan keupayaannya dan strategi yang jelas," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Censof Datuk Samsul Husin berkata, Censof mempunyai strategi untuk mengembangkan perniagaan melalui pengambilalihan dan pembelian saham TEB akan memberi peluang baik untuk kedua-dua syarikat maju ke depan.
"Pengambilalihan ini tidak akan mengubah aktiviti teras dan fokus Censof serta TEB. Ia akan hanya mengukuhkan lagi jaringan pelanggan TEB dan meningkatkan nilai perkhidmatan kedua-dua syarikat yang terlibat dalam perniagaan penyelesaian teknologi maklumat," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/khazanah-jual-saham-teb-1.201970

0 Komentar untuk " Khazanah jual saham TEB "