Perbankan Islam perlu diperkukuh - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Perbankan Islam perlu diperkukuh

Perbankan Islam perlu diperkukuh

Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my


DR MAHATHIR bersalaman dengan Azizan selepas menyampaikan ucaptama sempena pembukaan ICIEBF, di Langkawi, semalam.

Sistem konvensional gagal: Dr Mahathir

LANGKAWI: Sistem kewangan, terutama perbankan konvensional sedia ada perlu dinilai semula pelaksanaan operasinya kerana terbukti berdepan kegagalan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, beliau berkata, sistem perbankan Islam yang dianggap modul terbaik perlu diperkukuhkan dan diperluaskan pelaksanaannya, sekali gus menjadi alternatif paling berkesan untuk menggantikan sistem sedia ada.

Katanya, sistem berkenaan memberikan penekanan khusus kepada aspek moral dan etika dalam menjalankan perniagaan yang dianggap antara kelemahan ketara pelaksanaan sistem perbankan konvensional kini.

"Bagi saya, sistem perbankan yang diamalkan sejak sekian lama terbukti gagal dengan teruk sekali. Justeru, satu inisiatif perlu diambil untuk mengkaji pelaksanaannya sebaik mungkin.

"Malah, sistem berkenaan berkemungkinan besar perlu diganti dengan sistem yang lebih efektif seperti disarankan Islam, yang terbukti sukar dimanipulasi golongan yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab.

"Namun, penting sekali pelaksanaan sistem perbankan Islam ini difahami secara mendalam dalam segenap aspek untuk memastikan ia mampu menyumbang kepada pembangunan negara," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Terdahulu, beliau menyampaikan ucaptama sempena pembukaan Persidangan Ekonomi, Perbankan dan Kewangan Islam Antarabangsa (ICIEBF) dihadiri 194 perwakilan, termasuk dari luar negara, di sini.

Majlis anjuran Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) dengan kerjasama Institut Kajian dan Latihan Islam (IRTI) dan Bank Pembangunan Islam (IDB) itu dirasmikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dr Mahathir ketika ditanya mengenai pelaksanaan sistem perbankan Islam berkata, ia menunjukkan perkembangan yang baik dan semakin diterima ramai.

Katanya, terbukti apabila Petronas sendiri mencatat keuntungan mencecah RM14 bilion melalui pembabitannya dalam perbankan Islam.

"Paling membanggakan, masyarakat bukan beragama Islam turut menerima sistem perbankan Islam ini dan mereka aktif mengkaji kesesuaian pelaksanaannya dengan sistem sedia ada," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata, sistem kewangan kini tidak lagi berada di bawah kawalan kerajaan, tetapi pihak bank yang jelas sekali mempunyai objektif berbeza.
0 Komentar untuk " Perbankan Islam perlu diperkukuh "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ