UMNO, PAS perlu pemurnian idea politik realisasi kerjasama - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

UMNO, PAS perlu pemurnian idea politik realisasi kerjasama

DALAM ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO pada 10 Disember lalu, Datuk Seri Najib Razak menghulur tangan mengajak PAS menjalin kerjasama demi kepentingan Melayu/Bumiputera dan Islam. Resolusi Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar pada 17 Disember yang dirasmikan oleh Najib dan dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang pula mengajak UMNO-PAS bekerjasama demi kepentingan ummah. BH mendapatkan pandangan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, antara pemimpin UMNO yang mengikuti perkembangan mutakhir hubungan UMNO-PAS secara dekat. Ikuti temu bual DATUK MAHFAR ALI, AHMAD ZAINI KAMARUZZAMAN, JALAL ALI ABDUL RAHIM dan SHAMSUL KAMAL AMARUDIN bersama beliau di Ipoh, baru-baru ini.

S: Apakah keperluan kerjasama UMNO-PAS ini dan dalam konteks yang bagaimana? 

J: Saya melihat ia sebagai senario baharu. Dalam tempoh satu dekad dua parti besar Melayu ini mulai memperkatakan soal kerjasama dalam konteks kerjasama politik yang memberikan dimensi baharu politik tanah air kita. Selama ini, kita lihat kedua-dua parti ini meskipun mewakili masyarakat Melayu dan umat Islam, berada di dua penghujung yang berlainan antara satu sama lain. Satu di hujung utara dan satu di hujung selatan. Dan dengan kerjasama yang diperkatakan mutakhir ini, ia beri satu dimensi baharu kepada lanskap politik negara.

S: Cadangan kerjasama UMNO-PAS kali ini berbeza. Sebelum ini atas inisiatif sama ada UMNO atau PAS, tetapi kali ini daripada Alumni Al-Azhar. Bagaimana Datuk Seri melihat pembabitan pihak ketiga yang mahu dua parti besar ini bersatu? 

J: Itulah proses apabila dua parti berkonflik mencari jalan penyelesaian. Kebiasaannya, yang akan memainkan peranan adalah pihak ketiga atau mediator yang membawa kedua-dua pihak duduk semeja. Bagi saya, ia bukan sesuatu yang pelik, tambahan pula dalam konteks ini, Alumni Al-Azhar yang mengambil inisiatif ini kerana kita tahu ia dihormati dengan mempunyai bekas penuntut Universiti Al-Azhar daripada dulu sampai sekarang. Ahlinya juga ada dalam PAS atau UMNO dan ada yang tidak berada dalam kedua-duanya. Ada yang berada di parti lain. Jadi, dengan pendekatan ini, mereka akan memberi kekuatan bagi memastikan supaya usaha ke arah persefahaman ini dapat diwujudkan.

S: Adakah Datuk Seri yakin kerjasama ini dapat direalisasikan. Adakah fahaman politik kebangsaan UMNO dan PAS kepada politik Islam dapat disatukan dalam bentuk kerjasama? 

J: Saya tidak fikir perbezaan pemikiran politik UMNO dan PAS, maka tidak dapat duduk bersama membicarakan perkara lebih besar dan mempunyai kepentingan bersama serta meletakkan kepentingan politik negara mengatasi pemikiran perbezaan politik. Kalau selama ini PAS dan DAP atas nama tahaluf siyasi boleh mengambil pendekatan yang dianggap sangat mustahil, iaitu satu yang benar-benar bawa ideologi liberal, demokrasi, sekularis dan satu lagi membicarakan tentang membawa politik Islamis, tetapi akhirnya mereka boleh duduk bersama. Saya tidak melihat satu halangan sama sekali untuk UMNO-PAS duduk bersama membicarakan persoalan politik yang lebih besar demi kepentingan negara. Apatah lagi kedua-duanya berasaskan kepada syahadah yang sama. Mungkin satu dipanggil sebagai nasionalis, (tetapi) saya tidak melihat UMNO itu dalam konteks nasionalis yang bersifat cauvinis daripada segi teori parti nasionalis seperti yang kita lihat di tempat lain. PAS pula dari segi pemahaman konsep Islamnya, ia tidak boleh lari daripada membicarakan soal 'survival' nasional yang juga berkaitan sesuatu bangsa. PAS juga membicarakan perkara yang sama. Jadi, kalau kita tinjau balik, sebenarnya kita melihat bagaimana kedua-dua ini lahir daripada perut yang sama dan begitulah evolusi politik yang berkembang di kedua-dua pihak, menyebabkan masing-masing berkembang sebagai parti yang mempunyai kefahaman (masing-masing), tetapi asasnya tidak ada beza.

S: Kita lihat tahaluf siyasi antara PAS dan DAP gagal. Bagaimana pula tahaluf siyasi yang akan digunakan bersama UMNO? 

J: Tahaluf siyasi adalah satu konsep kerjasama, paling mudah kerjasama politik. Istilah politik Islam ialah tahaluf. Ia adalah satu konsep yang sebenarnya dalam Barisan Nasional (BN), tahaluf siyasi ini sudah ada sekian lama. Sebelum ini konsep kerjasama PAS dengan parti lain telahpun wujud, namun ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya. Terbaharu hubungan dengan DAP, akhirnya tidak menghasilkan yang baik. Kalau kita lihat dalam konteks DAP, kita faham kerana penentangan ideologi politik yang sangat berbeza... ibarat satu di hujung kanan, satu di hujung kiri. Tetapi, saya tidak fikir ia sesuatu yang sukar dalam konteks UMNO dan PAS kerana saya tidak melihat dari segi pemahaman yang ada, tetapi memerlukan proses pemurnian idea politik. Kalau dulu lebih kepada soal pertentangan bagaimana hendak duduk secara bersama, tetapi dalam konteks UMNO dan PAS ini, lebih kepada proses pemurnian kedua-dua ideologi, daripada segi idea politik yang tidak banyak bezanya.

S: Kerjasama PAS sebelum ini seperti dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat boleh dikatakan semuanya gagal. Jadi, bagaimana Datuk Seri melihat proses pemurnian antara PAS dan UMNO boleh berlaku sedangkan ada juga parti lain dalam komponen BN itu sendiri?. 

J: Dalam ilmu politik dan hubungan manusia, tiada ada sesuatu yang mustahil. Dalam sejarah Islam pun, ada sesuatu yang dianggap mustahil tetapi berasaskan satu akidah yang sama, sesuatu yang difikirkan unthinkable yang tidak terfikir akan berlaku, akhirnya berlaku dan menjadi satu catatan sejarah yang sangat penting kepada umat Islam. Contoh, kita melihat betapa pentingnya peristiwa Hijrah Rasulullah, (perpaduan) golongan Ansar dan Muhajirin. Golongan Ansar (penduduk asal Madinah) menjadi penolong kepada Muhajirin (pendatang dari Makkah). Kita lihat satu lagi sejarah yang cukup besar dan menjadi panduan kepada kita, iaitu pertentangan antara dua kelompok, Aus dan Khazraj. Ini seolah-olah satu musuh tradisi yang tidak boleh bertemu muka dan sering terbabit dalam pertentangan dan peperangan, tetapi akhirnya atas nama Islam mereka bersatu. Oleh itu, jangan kita melihat apa yang berlaku, percubaan yang dibuat oleh PAS tidak berjaya, tetapi mereka melalui tahapnya sendiri dan mungkin mereka juga berjaya dalam membentuk kerjasama seperti APU, tetapi akhirnya terbubar juga. Begitu juga dalam konteks hari ini, bukan mereka yang mahukan begitu tetapi penentangan sengit ditunjukkan oleh DAP dan serangan serta masalah dalaman kedua-dua pihak. Jadi, kita mesti memberi satu keyakinan untuk satu usaha ke arah kebaikan itu.

S: UMNO dan PAS adalah parti politik yang matlamatnya untuk memenangi pilihan raya. Jadi, bagaimana kedua-dua parti ini menyelesaikan isu, misalnya perebutan kerusi dalam pilihan raya? 

J: Ya, kedua-dua adalah parti politik. Pemikir dan pemerhati politik melihat kedua-duanya mempunyai matlamat untuk memenangi pilihan raya atau kerusi yang dipertandingkan. Saya ingin melihat dalam perspektif lain, iaitu melihat usaha ini membawa ke arah konsep bersama iaitu untuk maslahah ummah. Kalau kedua-dua memberikan fokus, maka soal kerusi dan perkara lain dengan sendirinya akan berada di belakang kerana yang paling penting ialah menyelesaikan maslahah ummah. Maslahah ummah ini bukan hanya berkisar kepada satu kelompok ataupun agama Islam atau kelompok Melayu Islam, (tetapi) kita melihat dalam konteks keseluruhan tanah air dengan memberikan satu dimensi yang lebih luas, lebih terangkum. Kalau dulu kita melihat bagaimana sejumlah besar majoriti penduduk ada yang terpisah, tetapi kali ini lebih terangkum termasuk juga yang ada di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

S: Persefahaman atau kerjasama mungkin juga memberi kelebihan kepada parti lain seperti Parti Amanah Negara (PAN), iaitu serpihan PAS dan akhirnya kerjasama ini tidak berjaya. Tidakkah ini akan merugikan UMNO? 

J: Dimensi kerjasama yang jangan hanya dilihat kepada persiapan menghadapi pilihan raya sahaja. Saya lebih suka persefahaman berjalan sekarang hingga pilihan raya dan selepas pilihan raya kerana ia tidak boleh bermusim atau pada waktu tertentu sahaja. Persefahaman ini mestilah dibina untuk satu jangka masa panjang kerana jika dibuat untuk satu-satu ketika sahaja, ia tidak akan menjadi persefahaman yang baik untuk masa depan. Sekarang pun kita berdepan pelbagai isu yang kita hadapi bersama. Isu keselamatan negara, ancaman ekstremisme, ancaman terhadap kefahaman yang pelik dan ancaman perpecahan. Maka dimensi ini juga perlu dilihat, tidak wajar kita melihat persefahaman hanya untuk menuju pilihan raya.

S: Bolehkah kita lihat persefahaman ini berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ? 

J: Saya yakin. Kita ada dua tahun lebih daripada sekarang. Sebarang kemungkinan boleh berlaku. Saya sendiri tidak menolak kemungkinan persefahaman tidak berlaku, tetapi saya yakin jika disusun, akan terbentuk persefahaman termasuk pada pilihan raya akan datang. Apapun masih terlalu awal untuk menyatakan sampai ke tahap mana persefahaman ini boleh dilaksanakan. Kita serahkan kepada kebijaksanaan pucuk kepemimpinan kedua-dua pihak untuk menetapkan bentuk persefahaman yang akan diwujudkan. MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. - Foto Yahya Zainuddin

S: Bagaimana penerimaan parti komponen BN lain seperti MCA dan lain-lain? 

J: Saya yakin walaupun kita dengar pada peringkat awal akan ada kritikan, suara kecil, suara nakal dan sebagainya daripada parti tertentu, individu dan kepemimpinan tertentu. Namun, akhirnya yang perlu berlaku ialah proses engagement untuk memberi kefahaman. Saya yakin akhirnya di peringkat BN melihat perkara ini sebagai sesuatu yang baik kepada politik negara pada masa kini dan masa akan datang.

S: Selain MCA dan MIC, ada dari Sabah dan Sarawak yang mempertikaikan cadangan ini. Akhirnya adakah kemungkinan UMNO terpaksa berpisah dengan BN bagi menjayakan kerjasama dengan PAS?. 

J: Saya tidak melihat begitu kerana BN bukan sebuah parti komponen eksperimen seperti parti pembangkang. Pakatan pembangkang adalah eksperimen yang dibuat tetapi gagal. Daripada Pakatan Rakyat sekarang menjadi Pakatan Harapan. Tetapi dalam BN, ia sebuah parti komponen, gagasan, yang sudah melalui tahap sejarah yang panjang sama ada di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak. Lantaran itulah setiap perkara yang hendak dilakukan saya yakin Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan siri perbincangan dan penerapan pemahaman serta membuat keputusan bersama. Dalam melihat satu perspektif baharu dalam politik tanah air kita, saya yakin (ia) akan dihalusi sehingga perkara itu dapat dihadamkan dan memberikan keputusan bermakna serta baik kepada satu dinamika politik baharu negara.

S: Adakah Datuk Seri melihat persefahaman seperti ini dapat mengurangkan politik kebencian? 

J: Dalam konteks umat Islam, saya yakin ia dapat mengurangkan politik kebencian dan politik perpecahan. Demikian juga dalam konteks negara kita keseluruhannya. Ia dengan sendirinya akan mengurangkan suhu politik kebencian dan ke arah kepada politik kebersamaan.

S: Ada berpendapat kerjasama ini memberi kelebihan dalam menyatukan Melayu Islam iaitu PAS dan UMNO, namun ia juga akan mewujudkan politik perkauman antara Melayu/Bumiputera Islam dan bukan Islam. Apa komen Datuk Seri? 

J: Saya tidak gemar untuk melihat analisis politik negara berasaskan garisan perkauman atau kaum dan agama. Kalau kita lihat secara keseluruhan, dimensi politik negara mengambil kira semua aspek. Ini tidak bermakna politik sekular tetapi lebih kepada apa yang dipanggil sebagai politik secara bersepadu. Bagi saya, perspektif baharu yang akan diwujudkan bukan berdasarkan atas jalur kaum atau agama, tetapi dari segi demografi penduduk. Sebuah politik yang bilangan penduduk terbesar diwakili, penduduk kedua terbesar diwakili, yang ketiga terbesar juga diwakili dan begitu juga di Sabah dan Sarawak turut diwakili. Saya lebih suka melihat politik ini dalam konteks model BN kerana BN tidak pernah mewawarkan politik atas nama kaum atau agama tetapi atas nama persefahaman bersama yang menggunakan satu lambang sahaja.

S: Berikutan tekanan terhadap umat Islam dan orang Melayu sekarang, adakah ini masa paling sesuai untuk UMNO-PAS bertaut kembali demi perpaduan ummah? 

J: Kita melihat senario keseluruhannya dan keadaan nasib umat Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa. Kita melihat kedudukan kita sekarang. Apa yang saya tekankan ia tidak menafikan kedudukan kita sebagai sebuah negara, sebagai rakyat, sebagaimana kita bercakap tentang perpaduan umat Islam dan Melayu yang semakin rapuh serta perpecahan yang semakin banyak. Namun dalam konteks BN, kita juga menekankan sebuah persefahaman bagi sebuah negara. Maknanya, ia juga membabitkan yang lain-lain kerana kita mempunyai kepelbagaian agama dan kaum yang sudah kita lalui bersama. Dalam BN, kita melalui itu secara bersama dan usaha ini jangan dilihat daripada satu sudut yang akan merugikan pihak lain kerana kita mendengar ada suara sinis dan kritis seolah-olah berlaku satu usaha baharu yang akan menafikan hak orang lain. Saya tidak fikir begitu. Sepatutnya ia dilihat daripada konteks lebih luas yang mencakupi semuanya dan dalam konteks BN, sudah ada usaha begini. Dan pada masa sama, ada bentuk persefahaman, kerjasama yang baik dengan PAS, saya fikir itu sesuatu yang positif kepada politik negara.

S: Jika berlaku kerjasama, maknanya kita ada satu pihak, iaitu PAS-UMNO diwakili Melayu Islam dan Bumiputera dan satu lagi yang bukan Islam seperti DAP yang sering mempertikaikan kepentingan Melayu, agama Islam serta Perlembagaan. Tidakkah ini akan memanjangkan isu mempertikaikan hak soal Melayu dan Islam? 

J: Saya melihat sebaliknya. Apa yang dipanggil dalam istilah politik sebagai political consolidation atau konsolidasi politik. Apabila berlaku konsolidasi politik, dengan sendirinya akan memberikan dimensi baharu... tidak ada lagi analisis (seperti) sebelum ini yang mengatakan bila berlaku ini (persefahaman UMNO-PAS) akan wujud dua kelompok iaitu golongan politik umat Islam dan bukan Islam dan menyebabkan berlaku jurang yang semakin jauh. Saya tidak fikir begitu, tetapi (sebaliknya) dengan konsolidasi politik menyebabkan yang lain (parti politik) pun kena melihat daripada perspektif positif ke mana sebenarnya mereka nak bawa (hala tuju). Bagi saya, soal yang berlaku pada hari ini, seperti cabaran terhadap perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan atau keceluparan pihak tertentu mempersoalkan agama atau kedudukan sesuatu kaum, dengan sendirinya akan mula terhakis dan semua parti politik akan melihat secara positif. Malah, mungkin mereka juga akan memberikan perspektif baharu terhadap kedudukan mereka dan perlu mengetepikan elemen kebencian.

S:Jika kerjasama UMNO-PAS menjadi kenyataan bagaimana Datuk Seri melihat politik negara pada masa akan datang? 

J: Saya melihat lebih kepada politik yang meletakkan keseimbangan proses demografi politik, iaitu kependudukan. Kita melihat realiti di negara kita setiap masyarakat dengan bilangannya yang ada. Ada kelompok majoriti dan kelompok lain, semuanya akan diwakili dan terbentuknya satu proses politik yang sihat untuk negara kita. Proses pendemokrasian akan terus berlaku, kita akan terus melihat sistem berparlimen yang lebih menghala ke

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/110745
0 Komentar untuk " UMNO, PAS perlu pemurnian idea politik realisasi kerjasama "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ