ROMAN's Family Enterprise, syarikat pengeluar produk masakan dan herba milik Bumiputera berhasrat untuk menembusi pasaran China bermula tahun ini.
Pengurusnya, Burhanuddin Harahah Sukri berkata, syarikatnya yakin produk itu mempunyai potensi untuk dieksport kerana turut menerima permintaan daripada negara luar seperti Acheh, Indonesia.
"Memandangkan produk kami masih beroperasi dari rumah, kapasiti pengeluaran kami masih tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan sedia.
"Jadi, kami mahu memberi tumpuan dalam usaha mengukuhkan jenama di peringkat pasaran tempatan terlebih dahulu," katanya ketika ditemui Sinar Harian, baru-baru ini.
Menurutnya, pihaknya merancang untuk membuka kilang sendiri sekiranya mempunyai permintaan yang semakin meningkat nanti.
Katanya, dalam tempoh enam bulan pertama, syarikatnya menerima sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan di seluruh negara.
Katanya, produk itu mempunyai permintaan yang banyak tetapi berikutan kapasiti pengeluaran yang rendah menjadi penghalang kepada jualan yang lebih banyak, sekali gus tidak mampu menampung permintaan pelanggan.
"Kami jangka untuk membuka kilang sendiri dalam tempoh enam bulan akan datang.
"Buat masa ini, kapasiti kami hanya 300 botol sebulan dengan purata 70 botol setiap produk," katanya.
Mengulas berhubung sasaran jualan, Burhanuddin berkata, syarikatnya menyasarkan jualan sebanyak RM500,000 dalam tempoh enam bulan selepas membuka kilang sendiri.
Bagi memberikan kepelbagaian dalam produk keluarannya, Roman's Family bakal menghasilkan rangkaian baharu seperti kopi kurma, sos perencah, pes tomyam dan sos spageti.
Burhanuddin berkata, Romans's menyasarkan untuk memasuki pasaran kedai-kedai di sekitar frozen halal di Bangi dan koperasi.
Roman's Family mempunyai lima produk iaitu sos bahan perapan, sos mint, sos lada hitam, sos yong tau fu dan jus herba dengan harga bermula RM6 sehingga RM80 sebotol.
"Produk paling laris adalah sos bahan perapan dan sos yong tau fu yang pertama di Malaysia," katanya yang turut memulakan perniagaan dengan modal serendah RM2,000.
Roman's Family juga merancang untuk memiliki trak bergerak bagi menjual yong tau fu bersama sos menjelang Mac hadapan.

0 Komentar untuk " Roman's Family hasrat ke China "