WALAUPUN masih baru di pasaran, produk milik Bumiputera, De'Xandra Inspired Perfumes sudah semakin popular.
Kerana itulah, pasangan suami isteri, Mohd Khirdi Kamarudin dan Nor Izatul Akma Shoib mengambil keputusan untuk mengusahakan perniagaan minyak wangi itu.
Mohd Khirdi berkata, setahun menguruskan perniagaan tersebut, ia memberi pulangan yang baik dan berharap ia dapat dijana lebih lagi pada 2016.
"Saya bermula sebagai dropship pada Mac tahun lalu. Memandangkan sambutan yang baik, kami menjadi ejen dan tidak lama selepas itu kepada stokis.
"Ia mendapat sambutan kerana harganya hanya RM65 sebotol dan kualitinya yang baik," katanya kepada Sinar Harian.
Kini, De'Xandra sudah pun mempunyai 73 haruman, di mana 45 adalah untuk wanita dan 28 untuk lelaki.
"Saya amat berharap perniagaan kami akan terus berkembang dan dapat mencapai sasaran iaitu RM90,000 sebulan.
"Saya optimis kerana haruman ini semakin mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna," katanya.
Kini, Mohd Khirdi sudah mempunyai 12 ejen di bawahnya yang begitu aktif dalam penjualan.
"Walaupun hanya 12, tetapi ejen ini mempunyai ramai dropship dan proses jualan berlaku sangat pantas.
"Kerana itu, pendapatan tahun lalu secara keseluruhannya melebihi sasaran kami," katanya.
Perniagaan pada mulanya diusahakan secara atas talian (online), tetapi sedikit demi sediti, pasangan itu aktif dengan pelbagai program sebagai platform memperkenalkan lagi produk wangian mereka.
"Tahun lalu, kami buat secara besar-besaran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
"Kami mengambil tempat dengan penganjur program memperluaskan nama minyak wangi ini," katanya.
Alkohol di dalam De'Xandra yang menggunakan ekstrak tebu dan boleh dibawa solat mengandungi 35 milimeter dengan bungkusan menarik.
Ia juga tahan lebih lapan jam dan dilihat setanding produk antarabangsa.

0 Komentar untuk " De’Xandra sasar RM90,000 sebulan "