BERMULA dengan hasrat untuk menambah pendapatan lebih berikutan keadaan persekitaran ekonomi negara yang tidak stabil kebelakangan ini, Muhammad Amsyari Ismail tidak menyangka perniagaan yang pada mulanya dilakukan secara kecil-kecilan menjadi perniagaan yang mampu menjana keuntungan sehingga dia mengambil keputusan berhenti kerja.
"Ekonomi tidak stabil, ramai merungut sana sini, tidak dapat menyelesaikan masalah.
"Jadi langkah terbaik adalah dengan memikirkan cara penyelesaiannya. Saya berbincang dengan isteri dan terfikir untuk meluaskan perniagaan kek buah kukus yang hanya dijual ketika bulan puasa," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dia dan isteri menjual kek buah sejak sembilan tahun lalu lagi sebelum berniaga dengan lebih serius pada Jun lalu.
Tempahan menjelang Ramadan setiap tahun itu dilakukan bagi mendapat pendapatan tambahan pada bulan tersebut.
"Masa itu tidak ada jenama lagi hanya kek buah kukus sahaja. Namun kami menerima tempahan yang menggalakkan setiap kali Ramadan sehingga mencecah 1,000 untuk bekas bersaiz besar," katanya.
Amsyari yang juga merupakan pengasas RKS Unggul Sdn Bhd menerusi jenama Kek Buah Kukus Mr Kemaih menyifatkan permulaan perniagaannya sebagai kebetulan kerana tidak menyangka, hanya bermula dengan tiga biji tempahan kek buah oleh seorang ibu untuk majlis pertunangan anaknya menjadikannya usahawan muda hari ini.
"Ketika itu, saya makan gaji selama hampir 9 tahun dalam bidang kewartawanan, jawatan akhir saya editor di salah sebuah majalah pemotoran. Selepas dimuat turun di laman sosial, ia menjadi viral dan dikenali ramai.
"Melihat potensi perniagaan ini, saya mengambil langkah melepaskan pekerjaan itu untuk lebih menumpukan perhatian kepada perniagaan ini," katanya.
Ia adalah langkah yang sukar untuk dilakukan, namun dia percaya bahawa rezeki ada di mana-mana dan ALLAH SWT akan membuka jalan untuknya.
Hadir kursus tambah pengetahuan
Selepas berhenti kerja, Amsyari menghadiri beberapa kursus membuat kek bagi menambah pengetahuan di dalam perniagaan kek.
"Saya menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Anis Choc Moist Cake.
"Mereka banyak memberikan nasihat dan ilmu yang tidak mempunyai pengetahuan yang banyak di dalam perniagaan ini terutamanya dalam penjualan kek," katanya.
Daripada situ, Amsyari mempunyai keyakinan sekaligus meningkatkan semangat untuk meneruskan perniagaan dengan lebih terancang dan teratur.
Melebarkan sayap perniagaannya dalam peringkat permulaan, dia terpaksa tebal muka dan tahan malu dengan penolakan untuk membawa jenamanya ke pasaran.
Katanya, dia mahu melihat produknya mampu berada dekat dengan pengguna.
"Kita tidak perlu malu jika hendak berniaga. Kita perlu berusaha lebih untuk melihat kejayaan. Berniaga ini bukan mudah," katanya ketika bercerita tentang pengalaman dia membawa kek buah kukus ke stesen Petronas.
Atas usahanya itu, Kek Buah Kukus Mr Kemaih kini berada di beberapa stesen Mesra Petronas di sekitar Lembah Klang sejak Oktober lalu.
Ketika hujung minggu, Amsyari akan membuka tapak di kaki lima di sekitar Kampung Pandan dan Melawati untuk menjual kek buah.
Selain itu, kek buah kukus itu turut dijual secara atas talian (online) menerusi Facebook, Instagram dan Twitter.
"Kami juga membuat penghantaran bagi tempahan yang dibuat di sekitar Lembah Klang," katanya.
Sejak Jun lalu, pihaknya menerima permintaan yang tinggi berbanding 17 biji pada awal perniagaan.
Mahu luaskan pasaran
Bermula dengan hanya lima ejen, Amsyari berhasrat untuk mempunyai sehingga 30 ejen menjelang awal tahun ini.
"Oleh itu, kami mengalu-alukan mana-mana individu yang berminat untuk menjadi ejen di bawah syarikat kami," katanya.
Pihaknya juga merancang menembusi lebih banyak pasaran seperti koperasi, kedai-kedai runcit dan stesen Petronas pada masa akan datang.
"Jika mendapat permintaan dan sambutan menggalakkan, saya mahu membuka rumah kedai untuk memproses kek buah kukus sendiri dan trak makanan.
"Tetapi saya mahu mengukuhkan terlebih dahulu perniagaan dan belajar selok-belok perniagaan," katanya ketika ditanya berhubung perancangan jangka panjangnya.
Sokongan daripada keluarga juga memainkan peranan sangat penting mendorongnya untuk terus yakin menjalankan perniagaan itu.
Kek Buah Kukus Mr Kemaih adalah resipi 100 peratus keluarganya dengan harga serendah RM15 bagi saiz sederhana dan RM40 bagi saiz besar.

0 Komentar untuk " Berhenti kerja tumpu bisnes "