MHP Enterprise, pemborong, pengedar dan pengeluar makanan ringan jenama Masri bakal mengeluarkan produk baharu yang mengetengahkan snek tradisional tahun ini.
Pengurusnya, Musleha Zainuddin berkata, buat peringkat permulaan syarikat itu merancang menghasilkan kuih seperti semperit, karas, cakar ayam dan peneram dihasilkan di pusat pemprosesan mereka di Sekinchan, Selangor.
“Kami memilih mengeluarkan snek tradisional ini memandangkan permintaan tinggi daripada orang ramai yang sukar mendapatkannya di pasaran memandangkan ia tidak dijual secara konsisten.
“MHP akan mengeluarkan kudapan ini sepanjang tahun, tanpa mengira musim bagi memudahkan orang ramai mendapatkan kuih tradisional ini,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Sekinchan, baru-baru ini.
Musleha berkata, sehingga kini lebih 20 jenis produk makanan jenama Masri sudah dikeluarkan antaranya kuah pecal (kacang), kuah rojak, bahulu, dodol, rempeyek dan kerepek.
“Pada masa akan datang, kami merancang untuk mempelbagaikan lagi produk keluaran MHP Enterprise,” katanya.
Dalam pada itu, dia berkata syarikat itu mengalu-alukan lebih ramai orang menjadi ejen bagi menjual produk keluaran mereka di seluruh Malaysia.
“Setakat ini, produk jenama Masri hanya dijual di pusat jualan Wisma Masri, Bahulu Masri Kuala Selangor dan pasar tani Kuala Lumpur.
"Hanya produk kuah kacang keluaran kami menerusi jenama Agromas sudah menembusi pasaran luar negara seperti Singapura dan Brunei," katanya.
Syarikat tersebut menyasarkan pertambahan 1,000 ejen jualan sempena tahun baharu untuk meluaskan rangkaian perniagaan MHP Enterprise.

0 Komentar untuk " Masri ketengah variasi kudapan tradisional "