Jangan kita menyambut Maulidur Rasul dengan mengingati serta mengagungkan Rasulullah SAW, tetapi akhirnya kita menolak Baginda melalui tindakan tidak mengikut sunah atau melakukan perkara bertentangan ajaran agama Islam. Sebaliknya hendaklah kita menyambut Rasulullah SAW serta membuktikan kecintaan kepada Baginda sehingga kita boleh duduk bersama Baginda serta mendapat syafaat daripada selawat yang tidak putus diucapkan kepada Baginda. Pendakwah yang juga pengasas Kompleks Darul Thibbun Nabawi, Mohd Dusuki Abd Rani, berkata cinta umat Islam yang ditunjukkan kepada Rasulullah SAW sepatutnya membawa mereka beriman kepada Allah SWT.
Cinta pada Rasul mesti dilahir ke peringkat beriman
"Cinta pada Rasul tidak berbaloi jika kita hanya cinta, tetapi tiada mengambil apa-apa manfaat. Mencintai Rasulullah SAW mesti dilahirkan ke peringkat beriman kepada Allah SWT. Jangan sekadar mencintai Rasul, tetapi tidak beriman. "Ramai yang melahirkan cinta dengan berselawat sampai pagi, tetapi tidak solat Subuh, tidak tutup aurat. Jika kita sebut mengenai cinta Rasul, ulama kata ia belum berakhir kerana perlu letak cinta pada Allah SWT yang lebih utama," katanya pada ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul di surau The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).
Beliau memetik firman Allah SWT yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semua itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasiq (derhaka)." (Surah at-Taubah, ayat 24)
Menjelaskan lanjut perkara itu, Mohd Dusuki berkongsi kisah Saidina Umar diriwayatkan berkata, "Wahai Rasulullah, Engkau lebih aku cintai daripada mana-mana manusia yang ada di dunia ini melainkan jiwaku yang berada di dalam jasadku. Kata-kata Umar disambut oleh Rasulullah SAW dengan tegas: Tiada sesiapapun yang benar-benar menjadi Mukmin sejati sehinggalah aku lebih dicintainya walaupun daripada dirinya sendiri. Mendengarkan sabda yang mulia ini, Umar lantas berkata: Demi Tuhan yang menurunkan Kitab kepadamu, sekarang ini engkau lebih aku cintai daripada diriku yang berada di dalam jasadku. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Sekarang (barulah kamu mempunyai iman yang sempurna) wahai Umar!" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Mengulas mengenai sambutan Maulidur Rasul, beliau berkata terdapat tiga golongan yang beriya-iya menyambut kelahiran Rasulullah SAW, tetapi tidak bersama Baginda iaitu Bani Israel yang memang menanti-nantikan kelahiran Nabi akhir zaman yang diyakini daripada bani mereka. "Setiap kali perang dan kalah, mereka berdoa supaya datang nabi akhir zaman kerana yakin dia dalam kalangan mereka dengan alasan 75 peratus nabi daripada Bani Israel. Malah mereka gembira pada malam kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila api Majusi yang menyala terpadam. "Tetapi apabila mereka menyedari tiada kelahiran daripada kalangan Bani Israel pada malam itu, mereka mencari bayi yang dilahirkan dan memerintahkan bayi itu dibunuh kerana Baginda adalah ancaman kepada Bani Israel," katanya.
Dendam Bani Israel terhadap Rasulullah hingga sekarang
Katanya, dendam kelahiran Rasulullah SAW sejak 12 Rabiulawal terus kekal hingga sekarang dan berpuluh kali cubaan membunuh Baginda antaranya ketika Nabi Muhammad SAW dibawa bapa saudaranya ke Syam, paderi Kristian yang nampak tanda kenabian meminta Abu Talib segera membawa Nabi Muhammad pulang.
Cubaan lain dilakukan oleh wanita Yahudi yang cuba meracun Baginda dengan memberi daging kambing yang diletakkan racun, tetapi mukjizat Nabi Muhammad SAW membolehkan Baginda mengetahui perkara itu apabila daging yang dikunyah memberitahu ia beracun. Baginda SAW juga disihir oleh ahli sihir Yahudi, Labid bin Aksam menggunakan rambut yang diambil daripada sikat hingga belakangnya terasa berat seolah dihempap batu dan Malaikat Jibril serta Mikail turun untuk menyembuhkan Baginda dengan ayat rukyah.
Selain Bani Israel, orang yang gembira menanti kelahiran Rasulullah SAW ialah bapa saudaranya Abu Lahab yang membebaskan hambanya Suwaibah yang dibeli dengan harga 300,000 dinar kerana terlalu gembira mendapat anak saudara. Malah, tubuh Baginda dijunjung Abu Lahab ketika bertawaf tujuh pusingan dan beliau menyembelih 17 ekor unta untuk menjamu penduduk Makkah sempena meraikan kelahiran Baginda SAW.
Mohd Dusuki berkata, malangnya apabila Rasulullah SAW diangkat menjadi nabi, Abu Lahab menentang Baginda sehingga Allah SWT menurunkan wahyu surah al-Lahab. Orang ketiga yang menyayangi Rasulullah SAW lebih daripada anaknya sendiri, Abu Talib juga tetap enggan mengucap syahadah sehingga menghembuskan nafas terakhir walaupun beliau tahu hakikat syurga dan neraka. "Rasulullah SAW menangis teresak-esak dan mengangkat tangan berdoa supaya Allah SWT menyelamatkan pakciknya. Tetapi turun wahyu Allah SWT bahawa hanya Allah SWT yang layak memberi hidayah.
"Nilai kita ialah apabila kita diberi hidayah dan yang paling bernilai ialah isteri Baginda Khadijah dan Bilal bin Rabah yang menyambut Rasulullah SAW kerana keimanan mereka. Jangan fikir kita mulia di sisi Allah SWT kerana kita dinilai daripada keimanan kita," katanya. Beliau berkata, konsep meraikan Rabiulawal sebagai bulan kelahiran Rasulullah SAW untuk menghadirkan rasa rindu serta mendekatkan umat Islam kepada Baginda kerana jarak 1,500 tahun yang memisahkan. Pada masa sama, ia juga bertujuan menghadirkan suasana meraikan kelahiran Baginda.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113750

0 Komentar untuk " Cintakan Nabi Muhammad pancaran keimanan sebenar "