KITA sudah menghampiri pertengahan bulan Januari, bulan yang pertama tahun 2016. Hari ini ialah hari ke-13 daripada 366 hari. Dunia kian laju berputar. Kita yang hidup di bumi ini pun terikut mahu segala-galanya pantas. Persimpangan lampu trafik adalah garis permulaan litar lumba.
Jika pemandu di dalam grand prix hanya fokus kepada satu garis permulaan dan satu garis penamat dalam perlumbaan, kita berdepan dengan berbelas-belas garis permulaan dan penamat litar lumba di kotaraya kerana banyaknya lampu trafik di setiap persimpangan.
Barangkali kita lebih cekap daripada pemandu grand prix kerana setiap kali di litar lumba kotaraya, kita berdepan dengan pelbagai halangan daripada berjenis-jenis kenderaan bas, lori, motorsikal mahupun basikal berbanding dengan pelumba di litar yang hanya berdepan dengan hanya sejenis kenderaan yang gerakannya pun sehala.Tidak bersimpang siur seperti di kotaraya.
Oleh kerana kita hendak laju, hendak pantas dan hendak deras, maka kita mula mencari jalan pintas. Kerana itu, timbul konsep biar cepat asal selamat untuk mengatakan bahawa cepat-cepat pun okey, asalkan selamat.
Jika kita menyandarkan konsep ini dengan hal-hal teknologi dan jentera yang mempunyai gerakan rotornya yang konsisten, tentulah yang cepat itu gerenti selamat. Berkereta, berkeretapi laju, pengeluaran produk menggunakan mesin memang cepat dan selamat.
Namun, jika yang cepat itu pergerakan fizikal manusia itu sendiri, ia adalah suatu ukuran yang lain. Kecepatan berlari boleh membuat kita tersadung. Kecepatan memanjat pula boleh membuat kita tergelincir. Tindakan fizikal yang pantas menggunakan tulang empat kerat boleh berakhir dengan kesilapan dan kemalangan.
Kepantasan berfikir untuk menyelesaikan masalah yang khusus adalah baik andainya ia hanyalah sebuah konsep. Namun, apabila kepantasan berfikir itu melibatkan gerakan fizikal terhadap manusia dan alam, impak negatif lebih mudah menjadi kesan sampingannya.
Sebab itulah, pendekatan jalan pintas untuk cepat memperoleh hasil itu akhirnya menimbulkan masalah. Pendekatan mencongak melalui campur, tolak, bahagi dan darab itu memang lambat. Jalan pintas menggunakan mesin kira itu baik, tetapi tidak berguna seandainya konsep matematik itu tidak difahami dan dikuasai.
Kita boleh memasak apa juga jenis resipi dengan menggunakan paket-paket ramuan masakan yang terjual di pasaraya. Namun, kita tidak akan tahu mengapa masakan itu sedap kerana kita tidak pernah lihat rupa rempah ratus yang digunakan. Kita tidak dapat memahami mengapa buah pelaga digunakan di dalam resipi itu walaupun daun kari juga sudah ada kerana kedua-duanya memberikan kesan pedas. Kita tidak tahu apa-apa mengenai resipi jika kita hanya mencurah serbuk ke dalam periuk sebelum mengacaunya.
Kita boleh menghafal al-Quran dengan menggunakan pelbagai teknik. Boleh pula ingat akan tafsirannya kerana terdapat berpuluh-puluh jenis al-Quran di pasaran. Namun, kefahamannya tidak sama jika kita sendiri mempelajari bahasa Arab untuk memahami maksud setiap patah perkataannya. Secara umum, memang hebat jika kita hafal al-Quran. Secara khusus, adalah pelik jika kita hafal al-Quran tetapi tidak tahu berbahasa Arab sebagai bahasa asal al-Quran.
Jalan pintas memang baik kerana hasilnya cepat diperolehi. Namun dari segi jangka panjang, ia hilang erti. Mudah itu menyeronokkan. Sukar itu memberi pengalaman indah dalam kita mencuba dan menyudahkan sesuatu walau betapa biasanya sesuatu itu. Mengukur kelapa dengan tangan lebih bererti dan bermakna.
Lenguh tangan mengukur, terhenti apabila jari terluka terkena mata kukur, bau kelapa yang diparut, berminyaknya tangan kerana santannya atau rasa tekstur hampas kelapa di jejari itu lebih indah daripada mencurah sepeket santan ke dalam periuk.
Memotong batang tebu, membuang daunnya yang miang, membelah tebu kecil-kecil atau terus mengunggis tebu untuk dikesip airnya itu jauh lebih menyeronokkan daripada menghirup airnya dari gelas besar di restoran. Jika dahulu, kita pasti mengunci jam meja pada setiap malam untuk menghidupkan loceng, kini kita boleh sahaja memprogram waktu bangun tidur di telefon bimbit agar loceng dihidupkan pada setiap malam hingga setahun.
Dahulu, kita hanya punyai berpuluh orang kawan. Tetapi kesemuanya kita kenal rapat hingga ke ibu bapa dan datuk neneknya. Kita tidur baring di rumahnya seperti saudara kita sendiri. Kini, kita menekan-nekan butang dan mengajak sesiapa sahaja menjadi kawan kita dan dalam tempoh beberapa jam sahaja, sudah beratus orang boleh menjadi rakan kita.
Dahulu, kita berkenal, baharulah berkawan. Kini, kita berkawan dahulu baharulah berkenalan. Laman sosial adalah jalan pintas untuk mendapat kawan, tetapi apalah ertinya jika kita tidak ingat pun wajah-wajah mereka.
Jalan pintas tidak semestinya pantas. Hasilnya boleh didapat. Namun, makna kepada apa yang diperoleh itu mungkin tidak mempunyai erti apa-apa.

0 Komentar untuk " Pintas tidak semestinya pantas "