SEORANG rakan yang berpendapatan sederhana anggap duit sama seperti janggut.
“Hari ini cukur, esok tumbuh balik”, katanya serius.
Sebab itu dia tidak hirau belanja kawan-kawan makan di gerai hampir setiap hari.
Saya tidak tahu dari mana dia dapat falsafah ‘duit sama seperti janggut’ itu; mungkin daripada kisah-kisah silam atau ikut amalan beberapa orang masa kini yang bermurah hati, sanggup belanja wang dan berkhidmat untuk orang lain, walaupun mereka sendiri tidak hidup senang.
Saya tabik kepada orang yang murah hati seperti itu, tetapi pada pandangan saya ia sesuai dalam keadaan orang itu ada duit lebih untuk dibelanjakan dan tidak ada tanggungan keluarga, tiada anak untuk disekolahkan, tiada cukai jalan, cukai pintu dan pelbagai cukai dan bil untuk dibayar.
Hari ini, semua kita tahu, kalau anda tinggal d bandar, ada keluarga, ada rumah dan ada kenderaan sebiji dua, pendapatan empat lima ribu ringgit sebulan hanya cukup untuk belanja makan minum dan bayar bil hingga hujung bulan.
Kalau ada pun sedikit simpanan, ia perlu digunakan untuk sakit demam, balik kampung ziarah ibu bapa dan jelaskan cukai setiap enam bulan atau setahun sekali.
Saya boleh cakap sedikit sebanyak tentang kesempitan hidup kerana saya antara rakan sekolah dan sekampung yang mengalami hidup susah pada zaman kanak-kanak dan remaja.
Ramai rakan sebaya yang masuk sekolah pada tahun Malaya mencapai kemerdekaan, boleh berkongsi masalah perbelanjaan dan kurang makan di sekolah.
Dengan 15 sen atau 20 sen duit poket setiap hari, boleh bayangkanlah apa yang mampu kami makan waktu rehat di sekolah. Mi? bihun? nasi berlauk? Jangan mimpi.
Hakikatnya, tiap-tiap hari sekadar mampu makan sebiji kuih dan minum segelas sirap.
Memendekkan cerita yang panjang, pergi sekolah lapar, di bilik darjah lapar dan dalam perjalanan balik ke rumah - jalan kaki 5 kilometer - juga lapar.
Kira nasib baiklah jika berjaya mengutip sebiji dua ciku yang luruh daripada pokok di halaman rumah orang dalam perjalanan ke sekolah. Itulah sarapan pagi saya.
Begitulah keadaan hidup sebahagian daripada kami walaupun zaman itu harga barang murah, sewa rumah murah, makanan murah, harga kenderaan murah dan tambang perkhidmatan awam rendah.
Hari ini, dengan harga barang dan makanan meningkat berganda-ganda, pembaca budiman fikirlah sendiri.
Orang muda yang bergaji empat lima ribu ringit hari ini sentiasa mengeluh kerana terpaksa menghadapi banyak masalah. Yang dapat kurang daripada itu jangan cakap lagilah. Sudah ramai yang pergi kerja membawa bekalan dari rumah atau berkira-kira apa yang nak makan di gerai.
Bayangkan rumah teres sederhana dua tingkat di kawasan tersorok, jauh dari bandar besar sudah berharga dalam lingkungan RM450,000 sebuah sekarang.
Mereka yang membelinya mungkin perlu bayar tidak kurang RM2,000 sebulan bagi tempoh 25 tahun atau lebih.
Maka rumah yang sepatutnya jadi mampu milik kini sudah jadi ‘mampu lihat’ sahaja bagi kebanyakan orang muda.
Itu sekarang. Dengan keadaan ekonomi dan kos hidup yang semakin meningkat akibat kenaikan harga barang dan upah perkhidmatan dan lain-lain, bayangkan keadaan lima atau 10 tahun lagi.
Ini bukan gurauan dan kerajaan perlu berusaha gigih untuk mencari jalan keluar.
Kalau tidak serius, masakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sendiri, dua hari lalu, menegur kerajaan dan pemaju yang tidak bersungguh-sungguh dalam usaha menyediakan kediaman mampu milik untuk rakyat.
Kita baru pun dengar cerita seorang pelajar universiti yang dikatakan pengsan dalam kelas akibat tidak makan dua hari kerana tiada wang.
Serius atau tidak, tepat atau tidak cerita ini, ia sudah pun menimbulkan polemik dalam kalangan pelajar, pihak universiti dan kerajaan dan sudah riuh di laman sosial.
Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Awam menafikan terdapat kes penuntut universiti yang tidak cukup makan atau kebuluran di kampus di seluruh negara.
Kesatuan Mahasiswa Malaysia pula mahu yuran pelajar dikurangkan.
Ada menteri yang berikrar tidak akan membiarkan pelajar kebuluran, sementara ada pula yang menafikan keadaan dalam kalangan pelajar seburuk itu.
Ada wakil pelajar yang marah-marah kepada menteri yang didakwa tidak pernah mengalami kesusahan, apa lagi kelaparan, kerana dilahirkan dalam golongan orang bangsawan. Oleh itu mereka tidak faham.
Tidaklah menjadi kesalahan dilahirkan dalam kalangan orang berada, sebenarnya, tetapi usaha perlu dilakukan sungguh-sungguh untuk mengatasi masalah rakyat.

0 Komentar untuk " Perihal pelajar kelaparan & menteri "