EKONOMI dunia melayari tahun 2015 dalam nada suram, dengan pertumbuhan diunjurkan sekitar 2.4 peratus susulan kejatuhan hampir 60 peratus harga minyak dan lebih 20 peratus harga komoditi sejak 18 bulan lalu, demikian menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Laporan Situasi Ekonomi Dunia dan Prospek 2016 menyebut banyak negara membangun dan bekas blok Soviet mengalami kelembapan ke paras terendah sejak krisis kewangan global 2008. Sebagai perbandingan, kadar pertumbuhan ekonomi dunia ialah 2.6 peratus pada 2014.
Pertumbuhan global lemah terus memberi kesan kepada pasaran buruh. Pengangguran meningkat di beberapa negara, termasuk Malaysia. Satu daripada kejutan ekonomi terbesar pada 2015 ialah kejatuhan harga minyak global yang di luar jangkaan banyak pihak. Tahun 2015 antara tahun terburuk bagi minyak dalam sedekad. Kombinasi lebihan pengeluaran dan permintaan lemah mengheret harga minyak jatuh ke paras terendah sejak krisis kewangan.
Lebihan bekalan
Sementara pada permulaannya kejatuhan harga minyak pada pertengahan 2014 dipacu permintaan yang lebih lemah berbanding jangkaan, kejatuhan harga minyak mentah pada 2015 sebahagian besarnya disebabkan oleh lebihan bekalan. Penanda aras minyak mentah Brent jatuh di bawah AS$35 (RM150.29) minggu lalu, paras terendah dalam tempoh 11 tahun. Dalam tempoh 18 bulan saja, harga minyak mentah menjunam lebih 50 peratus. Tinjauan kekal suram bagi komoditi itu dengan Goldman Sachs meramalkan ia berkemungkinan mencecah AS$20 (RM85.88) satu tong, namun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Sri Abdul Wahid Omar yang bertanggungjawab dalam perancangan ekonomi negara menyangkalnya sebagai mainan spekulasi nakal.
Faktor besar kelemahan harga itu susulan keputusan kartel minyak OPEC untuk terus mengeluarkan minyak lebih banyak daripada paras penggunaan biasa. OPEC, yang kebiasaannya mengurangkan bekalan apabila permintaan semakin lemah, menambah bekalan bagi mengekalkan penguasaan pasaran. Ia baru-baru ini meningkatkan paras siling pengeluaran daripada 30 juta tong sehari kepada 31.5 juta tong sehari. Pengeluar minyak syal di Amerika Syarikat (AS) turut menyumbang lebihan bekalan. Kebanyakan pengeluar, antaranya Devon Energy, mengeluarkan minyak lebih banyak daripada jangkaan. Goldman Sachs menganggarkan OPEC mengeluarkan 32 juta tong minyak mentah sehari, lebih tinggi daripada 30 juta tong sehari, paras yang dipersetujui OPEC sebelum ini. Strategi OPEC, yang terajui Arab Saudi, bertujuan mengekalkan penguasaan pasaran dan memberi tekanan kepada pengeluar minyak syal AS.
Dengan pengeluar mengepam lebih banyak minyak daripada permintaan pasaran, ini menyebabkan peningkatan ketara dalam inventori. Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), ada lebih 485 juta tong minyak disimpan di AS, paras tertinggi yang tidak pernah dilihat sejak 80 tahun lalu. Ini menambahkan lagi kebimbangan bahawa AS berkemungkinan tidak mempunyai cukup ruang penyimpanan. Dengan lebihan bekalan dan permintaan lemah, satu-satunya tempat terbaik, antaranya, ialah menyimpan dalam kapal tangki di laut. Sama ada paras harga minyak semasa akan kekal hanya akan terjawab tahun depan, bergantung kepada kerancakan aktiviti ekonomi dunia, khususnya permintaan dari China.
Persekitaran ekonomi dunia semakin perlahan
Pertumbuhan ekonomi China dijangka berkembang pada kadar purata 6.8 peratus pada 2015, demikian menurut laporan terkini Tinjauan Ekonomi Dunia dikeluarkan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) Oktober lalu. Sungguhpun kukuh, kadar pertumbuhan semakin perlahan dari tahun ke tahun, yang mana ia turut menggambarkan persekitaran ekonomi yang semakin perlahan di dunia secara keseluruhannya. Pada 2013, ekonomi China berkembang 7.7 peratus, tetapi pada 2014 Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China berkembang 7.3 peratus.
IMF meramalkan pertumbuhan yang lebih perlahan pada 2016, pada kadar 6.3 peratus. Aktiviti perkilangan di ekonomi kedua terbesar dunia itu merosot pada November berikutan sektor pembuatan yang terus menguncup. Indeks Pengurus Pembelian (PMI) jatuh di bawah unjuran kepada 49.6 November, lebih rendah daripada bacaan bulan sebelumnya pada 49.8. Bacaan di bawah 50 menandakan penguncupan dalam sektor itu, manakala di atasnya mencadangkan pertumbuhan.
Sektor pembuatan menguncup
Aktiviti sektor pembuatan China menguncup untuk tempoh empat bulan berturut-turut pada November dan mencecah paras terendah tiga tahun. Kerajaan China bercadang beralih daripada ekonomi dipacu eksport kepada yang berasaskan pengguna. Di Amerika Syarikat, Rizab Persekutuan AS pada 16 Disember lalu akhirnya menaikkan kadar faedah buat kali pertama dalam hampir sedekad, menandakan berakhirnya tempoh kadar hampir sifar yang dinikmati selama tujuh tahun yang mana berbilion dolar disalurkan ke dalam sistem ekonomi oleh bank pusat itu.
Langkah itu dibuat bagi mengelak daripada berlakunya satu lagi Great Depression, susulan krisis kewangan pada 2008. Tahun 2015 juga tidak ketinggalan dengan skandal dan krisis besar. Tajuk berita dunia tertumpu kepada pengeluar automotif terbesar Volkswagen, yang akhirnya mengakui menipu dalam ujian pelepasan asap kenderaan diesel di Amerika dan Eropah. Dianggarkan kerugian kasar mencecah AS$87 bilion (RM374.37 bilion).
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/110126

0 Komentar untuk " Kejatuhan harga minyak global kejutan ekonomi terbesar "