PERKATAAN wakaf membawa maksud sesuatu yang diberikan atau derma untuk kegunaan orang ramai seperti bangunan wakaf, telaga, tanah, masjid, dan surau. Ia berasal daripada perkataan Arab, Al-Waqf yang bermaksud “menghentikan” atau “menahan”.
Ertinya, seseorang menghentikan hak miliknya terhadap sesuatu harta dan tidak menggunakannya dengan cara menyerahkan harta itu untuk kegunaan umum. Ia merupakan satu daripada amal jariah yang sangat dituntut oleh Islam.
Menurut kamus Dewan Edisi Keempat 2007, wakaf juga memberi maksud tempat berhenti sebentar dalam bacaan, dan bagi bangunan pula, merupakan tempat persinggahan sebentar untuk berehat atau menanti sesuatu.
Wakaf, yang juga dikenali sebagai gazebo di Kelantan, merupakan sebuah bangunan beratap tanpa dinding. Satu ketika dahulu, ia menjadi tempat persinggahan yang terkenal dalam masyarakat Kelantan terutama masyarakat Melayu, Siam dan Cina Peranakan Kelantan. Ia berfungsi sebagai tempat pengembara beristirahat dan juga untuk petani melepaskan lelah setelah seharian bekerja di sawah atau ladang.
Menurut hasil kajian Unit Penyelidikan, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan pada tahun 2012, Wakaf Aik didirikan oleh seorang tokoh masyarakat Cina, Chan Aik dari Kampung Sering, Kota Bharu, berhampiran dengan Kampung Tawang, Bachok. Menurut Chan Beng Seong, 63, cucu kepada Chan Aik, datuknya merupakan generasi keempat dari China yang datang ke Kelantan.
Seni bina Wakaf Aik mengikut seni bina rumah Melayu, iaitu menggunakan atap perabung lima. Ia begitu terkenal sehinggakan kampung itu juga dikenali sebagai Kampung Wakaf Aik sehingga sekarang. Selain Wakaf Aik, terdapat juga Kampung Wakaf Zin di Bachok.
Terdapat beberapa tempat atau kampung yang menggunakan nama wakaf yang dibina walaupun ada di antara wakaf tersebut sudah tiada. Antaranya ialah Wakaf Siku, Wakaf Tok Paduka, Wakaf Tok Wali, Wakaf Stan dan Wakaf Che Yeh di Kota Bharu.
Wakaf Che Yeh agak popular kerana di situ terdapat pasar malam yang terbesar di Kelantan. Ada yang mengatakan kalau datang Kelantan, tidak sah kalau tidak pergi ke pasar malam Wakaf Che Yeh.
Pada hujung minggu, pasar malam tersebut dibuka sehingga jam 2 atau 3 pagi, manakala menjelang musim raya, ia dibuka sehingga Subuh.
Penulis lahir di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan. Wakaf asal terletak di bahagian selatan stesen kereta api lama Wakaf Bharu. Terdapat juga Kampung Wakaf Merah di Kutan, tidak jauh dari Wakaf Bharu manakala Kampung Wakaf Raja dan Wakaf Berangan pula di Pasir Putih.
Masyarakat sering beranggapan bahawa amalan wakaf ini terhad kepada harta yang kekal sahaja; seolah-olah hanya mereka yang berharta sahaja yang mampu memperoleh pahala daripada amal jariah ini.
Namun, konsep wakaf tunai telah diperkenalkan oleh beberapa majlis agama Islam negeri seperti Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan yang terkini oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).
Wakaf tunai adalah wang tunai yang dikumpulkan dalam satu tabung wakaf dan ditukarkan menjadi harta kekal yang dimanfaatkan untuk aktiviti kebajikan dan amal jariah. Dengan motto “saham akhirat, berwakaflah walau sedikit”, Maik telah melancarkan “e-waqaf tunai” dalam majlis yang disempurnakan oleh Sultan Muhammad V, baru-baru ini.
Dengan sumbangan minima RM10, umat Islam boleh berwakaf melalui sumbangan atas talian atau di kaunter Maik. YTM Tengku Mahkota Kelantan, selaku Yang Dipertua Maik, begitu prihatin untuk membangunkan semula Pondok Bunut Payung demi memenuhi keperluan pelajar sekolah SMU(A) Sullamiah Bunut Payung, dengan menggunakan Dana Waqaf Tunai yang masih memerlukan sumbangan umat Islam.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila matinya seorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibu bapanya”.
Semoga dengan pelancaran wakaf tunai tersebut, fikrah ummah terhadap wakaf akan terus berkembang bukan sahaja untuk kebaikan di dunia. Namun apa yang lebih utama adalah ganjaran pahala berterusan dan saham akhirat yang berkekalan, insya-ALLAH.

0 Komentar untuk " Wakaf dan masyarakat Kelantan "