NABI Isa Alaihissalam yang dikenali sebagai Prophet Jesus dalam bahasa Inggeris adalah insan yang menentukan aqidah Muslim dan Kristian.
Seorang Muslim akan dikira murtad dari Islam jika tidak beriman kepada Nabi Isa. Demikian juga seorang Kristian akan dikira murtad dari Kristianiti jika dia tidak beriman kepada Jesus.
Seorang sahabat telah bertanya, bolehkah mengucap Krismas? Bagi saya perkara ini menjadi masalah kerana tiada komunikasi yang bersifat taaruf hati ke hati antara Muslim dan Kristian.
Kita sesama mencintai seorang insan yang hebat bernama Isa/Jesus lebih daripada nyawa kita sendiri. Walaupun panggilan nama berbeza dan tafsiran juga ada perbezaan, kita merujuk kepada orang yang sama iaitu anak kepada Maryam dan merupakan keturunan Nabi Ibrahim Alaihissalam.
Secara analoginya, Ibn Rushd dipanggil sebagai Averroes. Panggilan berbeza dan tafsiran terhadap idea ulama ini pun ada perbezaannya tetapi kita merujuk pada individu yang sama.
Umat Islam dan Kristian percaya bahawa Nabi Isa/Jesus akan kembali sebagai al-Masih atau Messiah untuk menyelamatkan manusia. Bila Nabi Isa/Jesus kembali, kita akan berkorban segala-galanya demi untuk menegakkan perjuangannya.
Maka, secara logiknya, kerana cinta agung ini, kita sama-sama ingin menegakkan pandangan masing-masing tentang siapakah sebenarnya kekasih kita ini.
Perbezaan yang asas ialah Kristian percaya Jesus adalah satu-satunya anak Tuhan dan Muslim percaya Nabi Isa adalah Rasulullah.
Walaupun ada perbezaan asas, Islam melarang kita hina agama lain. Islam tidak membenarkan saya ban perayaan Krismas. Tetapi ini tidak bermakna saya wajib setuju dengan mazhab Katolik tentang tarikh lahir Isa/Jesus.
Saya amat mencintai Nabi Isa/Jesus tetapi adalah hak saya untuk tidak setuju dengan pentafsiran Katolik. Mazhab Kristian seperti Jehovah Witness juga menolak 25 Disember sebagai tarikh lahir Nabi Isa/Jesus.
Saya hairan mengapa setengah aktivis menghina umat Islam bila umat Islam tidak setuju untuk meraikan 25 Disember sebagai tarikh lahir Nabi Isa/Jesus. Sifat eksklusif dan dogmatik ini seolah-olah memaksa semua untuk taklid buta pada tafsiran Katolik.
Apakah tiada hak untuk umat Islam yang juga mencintai Nabi Isa/Jesus untuk berbeza pendapat dan tidak meraikan tarikh lahir Nabi Isa/Jesus paa 25 Disember?
Bayangkan kalau umat Islam meraikan tarikh lahir Nabi Isa/Jesus pada 1 November, adakah Katolik Kristian akan meraikan tarikh tersebut bersama umat Islam? Kalau ada Kristian atau umat Islam yang enggan meraikan 1 November, adakah dia di kira rakyat Malaysia yang tidak cintakan perpaduan?
Bagaimanapun, saya tidak setuju dengan arahan Sultan Brunei yang merendah-rendahkan kewibawaan umat Islam dengan mendakwa bahawa perayaan Krismas secara terbuka akan mengelirukan umat Islam. Bagaimana umat Islam boleh keliru sedangkan mereka adalah majoriti besar di Brunei dan autoriti Islam di Brunei memiliki kuasa mutlak untuk mendidik rakyat Brunei?
Jika saya sebagai ketua negara, saya akan jadikan tarikh 24 dan 25 Disember sebagai dua hari untuk Muslim dan Kristian berkumpul bersama, mengadakan dialog harmoni, dan pameran untuk menjelaskan persamaan dan perbezaan tentang siapakah Nabi Isa/Jesus sebagai tanda menghayati kehebatan Baginda.
Bagi saya, walaupun saya tidak meraikan kelahiran Nabi Isa/Jesus pada 25 Disember, tetapi saya meraikan kehebatan Baginda.
Selamat menyambut kehebatan Nabi Isa Alaihissalam. Mari kita bertukar informasi mengenai Nabi Isa/Jesus. Inilah ucapan saya kepada kawan-kawan Kristian.
Hijab yang paling besar dalam benar-benar meraikan kehebatan Nabi Isa/Jesus ialah kita tidak mampu berjihad melawan sensitiviti agama kita. Kita terlalu ego dengan pendirian kita. Bila orang berbeza pendapat dengan kita, ego kita menjadikan kita sensitif sehingga kita mula menghina agama lain, bukan menilai secara ilmiah demi kebenaran.
Sekadar mengharamkan perayaan terbuka Krismas akan menaikkan lagi sensitiviti kita terhadap apa jua perbincangan agama. Ini akan menghalang pembudayaan dialog antara agama secara terbuka. Mengapa tidak mengawal perayaan terbuka Krismas sebagaimana kita perlu juga mengawal perayaan Maulid?
* Abdul Naser Tun Rahman (Ketua Biro Pendidikan, Biro Persatuan Cina Muslim)

0 Komentar untuk " Rai sambutan kehebatan Nabi Isa "