Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin berbicara mengenai Niat dan Perancangan melalui program Pesona D'Zahra yang bersiaran di IKIMfm setiap Isnin, jam 10.15 pagi, selepas mengupas pelbagai isu berkaitan niat sebelum ini. Beliau berkata, berniat tanpa perancangan tidak akan memberi apa-apa kesan walaupun niat itu baik. Hidup ini memerlukan perancangan, walaupun kesannya mungkin tidak kita sedari dan nampak dalam masa terdekat.
Namun, untuk jangka masa panjang ia akan menampakkan kesannya sama ada positif atau negatif seperti hidup berumahtangga, isteri yang tidak melayan suaminya dengan baik, dari segi kesannya mungkin tidak nampak untuk sehari dua atau sebulan, tetapi lama kelamaan perasaan suami tidak dapat bertahan lagi. Apatah lagi di luar sana ada perempuan yang pandai mengambil hati dan menjaga perasaan, sudah tentu berlaku perceraian atau poligami. Begitu juga jika suami tidak memberi layanan sepatutnya dan menunaikan tanggungjawab.
Bina rumah tangga yang baik sejak awal
Apa yang berlaku itu bukan disebabkan kejadian sehari dua, tetapi kerana kegagalan kita membina sebuah rumah tangga yang baik sejak dahulu. Begitu juga seorang anak yang tidak dihantar mengaji al-Quran atau kelas agama, kesannya mungkin tidak nampak sekarang. Bagaimanapun, apabila anak itu dewasa, barulah ibu bapa sedar anak tidak pandai membaca al-Quran serta jahil fardu ain. Di sini menunjukkan pentingnya kita membuat perancangan hidup bukan mengharapkan kebaikan dengan berniat sahaja tanpa perancangan teliti.
Kesannya tidak melakukan perancangan ada ketikanya boleh dilihat terus dan ada ketikanya mengambil masa lama untuk menampakkan kesannya. Nabi SAW bersabda: "Hendaklah kamu bermain dengan anak ketika usianya tujuh tahun, didik anak kamu pada usia tujuh tahun seterusnya, dan berkawan dengannya pada usia tujuh tahun berikutnya."
Ini menunjukkan kepada kita bagaimana Nabi SAW mengajar merancang dalam pendidikan anak untuk setiap tujuh tahun. Itulah pentingnya perancangan. Al-Quran dalam surah Yusuf ada menyebut mengenai perancangan seperti kisah Nabi Yusuf dalam penjara dan mentadbir mimpi seorang rakan sepenjaranya. Apabila Raja Mesir ketika itu bermimpi melihat tujuh lembu gemuk dan kemudian melihat tujuh lembu kurus. Maka Nabi Yusuf dipanggil untuk memberi tafsiran mimpi itu lalu menyatakan ia membawa maksud bahawa tujuh tahun pertama itu ialah tahun kesuburan dan kemewahan, manakala tujuh tahun berikutnya membawa maksud tujuh tahun yang sengsara.
Lalu Baginda menyarankan Raja Mesir menyimpan sebagai stok makanan pada masa kemewahan tujuh tahun itu untuk digunakan pada ketika menghadapi tujuh tahun sengsara selepas itu. Lalu dibina stor dan dibuat simpanan yang banyak. Apabila datangnya tujuh tahun sengsara itu, rakyat Mesir sudah bersedia dan menghadapi segala kesulitan dengan mudah berkat perancangan yang telah dibuat awal. Sebenarnya, dalam kehidupan ini kita sepatutnya merancang untuk setiap tujuh tahun. Bermula tujuh tahun pertama, kemudiannya tujuh tahun kedua dan seterusnya sehinggalah kita meninggal dunia mungkin pada usia sekitar 60 atau 70 tahun. Sabda Baginda: "Umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, hanya sedikit daripada mereka yang usianya lebih daripada itu." (Riwayat Tirmidhi)
Harap pencapaian setiap tujuh tahun
Oleh itu, kita perlu merancang untuk diri dan orang sekeliling pencapaian diharapkan setiap tujuh tahun. Untuk anak pada usia tujuh tahun, apa yang kita harapkan dan ingin dicapai, begitu juga apabila umurnya meningkat 14 tahun apa sebenarnya kita harapkan daripada anak. Perancangan ini perlu dicatatkan supaya kita bergerak ke arah itu. Selepas meniti usia 63 tahun, jika kita masih hidup adalah umur bonus buat kita.
Diriwayatkan, niat orang Mukmin itu lebih baik daripada amal salih. Jika hari ini usia kita 40 tahun, maka rancang sesuatu supaya kita boleh mengubah hidup ini. Jika masih dalam keadaan kesedihan dan kemurungan, bangkit untuk membina kehidupan baharu serta merancang masa depan lebih baik. Fasa perancangan tujuh tahun akan kita lalui sebanyak sembilan kali apabila umur mencecah 63 tahun dan kita tidak memiliki masa yang lama untuk hidup di dunia ini.
Jangan membuang masa dan rancang supaya kehidupan di dunia memberi manfaat dunia serta akhirat. Jangan jadi seperti sesetengah orang yang apabila ditimpa ujian dan musibah menjadi murung, rungsing, pasrah serta menyerah kepada takdir sahaja. Bahkan ada yang mengharapkan untuk mati sedangkan orang yang mati ingin dihidupkan kembali untuk melakukan ibadah. Penulis ialah Penerbit Slot Warna Pagi IKIMfm
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/109126

0 Komentar untuk " Niat tanpa perancangan tidak beri kesan "