PERPADUAN kalangan umat Islam bukan setakat Multaqa al-Azhar, tetapi lebih dari itu. Masih banyak lagi jalan yang perlu dirintis, bagi memastikan perpaduan umat Islam menjadi realiti, seterusnya mengekalkan kesinambungan kuasa daripada terlepas kepada ultra kiasu.
Rakan Umno beritahu saya, kerjasama sebelum ini gagal kerana segelintir pemimpin Umno berasa tergugat dengan kehadiran Pas di kawasan mereka.
Perkara yang sama tidak mustahil berulang, selagi kita tidak ditarbiahkan mereka dengan Islam. Ingat! kuasa itu hanya alat, bukan matlamat. Gunakan kuasa untuk untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara, bukan memenuhkan poket dan membuncitkan perut.
Mengenali Umno sekian lama, aspek tarbiah ini amat kurang sekali, berbanding Pas, yang kadang kala terlebih ekstrem pula, sehingga ada yang fanatik. Sebab itu, konsep wasatiyyah yang diperkenalkan PM perlu difahami sepenuhnya orang Umno dan Pas.
Sudah sampai masanya Umno serius dalam mentarbiahkan pemimpin dan ahli mereka. Kembalikan Umno dahulu. Sanggup berjalan kaki dan berbasikal ke sana ke mari melihat nasib rakyat.
Susah senang bersama. Jika berlaku kematian, mereka terlebih dahulu tercokoh. Dialah imam, dialah yang baca doa. Itulah baru namanya YB, Yang Berkhidmat.
Ini tidak, rata-rata kita lihat mereka dengan kereta mewah dan isteri mewah. Tayang sana sini. Lebih-lebih lagi yang beristerikan artis. Ini belum termasuk rumah dan harta yang dihimpun.
Susah sangatkah menjadi low profile? Bukankah ini menjadi tuntutan dalam Islam? Jika nak himpun harta, himpunlah, tetapi jangan menunjuk. Rakyat sudah muak.
Saya banyak berjalan ke rumah kalangan pemimpin Umno. Jarang sekali jumpa rumah mereka kecil, semuanya mewah belaka.
Menjadi pemimpin bahagian, anak beranak turut mewah. Inikan pula mereka yang berjawatan dalam negeri dan pusat. Bukanlah bermakna mereka perlu tinggal di pondok kecil. Berpada-padalah.
Semua maklum, segelintir mereka ada tokeh (funder) di belakang. Funder ini akan dipermudahkan kerjanya untuk mendapat peluang bisnes, tanah, kontrak dan tender.
Sehinggakan tanah rezab Melayu pun boleh terlepas. Sedangkan tanah Melayu ini ALLAH kurniakan dengan kandungan mineral yang sangat tinggi. Kenapa tidak gunakan tanah mineral tersebut untuk anak bangsa? Misalnya, buat R&D dan buat kilang? Kenapa dijual kepada orang asing?
Dahulu, negeri Perak terkenal di seluruh dunia kerana kaya dengan bijih timah. Selepas bijih timah dikaut keluar, ada apa dengan Perak hari ini?
Sebab itulah, pembangkang lebih memfokuskan untuk merampas negeri kaya seperti Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu daripada Perak. Negeri miskin bukan keutamaan. Funder sebeginilah yang menjadi sumber kewangan mereka.
Perkara sebegini mesti disedari oleh Umno jika mahu menghulur tangan dengan Pas. Pas sudah biasa hidup susah dengan perjuangannya. Sebab itu, Pas tidak kisah memutuskan hubungan dengan ultra kiasu.
Justeru, untuk bekerjasama, tidak perlu menuding jari. Tidak perlu juga ‘meleburkan parti’. Mustahil untuk berlaku kerana setiap parti ada pendirian dan pengikut (fanatik) masing-masing.
Belajarlah daripada parti ultra kiasu. Di mana pun mereka berada, apabila pilihan raya, mereka tahu parti manakah yang perlu dipangkah. Tidak bolehkah Pas dan Umno berfikir sebegitu?
Justeru, dalam merintis kerjasama ini, saya mencadangkan; pertama, Umno mesti berubah. Politik wang mesti dibanteras hingga ke akar umbi. Imej Umno mesti dibersihkan. Begitu juga Pas. Akhlak mulia dan keadilan menjadi tunjang utama.
Kedua, jika Umno atau Pas mencapai kemenangan, sama ada negeri atau pusat. Raikan antara satu sama lain. Jangan bersihkan segala jawatan, termasuk imam masjid surau, ahli majlis dan sebagainya seperti yang dilakukan ultra kiasu di Pulau Pinang.
Jika Pas dan Umno ada kelebihan dan bakat, gunakan untuk kepentingan rakyat. Penilaian berasaskan bakat dan kekuatan, bukan parti. Itu fanatik namanya. Belajarlah dari parti Demokrat dan Republikan di Amerika Syarikat.
Ketiga, apa jua keputusan yang dibuat, ia dilakukan secara win-win supaya tidak ada yang kalah terduduk. Terasnya adalah kebaikan dan keadilan. Yakinlah, manusia akan tunduk kepada kebaikan.
Akhirnya, Umno mesti mendidik parti komponen BN supaya lunak dengan Islam. Jangan asyik menentang agenda Islam apabila ia mahu dilaksanakan. Mungkin parti komponen BN akan rasa tercabar dengan kerjasama ini.
Tetapi yakin, siapa pun yang memerintah, jika Islam yang menjadi sandaran, bukan Islam tidak perlu bimbang. ALLAH melaknat mereka yang lakukan kezaliman. Bersatulah atas nama Islam.
* Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPA, UNISZA

0 Komentar untuk " Bersatu atas nama Islam "