MENGETENGAHKAN inovasi dalam masakan, kedai Laksa Telur Goreng Mumtaz yang terletak di Pekan Batu 5, Parit Buntar menghidangkan sajian segar dan menyelerakan.
Terletak di kawasan strategik dan mampu menampung 40 pelanggan pada satu masa, premis ini pastinya dapat menggamit selera sesiapa sahaja.
Boleh memilih sama ada ingin menikmati semangkuk laksa bandung atau laksa telur bersarang, bau yang menusuk hidung pasti membuatkan anda rambang mata.
Jadi, tak salah untuk memilih kedua-dua hidangan.
Mahu memastikan pelanggan menikmati ramuan terbaik, Pengurus Operasi Laksa Telur Sarang Mumtaz, Najmi Rajli, 29, sanggup berulang alik ke pasar awam dua kali sehari semata-mata untuk mendapatkan bahan segar.
Menurutnya, idea penubuhan premis Laksa Telur Goreng Mumtaz dan penghasilan laksa bandung terhasil selepas pulang dari melawat Bandung, Indonesia atas urusan kerja pada 2012.
“Ketika di sana, saya yang gemar mi bandung dan air sirap bandung memesan kedua-dua menu itu di salah sebuah kedai makan kerana menyangkanya makanan asal penduduk Bandung.
“Namun, saya terkejut dimaklumkan kedua-dua menu itu tiada di Bandung.
“Saya terfikir tidak salah sekiranya menu inovasi laksa yang saya hasilkan pada hujung 2013 turut dinamakan ‘laksa bandung’,” katanya.
Najmi, juga seorang guru, berkata, dia memilih menu laksa untuk dijadikan produk inovasi setelah menyedari potensi pemasaran produk itu pada masa hadapan.
Najmi berkata, sejak dua tahun lalu, setiap hari tidak kurang 60 mangkuk laksa bandung dan laksa telur goreng bersarang mampu dijual.
Selain produk berkualiti, bersih dan lazat, harga laksa bandung dan telur goreng bersarang bernilai RM4.50 dan RM3.50 semangkuk turut tidak membebankan pelanggan.
“Meskipun perniagaan dijalankan secara kecil-kecilan, namun saya amat mengambil berat penjenamaan dan promosi secara atas talian.
“Saya bersyukur kepelbagaian inisiatif memperkenalkan inovasi laksa dihasilkan akhirnya menggamit pelanggan walau dari jauh untuk datang ke premis dan menikmati hidangan disajikan,” katanya.
Najmi berkata, setiap hari premisnya akan dibuka bermula 4 petang hingga 10 malam dan turut menawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah pelanggan serta katering.
Najmi turut merancang mewujudkan ‘Laksa House’ pada tahun hadapan bagi memberi peluang kepada peminat laksa menikmati lima menu hidangan laksa berbeza dan unik.
“Selain itu, saya berharap inovasi laksa dihasilkan mampu dikembangkan ke peringkat lebih luas dan terus menerima sokongan padu peminatnya dari seluruh negara,” katanya.

0 Komentar untuk " Inovasi laksa pikat selera "