DUA usahawan berkongsi perniagaan kepak ayam bakar, Ke_pak dengan pelbagai pilihan memenuhi citarasa penggemar makanan (food hunter).
Diusahakan Fallah Ishak dan Ajwad Hassan (Adam) pada dua bulan lalu nyata mendatangkan pendapatan lumayan kepada pengusaha dalam masa singkat.
Menurut Fallah, idea menjalankan perniagaan itu setelah mengilhamkan satu konsep niaga mudah dan unik.
"Saya melihat industri makanan berkembang luas dan sentiasa jadi buruan peminat tegar makanan seperti ini.
"Sebelum ini, masyarakat sinonim dengan kepak ayam dijual peniaga dari Sabah. Ketika itu, tidak ramai Bumiputera sanggup menceburi bidang ini," katanya.
Dari situ, dia melakukan penjenamaan semula dengan menghasilkan resipi dan adunan sos chef berpengalaman.
Tidak hanya tertumpu satu jenis sos sahaja, Fallah memperkenalkan pelbagai sos pilihan seperti Honey Mustard, Honey Bbq, Honey Lemon, Teriyaki Sos, Thousand Island dan Thai Sos.
"Kepak ayam bakar disalut dengan ramuan perap rahsia dan hidangan sos variasi pastinya menarik perhatian ramai.
"Sasaran pelanggan kami adalah pencinta makan tidak kira usia dan sesuai dijadikan hidangan siang, malam," katanya.
Menggunakan tagline The Wing Experts, dia yakin jenama Ke_pak dapat melonjak ke satu tahap lebih tinggi dalam perniagaan iaitu industri francais.
Kepada mereka yang ingin mencuba, boleh mengunjungi gerai Ke_pak di Food Mega Festival 2015.pada 26 dan 27 Disember ini di Stadium Shah Alam.

0 Komentar untuk " Variasi kepak ayam bakar "