RAMAI mengeluh, sana-sini kecewa. Dulu dia orang kata pelaksanaan GST tidak menyusahkan rakyat, sebab banyak barang dikecualikan dan akan turun harga. Ternyata, harga terus naik, dan kini terasa amat membebankan.
Barang naik, nilai ringgit pula merudum, menyebabkan yang naik semakin naik. Malah, yang sebelum ini tidak naik pun tiba-tiba naik. Tol naik, tambang naik. Apam naik, telur pun naik.
Maka darah pun ikut naik. Lebih-lebih lagi sesetengah menteri kita apabila bercakap kedengaran tidak berapa pandai. Bukan sahaja tidak pandai, malah tidak mesra rakyat. Contoh, apabila harga barang keperluan naik, mudah sahaja menteri berkata: “Jangan makan barang itu, bertukarlah kepada barang lain.” Atau, selalu juga menteri mengesyorkan: “Boikot!”
Nampak sangat yang bercakap itu tidak tahu bahawa sesetengah barang keperluan tidak ada pengganti yang lebih murah. Ikan kembung – di sesetengah tempat dipanggil ikan temenung – makanan rakyat biasa, kini rata-rata RM10 per kilo.
Tidak ada yang lebih murah dari si temenung, kecuali jika setiap hari kita rela berhidang hanya dengan nasi dan sayur kangkung. Untuk makluman, kangkung pun sudah naik harga!
Boikot? Boleh boikot sehari dua. Tetapi berapa lama kita boleh boikot makanan yang menjadi kebiasaan dan termampu oleh kita? Berapa lama kita dan anak-anak sanggup makan kangkung?
NGO, pakar ekonomi, pejuang pengguna, para ulama, semua mengakui orang ramai kini berasa tertekan untuk meneruskan kehidupan harian. Tidak kira di bandar mahu pun di desa terpencil, kenaikan harga barang melemaskan kehidupan.
Ada yang mengaku di mahkamah bahawa dia terpaksa mencuri dan meragut kerana tidak cukup duit menampung keperluan keluarga. Ini kisah benar, bukan drama TV.
Harapan umum ialah apabila kenaikan harga tidak munasabah, menteri sepatutnya menggerakkan agensi dan petugas memerangi kenaikan tersebut. Buru habis-habisan peniaga yang mencekik dan menghisap darah. Tangkap dan hukum puntianak dan drakula itu – bukan minta rakyat boikot.
Baru-baru ini apabila kadar tol naik, dan mempersulit lagi pengguna kenderaan, ada menteri terlepas cakap: “Kalau tidak mampu bayar tol, gunakan jalan alternatif.”
Apakah dia tidak tahu bahawa di sesetengah kawasan memang tidak ada laluan pilihan, masuk atau keluar mesti kena tol. Satu-satunya laluan bebas tol ialah dengan bersampan atau berkolek menerusi Sungai Klang atau Sungai Gombak. Sanggup?
Pada ketika serba-serbi naik harga, dan RM1 nilainya lebih kecil dari sekupang, kata-kata seperti ‘beralih kepada makanan lain’, ‘boikot’ dan ‘cari laluan alternatif’ sebenarnya memperlekeh minda rakyat.
Harap-harap sehari dua ini jangan ada menteri yang terlepas cakap dan bermadah: “Sekiranya tidak mahu membayar kenaikan tambang pengangkutan awam, sila ke pejabat berjalan kaki atau menaiki basikal!”
Sekarang musim tambang naik. Sesetengah kenaikan itu bukan satu atau dua peratus, malah berkali-kali ganda. Mulai 1 Januari 2016 tambang ERL dari pusat bandar raya ke KLIA naik RM20 daripada RM35 kepada RM55.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah meluluskan kenaikan tersebut. Ramai mengeluh, dan menjerit dalam hati. Tetapi tahun baharu nanti RM20 itu tetap naik. Ada sesiapa yang sanggup berbasikal ke KLIA?
Seperti yang telah dirasakan pengguna, kadar perkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) diumumkan naik dari 4 sen satu kilometer dengan maksimum kenaikan RM7.10 bagi satu perjalanan.
Sementara tambang bagi LRT turut naik; untuk empat kilometer pertama, penumpang LRT akan dikenakan 30 sen perkilometer.
Bagi perjalanan Monorail penumpang dikenakan 58.8 sen perkilometer untuk empat kilometer pertama dan 37.2 sen perkilometer untuk 4.1 kilometer hingga 9 kilometer blok. Tambang teksi naik, bas ekspres naik, bas sekolah pun naik.
Sesetengah menteri macam tidak mesra rakyat. Tetapi ada juga menteri yang prihatin. Sekurang-kurangnya Khairy Jamaluddin memberi sedikit harapan – setakat ini – untuk menyekat kenaikan tambang.
Pada PAU minggu lalu Ketua Pemuda Umno yang juga Menteri Belia dan Sukan itu menggesa kerajaan untuk menghentikan segala kenaikan harga dan tambang yang jelas telah membebankan rakyat.
“Cukuplah! Hentikan semua kenaikan ini. Jangan ada kenaikan lagi,” katanya sambil menegaskan rakyat sudah tidak boleh terima lagi kenaikan pada masa akan datang
Harap-harap ada yang dengar rayuan KJ.

0 Komentar untuk " Sana-sini terdengar keluhan... "