SECARA umumnya prinsip Islam terhadap sikap suka menunjuk-nunjuk atau istilah syaraknya riak dan mengungkit-ungkit sesuatu amalan kebaikan adalah dicela, bahkan dapat menghapuskan pahala amalan kebaikan tersebut di sisi ALLAH.
Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna Islam mengharamkan terus daripada perlakuan menzahirkan nikmat atas dasar bersyukur terhadap segala kurniaan ALLAH. Surah ad-Dhuha ayat 11 menyebut: “Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan sebagai bersyukur kepada-Nya)”.
Di sinilah ulama berbahas tentang tafsiran kedua-dua ayat tersebut. Satu pihak berpandangan, menzahirkan kebaikan yang dilakukan sehingga terlahir perasaan riak dan sikap menunjuk-nunjuk mahupun mengungkit-ungkit, adalah perbuatan tercela bahkan boleh merosakkan segala pahala kebaikan yang dilakukan.
Namun, dalam aspek yang lain, ALLAH membenarkan kita menzahirkan kebaikan atas tanda kesyukuran seutuhnya kepada kurniaan ALLAH. Dalam kitab Ihya’ Ulumuddin, Imam Al-Ghazali banyak membahaskan aspek ini khususnya dalam perkiraan untuk menjaga hati dan keikhlasan agar tidak mudah diselewengkan oleh nafsu dan bisikan syaitan.
Antara isu menarik yang dibahaskan dalam kitab ini juga ialah golongan pemimpin yang dikecualikan daripada pengharaman perlakuan menunjuk-nunjuk atau menzahirkan kebaikan yang dilakukan.
Ini kerana bagi pandangan ulama, sikap menzahirkan kebaikan yang dilakukan oleh pemimpin adalah penting supaya rakyat bawahan tidak mudah prejudis, rasa bersyukur, kekal taat dan tidak menderhakai pemimpin.
Dalam sesetengah keadaan, sikap menzahirkan dan menjelaskan perbuatan baik yang dilakukan terutamanya daripada kalangan para pemimpin, ada kalanya lebih utama bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar sehingga boleh menimbulkan kesan buruk terhadap keharmonian dan kestabilan masyarakat.
Mungkin ada baiknya disingkap kembali sejarah lampau era pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan. Suatu ketika terjadinya fitnah besar terhadap kepimpinan Uthman sehinggakan rakyat yang termakan dengan adu domba sanggup merentas padang pasir ratusan batu hanya untuk memerangi khalifah.
Pada saat itulah, Khalifah Uthman yang dikepung rumahnya di Madinah oleh golongan pemberontak yang datang dari jauh seperti Kufah, Basrah dan Mesir terpaksa membangkitkan dan menceritakan segala jasa dan pengorbanan besar beliau kepada umat Islam. Kata-katanya diungkapkan dalam kitab sejarah seperti berikut:
“Aku mengingatkan kamu semua kepada ALLAH dan Islam. Adakah kamu semua mengetahui bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW setelah datang ke Madinah, tidak ada di Madinah air tawar yang selesa untuk diminum kecuali (dari) telaga Rumah (yang dimiliki orang-orang Yahudi)?”
Maka Baginda bersabda: “Siapakah yang ingin membeli telaga Rumah, kemudian dia berkongsi timbanya dengan timba-timba orang-orang Islam yang lain dengan baik, dia akan mendapat ganjarannya di syurga?”
Saidina Uthman berkata: “Maka aku membelinya dari harta aku sendiri, kemudian kamu semua (wahai pemberontak) pada hari ini menghalangku untuk aku minum dari telaga itu sehingga aku terpaksa minum dari air laut”. Mereka berkata: “Ya, betul”.
Kemudian Saidina Uthman berkata: “Aku mengingatkan kamu kepada ALLAH dan Islam. Adakah kamu semua mengetahui bahawa sesungguhnya Masjid (Nabawi) telah sempit dengan ahlinya, maka Rasulullah SAW bersabda: “Siapakah yang ingin membeli sebidang tanah keluarga fulan, maka dapatlah bertambah (keluasan masjid) dengan baik, oleh itu dia mendapat ganjarannya di syurga?”.
Saidina Uthman berkata: “Maka aku membelinya dengan harta aku sendiri, kemudian adakah kamu semua pada hari ini ingin menghalangku untuk aku solat dua rakaat di dalamnya?”. Mereka berkata: “Ya, betul”.
Saidina Uthman berkata lagi: “Aku mengingatkan kamu semua kepada ALLAH dan Islam. Adakah kamu semua mengetahui bahawa sesungguhnya aku telah mempersiapkan tentera perang al-‘Usrah (perang sukar - perang Tabuk) dari hartaku sendiri?”. Mereka (para pemberontak) berkata: “Ya, betul”. Hadith hasan riwayat at-Tirmizi dan an-Nasa’i.
Segala jasa dan pengorbanan yang dizahir dan diungkitkan oleh Saidina Uthman ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi supaya mereka yang memeranginya sedar akan akhlak dan peribadi beliau yang sebenar, seterusnya taat dan patuh kepada kepimpinan beliau.
Inilah prinsip-prinsip Islam dalam menzahirkan kebaikan termasuklah kebaikan yang dilakukan oleh para pemimpin.
* Penulis Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

0 Komentar untuk " Keperluan pemimpin zahir kebaikan "