UNTUK bercuti, berehat, menghadiri majlis konvokesyen, melawat saudara-mara, atau menghadiri kenduri rakan taulan, jika tempatnya jauh dari tempat bermastautin, yang perlu difikirkan ialah tempat penginapan.
Apabila dibuat carian menerusi internet, pelbagai jenis kediaman sementara dapat ditemukan, antaranya hotel, hostel, motel, apartment, lodge, rest house, guest house, chalet, resort, dan homestay.
Semua perkataan tersebut berasal daripada bahasa Inggeris. Kini, istilah hotel, motel, dan hostel sudah diterima dalam bahasa Melayu, malahan resort, chalet, dan apartmen juga semakin sebati dalam bahasa Melayu.
Selain itu, terdapat juga istilah yang bercirikan bahasa kebangsaan, seperti inap desa, rumah persinggahan, rumah penginapan, rumah peranginan, rumah tetamu, asrama, pangsapuri, dan sebagainya, tetapi tidaklah sebanyak penggunaan istilah dalam bahasa Inggeris.
Hal ini mungkin disebabkan perkataan-perkataan dalam bahasa asing itu ringkas dan bunyinya sedap didengar.
Berbagai-bagai gaya nama diberikan kepada pusat penginapan itu berdasarkan cita rasa pemiliknya. Sesetengah pemilik memilih kata daripada bahasa Melayu atau kata asing yang mirip kata bahasa Melayu, misalnya Serasi, Sri Buana, Wawasan, Buai, Duta Puri, Kolek, Arwana, Damai, dan lain-lain lagi. Perkataan atau rangkai katanya ringkas dan indah.
Malangnya, kebanyakan nama tempat penginapan itu tidak menggunakan bahasa Melayu yang lengkap, sebaliknya memperlihatkan percampuran bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.
Yang wujud ialah Serasi Inn, New Sri Buana Hotel, Wawasan Hotel, Bidara Park Resort, Rhu Guest House, Damai Beach Resort, Arwana Lodge, Putri Rest House, dan sebagainya.
Alangkah indahnya kalau digunakan bahasa Melayu sepenuhnya, seperti Rumah Penginapan Serasi, Hotel Sri Buana Baharu, Hotel Wawasan, Resort Taman Bidara, Rumah Tetamu Rhu, Rumah Peranginan Pantai Damai, Rumah Persinggahan Arwana, dan Rumah Rehat Puteri.
Yang ketara, banyak rumah penginapan terletak di kawasan pinggir bandar atau di bandar kecil yang merupakan kawasan peranginan. Rumah itu pula dimiliki oleh orang tempatan.
Di sekitar rumah-rumah itu, menetap orang tempatan yang berbahasa kebangsaan atau menggunakan dialek tempatan. Dengan hal yang demikian, betapa serasinya kalau tempat penginapan itu diberi nama dalam bahasa kebangsaan, atau diperkenalkan dialek daerah yang berpotensi diserapkan ke dalam bahasa standard pada suatu masa nanti.
Antara alasan penggunaan bahasa bercampur ialah pengunjung dari luar negara turut menyewa rumah penginapan itu. Penamaan sedemikian memudahkan pihak tersebut memahaminya. Jika demikian sebabnya, lebih wajar pengusaha rumah penginapan menggunakan sistem dwibahasa (dua bahasa). Baris atasnya menggunakan bahasa kebangsaan, dan baris bawahnya diberikan terjemahan dalam bahasa Inggeris atau bahasa lain.
Nama penginapan dalam bahasa Melayu itu hendaklah menggunakan saiz huruf yang lebih besar daripada bahasa yang satu lagi. Hal ini memberi manfaat yang lebih besar kerana orang asing dan orang tempatan sama-sama memahaminya, dan pada masa yang sama kita memartabatkan bahasa milik kita.
Sebenarnya, hal seperti itu berlaku secara leluasa dalam banyak bidang lain juga. Lihatlah papan nama kedai, pusat perniagaan, rumah, bangunan, jalan, taman perumahan, dan sebagainya.
Nama-nama seperti Wadi Agency, Mesra Mall, Pusat Tuisyen City, Jabatan Insolvensi, Jalan Putra Square, Taman Mount Austin, dan sebagainya, merupakan antara contoh penggunaan bahasa rojak yang dapat ditemukan di mana-mana sahaja.
Memang dalam keadaan tertentu penggunaan perkataan daripada bahasa asing tidak dapat dielakkan. Namun, perkataan bahasa asing yang dipilih sebaik-baiknya yang sudah diperakukan oleh badan perancangan bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, yang sesuai dengan sifat bahasa Melayu.
Badan itu juga ada mengeluarkan buku Nama Indah (2013) yang menyenaraikan contoh nama yang indah dan santun untuk syarikat, tempat rekreasi, bangunan, taman perumahan, dan jalan.
Penamaan dengan menggunakan bahasa Melayu secara tidak langsung dapat memperkasakan dan memartabatkan bahasa kebangsaan kita. Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita. Bahasa Jiwa Bangsa.

0 Komentar untuk " Homestay lebih sedap didengar "