ANNEMS International Sdn Bhd, pengeluar produk kecantikan Bumiputera menerusi jenama Revealia menyasarkan jualan tahunan RM7 juta menjelang tahun hadapan.
Pengarah Urusannya, Mohd Izzuddin Haziq Jasmi berkata, setakat ini pihaknya mampu menjana pendapatan sebanyak RM400,000 sebulan.
"Kami yakin produk ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna kerana bahan-bahan digunakan berkualiti dan setanding jenama antarabangsa tetapi harga mampu milik.
"Revealia menggunakan 100 peratus tumbuh-tumbuhan dan bunga yang diimport daripada Perancis," katanya, baru-baru ini.
Menurutnya, pihaknya mengambil masa setahun bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam mendapatkan formula berkualiti bagi produk berkenaan.
Walaupun menggunakan bahan-bahan dari Perancis, Mohd Izzuddin berkata, Revealia diformulasikan bersesuaian dengan cuaca dan kulit masyarakat Asia.
Katanya, Revealia adalah produk kecantikan diilhamkan menerusi seorang pakar bidang kecantikan daripada Perancis.
"Ia mampu merawat dari dalaman kerana ia produk double serum pertama di negara ini, selain itu mesra solat," katanya yang membelanjakan RM50,000 bagi memulakan perniagaannya pada Ogos lalu.
Revealia dilengkapi pembersih, serum pagi dan malam pada harga RM189 sekotak.

0 Komentar untuk " Revealia sasar RM7 juta "