10 juta tempahan Majdma Biopine - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

10 juta tempahan Majdma Biopine

WALAUPUN belum dilancarkan secara rasmi, produk sulung keluaran Majdma Bio Health Sdn Bhd sudah menerima tempahan sebanyak 10 juta botol daripada pengedar, bukan hanya dari dalam negara, malah dari Brunei dan Singapura.

Ditubuhkan awal Disember, oleh Majlis Datuk-Datuk Muslim Malaysia (Majdma), ia bertujuan menerajui perniagaan dalam bidang bio-kesihatan.

Produk pertama syarikat itu ialah minuman tenaga, Majdma Biopine dalam botol 500 mililiter (ml).

Presidennya, Datuk Che Ku Mohd Sahidi Che Ku Denang berkata, produk tersebut diformulakan Dr Azhar Ali sejak enam tahun lalu.

“Ia mengandungi lima bahan asas penting iaitu air zam zam, getah pokok Pine, garam Hunza, magnesium asli dan ekstrak daun Cypress.

“Berdasarkan penyelidikan pengasas formula ini, minuman tersebut mempunyai khasiat dan dapat membantu kesihatan baik untuk tubuh termasuk penyakit tertentu,” katanya.

Biarpun menerima tempahan cukup baik untuk produk ini, Majdma menegaskan, merek bukan mahu mengejar keuntungan sebaliknya lebih mementingkan kesihatan masyarakat awam melalui pengambilan bahan berkhasiat.

“Ia sejajar kempen sihat diterajui kerajaan supaya rakyat mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya menjelang majlis pelancaran Majdma Biopine.

Turut hadir, bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor yang juga Penasihat Korporat Majdma Bio Health.

Pada majlis pelancaran itu, Majdma Bio Health menandatangani memorandum persefahaman (MoU) tempahan Majdma Biopine bersama rakan niaga badan korporat termasuk dari Brunei dan Singapura.

Che Ku Mohd Sahidi berkata, berdasarkan potensi ditunjukkan Majdma Bio Health, pihaknya yakin mampu meraih keuntungan kasar sehingga RM220 juta menjelang akhir 2016, melalui 12 usaha niaga bakal dipelopori pertubuhan itu.

“Kami sasar menjadikan Madjma sebagai satu jenama disegani di dalam dan luar negara dalam tempoh setahun itu,” ujarnya.

Pertubuhan itu diluluskan Pendaftar Pertubuhan pada 30 Januari 2015, bertujuan menyatukan para pemegang gelaran Datuk di negara ini.

Sehingga kini, pertubuhan itu mempunyai 100 ahli termasuk 23 ahli bersekutu di kalangan bukan Islam.

0 Komentar untuk " 10 juta tempahan Majdma Biopine "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ