Mr. Melting: Bina empayar niaga di usia muda - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Mr. Melting: Bina empayar niaga di usia muda

MELIBATKAN diri dalam dunia perniagaan memerlukan jiwa kental dan hati ‘kering’ untuk bersaing dalam pelbagai cabang perniagaan.

Apatah lagi dengan usia muda, Muhammad Kairul Azman Matori perlu bersedia dari segi mental dan emosi terutamanya industri makanan dan minuman (F&B).

Jejaka berusia 22 tahun itu mula menceburi bidang perniagaan sejak mengikuti pengajian dalam bidang pemasaran di Politeknik Shah Alam, Selangor.

Tidak menyangka permulaan perniagaan Muhammad Kairul hanya sekadar suka-suka kini menjadi pendapatan tetapnya.

“Saya sudah lama menceburi bidang perniagaan namun sektor makanan dan minuman (F&B) baharu memasuki setahun.

“Biarpun masih baharu bidang ini namun saya percaya jika ada kesungguhan, Insya-ALLAH dengan izin-Nya kita akan berjaya,” katanya.

Yakini kualiti

Sejak 2012 lagi, dia menyertai pelbagai Kelab Keusahawan dengan menjual pelbagai produk seperti pakaian, makanan kesihatan dan kecantikan untuk mendapatkan duit poket.

Namun selepas tamat pengajian, keinginan untuk bekerja di pejabat hanya bertahan sementara.

“Saya pernah merasai pengalaman bekerja di pejabat namun tidak berpuas hari dengan situasi tersebut.

“Bukan jenis yang suka makan gaji, saya sanggup berhenti bekerja dan mencari produk menjamin pulangan pendapatan,” katanya.

Dari situ, idea menjual sambal tradisi Pahang timbul selepas bekas majikannya teringin merasai makanan tersebut.

Produknya, Sambal Hitam Menangis lahir selepas itu kerana tidak banyak sambal dijual di pasaran sekitar Selangor dan Kuala Lumpur pada waktu itu.

“Tanpa perlu ke Pahang, peminat tegar sambal hitam mampu merasai citarasa asli negeri Tok Gajah sekitar Lembah Klang.

“Bermula modal RM250 sahaja, saya mampu menyediakan 30 bungkus percubaan kepada pelanggan,” katanya.

Setelah beberapa bulan kemudiannya, permintaan sambal hitam meningkat.

Tidak lari daripada cabaran, populariti sambal hitam tersebar ke seluruh negara menyebabkan persaingan daripada penjual lain dan bekalan bahan mentah terpaksa dilaluinya.

“Memang banyak terpaksa dihadapi terutama dari segi harga produk. Ramai pelanggan membandingkan harga dengan jenama lain di pasaran.

“Tetapi tidak mudah putus asa dengan kritikan atau persepsi pelanggan, sebaliknya saya mengambil dari sudut positif,” katanya.

Kekuatan produknya adalah kualiti ditawarkan memenuhi citarasa pelanggan jaminan keenakan kepada penggemar sambal tersebut.

Jenama baharu

Tidak hanya bergantung kepada satu jenis sambal sahaja, Muhammad Kairul memperkenalkan satu lagi jenama baharu, Mr. Melting kepada orang ramai.

Katanya, jualan sebulan produk Sambal Hitam Menangis tidak menentu mengikut permintaan dan musim.

“Buat masa kini, jualan 300 botol seminggu terjual dan sambutannya di luar jangkaan.

“Bagi menaik taraf produk ini, saya menumpukan kepada pembungkusan produk supaya lebih menarik dan inovatif,” katanya.

Disebabkan modal terhad, pembungkusan masih menggunakan botol kaca dan tiga pilihan kepada pelanggan.

Terdapat tiga pembungkusan berbeza mengikut harga dan kuantiti seperti 200 gram dan 150 gram botol kaca atau 150 gram dalam bungkusan plastik.

“Perancangan dalam masa terdekat adalah bungkusan berzip dan kotak untuk memudahkan penyimpanan atau senang dibawa ke mana sahaja.

0 Komentar untuk " Mr. Melting: Bina empayar niaga di usia muda "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ