Ramai usahawan separuh jalan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Ramai usahawan separuh jalan

TIDAK sabar dengan cabaran dan tuntutan komitmen yang tinggi untuk menjayakan sesuatu perniagaan merupakan antara punca banyak berhenti separuh jalan dalam bidang keusahawanan, persidangan Dewan Negara diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lee Chee Leong berkata, faktor yang dikenalpasti oleh Bank Negara ini adalah antara sebab yang menyumbang kepada cabaran dan halangan yang dihadapi dalam bidang keusahawanan.

“Selain itu, kebanyakan usahawan baharu kekurangan modal untuk memulakan perniagaan dan mereka juga sukar untuk mendapatkan pembiayaan kerana tidak mempunyai rekod dan pengalaman perniagaan yang cukup bagi meyakinkan pihak institusi kewangan.

“Ramai juga yang menjauhi bidang ini kerana gaji stabil yang ditawarkan oleh bidang kerjaya tetap berbanding pendapatan daripada perniagaan yang tidak tetap dan lebih berisiko,” katanya menjawab soalan Senator Ramli Shariff yang memintanya menyatakan bidang keusahawanan yang gagal dibangunkan dan inisiatif diambil untuk mengatasinya.

Menurutnya, banyak dalam kalangan warga muda yang fobia atau tidak berminat untuk menceburi bidang perniagaan kerana kekurangan ilmu keusahawanan seperti pemasaran, penghasilan produk yang memenuhi kehendak pasaran dan pengurusan kewangan.

Katanya, dalam menarik minat golongan muda menceburi bidang ini, agensi di bawah  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) seperti Malaysia Industrial Development Finance Berhad (MIDF) dan SME Bank sentiasa membantu meningkatkan tahap daya saing usahawan melalui penawaran bantuan pinjaman mudah kepada usahawan tempatan untuk mengembangkan perniagaan mereka. - Bernama

0 Komentar untuk " Ramai usahawan separuh jalan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ