RESTORAN menu steamboat tumbuh bagai cendawan dengan pelbagai tawaran menarik.
Bagi penggemar menu tersebut, Restoran Aniq Steamboat adalah lokasi tepat untuk dikunjungi apatah lagi menawarkan harga berpatutan.
Pemiliknya, Mazlida Mohd Noor, 32, berkata, sajian steamboat sama seperti di tempat lain, cuma yang membezakan hanyalah pada sos pencicahnya.
Disediakan dengan lapan jenis sos pencicah antaranya manis, lada hitam, masam manis, lada hijau, lada kicap, air asam, air lada, cili biasa dan cili Thai.
“Setiap jenis sos kecuali cili dan cili Thai dibuat setiap hari bagi menjaga rasanya untuk menambat selera pelanggan,” katanya.
Terletak di Jalan Seri Teruntum 1, Medan Warisan, Kuantan, Pahang ini bukan sahaja menawarkan harga murah, namun ruang yang luas dan selesa untuk pelanggan.
Menawarkan lebih 40 jenis bahan mentah termasuk makanan laut yang sinonim dengan menu steamboat seperti ketam, kerang, kepah, udang, sotong selain pelbagai jenis bebola ayam dan ikan, kepingan daging dan ayam, burger, nuget, mi segera, mi kasar, bihun, sayur-sayuran serta aneka cendawan kepada peminat sajian itu.
Manakala menu sampingan pula ialah nasi goreng, nasi lemak, nasi minyak, nasi dagang, bihun goreng, mi goreng, puding koktail, aiskrim goyang dan aiskrim Malaysia.
“Aniq Steamboat dibuka Mei lalu menawarkan pakej buffet pada harga RM19 untuk dewasa, kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun dan orang kurang upaya (RM10) manakala RM17 untuk yang memiliki kad pelajar.
“Pelbagai jenis minuman disediakan seperti teh bunga, soya, laici, jagung, bandung, minuman bergas serta minuman panas serta air batu campur (pelanggan buat sendiri) boleh dinikmati tanpa rasa bimbang dikenakan bayaran tambahan,” katanya.
Restoran itu turut menyediakan dapur barbeku untuk memanggang ayam madu, ikan pari dan ikan kembung.
Restoran yang ditutup setiap Selasa itu dibuka mulai jam 5.30 petang hingga 12 malam menyediakan 42 meja termasuk empat dikhaskan untuk orang kurang upaya (OKU) boleh memuatkan 160 pelanggan pada satu-satu masa.

0 Komentar untuk " Nikmati Aniq Steamboat sampai puas! "