TERTUBUHNYA syarikat amanah, As-Salihin Trustee Berhad (As-Salihin) pada 2004 adalah membantu umat Islam bagi memenuhi keperluan selepas mereka meninggal dunia.
Misi tersebut selari dengan impian Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Aziz Peru Mohamed,67, selepas menjawat jawatan itu 10 tahun lalu.
Setelah sekian lama berkhidmat untuk negara, kini dia mahu membantu Muslimin dalam memperjuangkan hak mereka.
Seperti diketahui umum, RM60 bilion harta rakyat negara ini dibekukan selepas pemilik meninggal dunia tanpa pengurusan harta secara sistematik.
Situasi tersebut disebabkan pertikaian dan perebutan harta yang tidak pernah selesai.
Bagi mengekang perkara itu, syarikat As-Salihin merealisasikan pengagihan harta tanpa sebarang masalah dengan pelantikan ejen atau wasi bagi menguruskan harta selepas kematian pemiliknya.
Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949, As-Salihin ditubuhkan untuk memelihara, melindungi dan mengagihkan harta hasil titik peluh pelanggan mereka untuk manfaat pewarisnya melalui perancangan harta Pusaka Islam.
“Matlamat As-Salihin adalah menyediakan perkhidmatan berkaitan perancang harta berdasarkan prinsip Syariah.
“As-Salihin juga merupakan syarikat amanah pertama di Malaysia fokus terhadap perancangan harta pusaka Islam,” katanya.
Perkhidmatan Perancangan Harta Pusaka Islam adalah satu industri yang sedang giat berkembang di Malaysia.
Dianggarkan 90 peratus Muslim di Malaysia masih lagi belum melaksanakan perancangan dan wasiat bagi harta mereka.
Perancang harta pusaka bertauliah
Selepas setahun ditubuhkan, As-Salihin kemudiannya memperkenalkan beberapa produk untuk umat Islam.
Bagi memperkenalkan produk tersebut kepada orang ramai, dia mula merekrut ejen Perancang Harta Pusaka Islam (IEP).
“Kursus dan latihan disediakan kepada ejen bagi memantapkan pengetahuan dalam ilmu kewangan, perundangan dan syariah.
“Tugas ejen adalah melaksanakan atau melicinkan proses selepas kematian terutamanya pengagihan dan pembayaran hutang si mati,” katanya.
Abdul Aziz berkata, berdasarkan konsep perancangan harta, ia membawa maksud pengurusan harta sah dan berkesan dari segi undang-undang dan hukum syarak.
Katanya, pengurusan harta seseorang bukan sekadar mengurangkan kebimbangannya, malah melaksanakan hasrat terakhir seseorang mengikut hukum syarak selepas kematiannya.
“Pentingnya pengurusan harta adalah mengelakkan masalah pada harta pusaka anda.
“Ia juga memastikan harta dibahagikan secara adil kepada orang tersayang dan mengelakkan pertelingkahan di antara ahli keluarga,” katanya.
Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan, khidmat As-Salihin tepat sebagai melengkapkan perancangan kewangan umat Islam.
Katanya, kebaikan Perancangan Harta Pusaka Islam sangat jelas kerana ia membahagikan aset-aset kepada benefisiari tanpa halangan dan tidak melanggar prinsip-prinsip Syariah.
“Pembahagian harta dispesifikasikan kepentingan orang tersayang apabila meninggal dunia kelak selain mendapat ganjaran di dunia dan akhirat,” katanya.
Terdapat beberapa jenis perancangan harta pusaka yang dibenarkan syariat Islam seperti wasiat, amanah, hibah, wakaf, sedekah dan harta sepencarian.
Tahap kesedaran rendah
Di awal pengenalan terhadap perkhidmatan tersebut, Abdul Aziz mengakui kesukaran untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat Islam.
“Kurangnya pengetahuan dalam perkara ini, sedikit sebanyak memberi kekangan dan tekanan kepada kami.
“Tidak mahu ia menjadi halangan, kami pelbanyakkan seminar kepada masyarakat sebagai pemahaman dan kesedaran.
“Berbeza dengan sekarang, lebih ramai peka dengan perkara ini namun kebanyakannya memandang enteng mengenai perancangan harta pusaka,” katanya.
Baginya, kematian menjemput tidak mengenal usia, umur atau status, umat Islam harus melakukan persediaan supaya tiada sebarang masalah berbangkit kelak.
Untuk meningkatkan kesedaran di kalangan umat Islam, dia giat melakukan pelbagai promosi di radio, seminar, akhbar dan sebagainya.
“Alhamdulillah, selepas promosi dilakukan sambutan terhadap perkhidmatan ini semakin meningkat dari hari,” katanya.
Empat produk utama
Bercerita mengenai produk syarikat itu, Abdul Aziz berkata produk utama adalah wasiat, harta sepencarian, hibah dan pentadbiran pusaka.
Katanya, perancangan pusaka bergantung kepada situasi pelanggan, contohnya wasiat hanya digunapakai selepas meninggal dunia.
“Ramai tidak mengetahui, suami isteri boleh melakukan perjanjian harta sepencarian selepas berkahwin.
“Perjanjian ini berlaku sekiranya berlaku kematian dan harta boleh diagihkan berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak,” katanya.
Ketiga, hibah kepada anak angkat dan anak perempuan supaya pembahagian harta pusaka saksama.
Pemilik aset akan melakukan Deklarasi Hibah, terhadap harta mereka dan ia menjadi hak milik 100 peratus tanpa cagaran seperti rumah atau simpanan.
“Dalam situasi ini, pelanggan merupakan pemegang amanah kepada harta sendiri untuk diberikan kepada pewaris mengikut kehendak mereka.
“Sekiranya mereka sudah tiada, As-Salihin menjadi pengganti untuk menjalankan amanah kepada si mati,” katanya.
Luas empayar syarikat
Siapa sangka bermula dengan pejabat kecil kini As-Salihin berjaya melebarkan cawangan di Johor, Pulau Pinang dan Pahang.
Ejen IEP pula mencecah 5,000 orang di seluruh negara dengan perkembangan pesat, syarikat semakin maju ke hadapan.
Dengan perkembangan tersebut, Abdul Azizi berkata sebanyak 80 peratus orang Islam kini mempunyai pengetahuan dalam perancangan pusaka.
“Setelah berjaya meluaskan syarikat di beberapa buah negeri, kami merancang untuk membina cawangan di semua negeri tahun hadapan.
“Kami juga akan menggiatkan usaha agar kebajikan umat Islam terjaga dan terpelihara,” katanya.
Anak jati Pulau Pinang itu berhasrat menjadikan impian tersebut sebagai satu kenyataan dengan bantuan ejen dan kakitangan bertauliah syarikat.
Bukan sahaja itu, dia turut melakukan koloborasi dengan pelbagai bank berkanun dan syariah bagi merealisasikan perkara itu.
“Setiap cawangan ini, saya tempatkan mereka berpengalaman luas dalam bidang perundangan, syariah dan kewangan bagi mengekalkan prestasi syarikat.
“Bahkan kami akan menambahk lebih ramai ejen untuk membantu umat Islam memperkenalkan produk As-Salihin,” katanya.
Selain itu, pihak syarikat turut menyediakan khidmat nasihat percuma kepada sesiapa sahaja yang berminat.
Beringat sebelum menyesal
Akhir kata, pesanan Abdul Aziz kepada umat Islam adalah setiap individu akan berhadapan dengan kematian suatu hari nanti.
Persediaan rapi harus dilakukan untuk kesenangan pewaris agar tidak berlaku pertelingkahan antara satu sama lain.
“Fungsi As-Salihin bukan sahaja bantuan di dunia bahkan di akhirat.
“Perancangan harta pusaka bukannya dilakukan dengan serta merta sebaliknya selepas kematian berlaku,” katanya.
Ia adalah pengurusan jangka masa panjang demi kesejahteraan dunia dan akhirat.
“Kami terlebih dahulu membayar segala hutang dan pinjaman si mati kemudian mengagihkan baki harta kepada keluarga.
“Urusan ini memudahkan pewaris supaya setiap harta diagihkan secara adil mengikut hukum Islam.
“Anda harus ingat, kematian menjemput bila-bila masa sahaja,” katanya.

0 Komentar untuk " As-Salihin peneraju syarikat amanah Islamik "