MEMBAYANGKAN seorang anak Malaysia berusia 12 tahun pergi ke Eropah dan AS yang kemudiannya bermain sukan sebagai seorang profesional selalu terlintas dalam minda saya. Kenapa imaginasi itu wujud ialah kerana waktu saya untuk menjadi seorang profesional begitu sudah lama berlalu.
Lagi pula ketika saya berusia begitu, sukan di Malaysia semuanya ‘amature’ atau bukan sepenuh masa, banyak berbentuk rekreasi ketika matahari turun; lebih untuk berpeluh dan berkawan.
Oleh sebab itu apabila berlaku kemalangan ketika bermain, orang yang terlibat sering menanggung akibatnya selama-lamanya, tanpa pembelaan menerusi pemberian wang insurans atau tabungan tertentu. Bekas pemain bola atau ragbi begitu mungkin berjalan pincang dan berlengan bengkuk sehingga hari tuanya akibat petaka yang dialaminya di padang ketika usianya belasan tahun.
Sebaliknya, dengan menjadi seorang pemain bola profesional dengan pasukan Chelsea di London, Juventus di Itali, Bayern di Munich, Ajax di Amsterdam, Barcelona di Sepanyol, Benfica di Portugal, Paris St. Germain di Perancis, Zenit di St. Petersberg dan lain-lain menjaminkan bayaran pampasan yang besar dari firma insurans yang dimungkinkan oleh pasukannya.
Saiz pampasan ini mengambil kira sisa-sisa hidup sehingga dia meninggal menurut hitungan aktuari; dan banyak mana dia ternafi daripada kemampuan menyara hidup. Justeru baik dia terus menerus aktif bermain bola sehingga bersara dengan pendapatan lumayan, ataupun bersara kerana kecederaan dengan pampasan besar insurans.
Jika di AS, dia boleh bermain besbol, golf dan tenis untuk menjadi jutawan besar. Disebabkan orang Malaysia rata-rata tidak tinggi, kurang enam kaki, maka ketiga-tiga sukan itu sesuai sekali. Di sekitar Lembah Kelang saja terdapat 50 padang golf. Boleh dikatakan tiap-tiap bandar dari Sabah hingga ke Perlis dan Kelantan terdapat sekurang-kurangnya sebuah kemudahan golf. Di mana tidak ada padang, ‘driving range’ pula disediakan demi mempelajari pukulan pertama. Di kalangan pemain terbaik dunia, seperti Tiger Woods, McIlroy, Spieth, Stensen dan Zack Johnson, wang AS$100 juta sudah lama berada dalam saku mereka dalam usia muda.
Kemudahan tenis juga terdapat di mana-mana walaupun ia tidak meluas seperti badminton. Pemain-pemain 10 teratas dunia, baik lelaki mahupun perempuan, adalah jutawan besar, sesudah mengaup sekurang-kurangnya AS$50 juta dalam himpunan aset wang mereka. Pemain-pemain seperti Roger Federer, Novak Djokovic, Serena Williams dan Maria Sharapova mengaup antara AS$20 dan AS$50 juta setahun dari hadiah kemenangan dan pengakuan produk (product endorsements).
Besbol di AS dianggap sebagai perentang waktu utama. Kita dan kebanyakan orang di dunia tidak boleh membuat apresiasi bagaimana permainan seperti ‘rounders’ atau ‘bola katok’ boleh memukau generasi ke generasi di sana. Ketika saya menuntut di sana, saya melihat seorang bapa selalu saja mencampak dan menangkap bola besbol dengan anaknya di halaman asrama ketika berjumpa dalam sesuatu kunjungan.
Sambil mencampak dan menangkap bola, mereka bercakap tidak henti-henti. Dengan kata-kata lain, besbol ialah ‘second nature’ (atau resmi hidup kedua) dalam kehidupan hari-hari. Saya didatangi perasan bahawa si bapa hendakkan anaknya menjadi seorang pemain profesional berpendapatan lumayan, sedangkan pendidikan akademik di universiti itu hanya sebagai syarat dan pelapis diri untuk bekerja dalam lapangan lain kiranya dia terkandas sebelum melangkah ke padang profesional – satu realiti yang dihadapi majoriti.
Kita tidak tahu begitu ramai pemain besbol dari Jepun dan Venezuella bermain dalam Liga Perdana Baseball (MLB) di AS, liga paling kaya di dunia. Purata mereka bermain lapan tahun sebelum pulang ke tempat asal sebagai jutawan besar.
Saya tidak sebut badminton, sukan popular kita yang membawa banyak kejuaraan dunia, yang masih belum dapat menyertai kelas tenis walaupun kedua-duanya sukan reket. Sehingga kini, hadiah kejuaraan terbesar badminton masih segan untuk melebihi AS$50 ribu, sedangkan AS$2 juta sudah menjadi biasa untuk kejuaraan tenis.
Rekod menunjukkan pemain-pemain cemerlang mula diberikan kayu golf dan reket tenis ketika mula-mula pandai berjalan. Semuanya terakam dalam video. Bagaimana kalau ibu bapa kita yang ada kemampuan berbuat begitu kepada anak-anak mereka? Bawa mereka ke gelanggang selepas waktu kerja dan hujung minggu. Jadikannya budaya hidup seperti menggosok gigi: tak lengkap jika tidak melakukannya. Menjelang usia 15, ayunan reket dan kayu golf mereka terasa sama macam ayunan lengan mereka. Inilah saja golongannya yang akan melahirkan bakat-bakat cemerlang bertaraf dunia. Prestasi dan reputasi sukan adalah lebih dekat di hati daripada tahap ekonomi dan persenjataan.
* Tan Sri Adam A Kadir mantan Presiden Senat

0 Komentar untuk " Prestasi dan reputasi sukan "