Jarak masa peninggalan Nabi Muhammad SAW dengan umatnya sehingga kini sudah menjangkau 15 abad lamanya. Namun, berdasarkan beberapa hadis, Baginda masih memberi ruang kepada seluruh umatnya untuk berdamping dengan Baginda di hari kiamat kelak jika umatnya mampu melaksanakan sunah ditinggalkan. Berdasarkan hadis Nabi, terdapat empat perkara yang digalakkan untuk dilakukan oleh umat Islam bagi meraih kedudukan bersama Baginda pada Hari Kiamat antaranya sentiasa memperbanyakkan selawat kepada Baginda.
Membaca selawat kepada Nabi satu amalan yang amat istimewa. Banyak sekali bentuk selawat dan pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk melafazkan selawat termasuk dengan cara berlagu atau bernasyid seperti dilakukan pada masa kini. Unjuran atau galakan berselawat telah difirmankan Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." (Surah al-Ahzab, ayat 56)
Selain itu terdapat juga sabda Nabi SAW: "Barang siapa yang berselawat kepadaku satu kali selawat dengan penuh ikhlas dari hatinya, maka ia akan mendapat empat keistimewaan pada orang itu iaitu Allah SWT akan memberikan sepuluh rahmat, Allah SWT akan mengangkat darjatnya hingga sepuluh darjat, malaikat akan menuliskan sepuluh kebaikan untuknya dan Allah akan menghapus sepuluh dosa keburukannya." (Riwayat Bukhari, Nasa'i dan al-Bazzar)
Kedua, memelihara dan mengasihi anak yatim dengan melakukan kebaikan serta pertolongan memenuhi keperluan mereka yang merangkumi aspek jiwa, soal hati, kasih sayang juga masa depan mereka. Mereka yang terbabit menguruskan organisasi anak yatim perlu melakukannya secara ikhlas dan tulus. Semua itu amal ibadah yang penuh keberkatan jika dilakukan secara jujur, ikhlas dan amanah. Hindarkan diri menjadikan organisasi anak yatim sebagai tempat untuk mendapatkan harta atau imbuhan dengan cara mudah. Mengurus anak yatim dengan cara yang terbaik menepati sunah Rasulullah SAW dan ganjarannya akan bersama Nabi pada akhirat kelak. Sabda Baginda SAW: "Aku dan orang yang mengurus anak yatim akan duduk di syurga bagaikan ini (Baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah lalu merenggangkannya)." (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Ketiga, menjadi pemimpin yang amanah, benar serta bijaksana. Perlu kita sedari bahawa setiap kita adalah pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat, organisasi, negeri ataupun negara. Sehubungan itu, kita perlu melaksanakan tugas sebagai pemimpin dengan kaedah yang terbaik mengikut sunah Rasulullah SAW. Ketika Khalifah Umar Abdul Aziz dilantik sebagai khalifah, beliau menjemput beberapa ulama bertemu dengannya untuk mendapatkan nasihat. Salah seorang ulama yang datang adalah Hassan al-Basri dan tokoh ulama itu memberikan nasihat: "Anggaplah rakyat seperti ayahmu, saudaramu, dan anak-anakmu. Berbaktilah kepada mereka seperti engkau berbakti pada ayahmu, peliharalah hubungan baik dengan mereka seperti dengan saudaramu, dan sayangilah mereka seperti engkau menyayangi anak-anakmu."
Contohi kepemimpinan Umar
Menyentuh aspek kepemimpinan Umar bin Abdul Aziz sebagai pemimpin dan khalifah umat Islam, beliau pernah melintasi bangunan Baitulmal kerajaannya, tetapi beliau menutup hidungnya sedangkan bangunan itu berbau wangi. Melihat keadaan itu, seorang pegawai yang bersamanya hairan dan bertanya: "Mengapa khalifah menutup hidung sedangkan kawasan ini berbau wangi? Umar Abdul Aziz menjawab: Aku tidak mahu memakan harta rakyatku, walaupun sedikit, walau hanya dengan menghidu bau harum ini."
Berdasarkan kisah itu, perlu wujud kesedaran dalam kalangan pemimpin pada setiap peringkat untuk bersikap adil, amanah, jujur dan menguruskan organisasi serta masyarakat dengan sempurna. Jika ini dapat dilakukan ia menepati sunah Nabi, masyarakat sejahtera dan negara makmur dan mendapat keberkatan Allah SWT.
Keempat, memiliki akhlak mulia untuk membolehkan diri kita berdamping dengan Nabi di syurga kelak. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Iman Baihaqi dan Ibnu Asakir: "Orang yang paling aku cintai dan yang paling dekat denganku kedudukannya di syurga adalah orang yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling aku benci adalah orang yang pemarah, sombong, dan takbur."
Dicatatkan dalam kitab Kanzul Ummal, Nabi Muhammad SAW memerintahkan Ali bin Abi Thalib untuk memenggal tujuh tawanan yang ditangkap oleh pasukan Islam. Tidak lama kemudian, datanglah Malaikat Jibril menemui Rasulullah SAW, lalu berkata: "Wahai Muhammad, penggallah leher semua yang enam, tetapi jangan penggal leher yang ini. Nabi Muhammad SAW bertanya: Wahai Jibril, mengapa? Jibril menjawab: Dia orang yang berakhlak baik, dermawan dan selalu memberi makanan kepada orang lain. Rasulullah bertanya: Wahai Jibril, apakah ini datang darimu atau Tuhanmu? Jibril berkata: Tuhanku memerintahkan aku untuk itu."
Sesungguhnya Islam menjadikan akhlak dan perlakuan sebagai ukuran kesempurnaan agama bagi seseorang. Ini bermaksud seorang Muslim yang beriman kepada Allah SWT dan rasul-Nya perlu mempamerkan akhlak serta perangai yang baik dalam kehidupan. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW diutus ke dunia ini adalah untuk menyempurnakan akhlak yang baik bagi manusia atau yang selalu disebut sebagai 'makarimul akhlak".
Penulis ialah Profesor Madya di Jabatan Kenegaraan, Kepemimpinan dan Ketamadunan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/108254

0 Komentar untuk " Empat cara berpeluang berdamping dengan Rasulullah "