Masih cintai isteri bukan Muslimah - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Masih cintai isteri bukan Muslimah

SEORANG suami telah memeluk Islam. Isterinya belum. Hak penjagaan anak patut diletakkan pada siapa? Pada mualaf?

Sebut sahaja perkataan mualaf, maka sudah tentu akan tergambar di minda pembaca bahawa ia merujuk kepada suami yang baru berhijrah kepada Islam, bukan kepada isterinya yang belum peluk Islam. Ini stereotaip budaya yang tidak faham dakwah dan ia mempunyai implikasi psikologi dan legalisme.

Saya tidak suka perkataan mualaf diaplikasi kepada suami. Dalam al-Quran, mualaf merujuk kepada mereka yang perlu dijinakkan hatinya kepada Islam. Sepatutnya isterinya yang belum Muslimah itulah yang patut dijinakkan hati kepada Islam.

Isu hak penjagaan anak tidak akan timbul bila isterinya juga akhirnya memeluk Islam! Kalau tidak peluk Islam pun, sekurang-kurangnya hatinya dijinakkan kepada Islam, bukan menambah permusuhan kepada Islam. Ini sudah tentu memudahkan proses menentukan hak penjagaan anak secara harmoni demi menjaga maslahat anak.

Saya lebih suka menggelar suaminya sebagai ‘Muslim Hijrah’, iaitu dia sudah berhijrah dari agama warisan kepada agama Islam. Bila kita mengubah perspektif kita tentang siapa mualaf, kita akan berusaha berdakwah kepada isterinya. Suaminya akan rasa di situ ada tanggungjawab yang lebih besar dari memberi nafkah kepada isterinya, iaitu yakinkan isterinya tentang Islam.

Saya guna frasa ‘yakinkan isterinya tentang Islam’ di atas, bukan sekadar ‘sampaikan Islam kepada isterinya’. Street dakwah bersifat lebih kepada ‘sampaikan Islam’ kerana risalah disampaikan kepada orang yang tidak dikenali seperti posmen sampaikan surat kepada penerima asing.

Suami mempunyai kelebihan untuk yakinkan isteri mualafnya tentang hijrahnya kerana mereka sudah mengenali antara satu sama lain. Bagaimana yakinkan, bukan sekadar sampaikan?

Kalau dulu suami samseng, sekarang suami tunjukkan bagaimana Islam mengubah akhlaknya menghormati isteri. Kalau dulu dia tak pernah buka pintu kereta isteri, sekarang dia jadi gentleman. Dia bukakan.

Dulu dia naik katil, terus berdengkur. Sekarang dia good night kiss isterinya sebelum berdengkur. Bila isterinya sakit, dia membawanya ke doktor dan membacakan doa penyembuh yang Nabi SAW ajar iaitu Allahumma rabbannaas, ishfi anta ash-shaafi (Ya ALLAH, Tuhan

Manusia. Sembuhkanlah! Kamu adalah Maha Penyembuh). Yup, ALLAH SWT Tuhan Manusia. ALLAH SWT bukan milik eksklusif umat Muslim!

Nabi SAW berkata perempuan umpama kaca. Maka, Handle With Care!

Yakinkan isterinya bahawa Islam agama yang benar kerana ia mendidik penganutnya untuk tidak mempertuhankan ego dirinya. Islam tidak mengajar bahawa isteri yang hidup perlu dibakar bersama mayat suaminya. Islam tidak mengajar beribadah dengan cara mencukur semua rambut di kepala, dan meninggalkan isteri dan keluarganya.

Islam tidak mengajar bahawa Tuhan perlu korbankan atau menyalib anaknya demi untuk membersihkan umat manusia dari dosa pertama Nabi Adam. ALLAH SWT Maha Penyayang. Dia tidak punya anak dan sifat Penyayangnya mengampunkan dosa sesiapa sahaja yang bertaubat termasuk dosa pertama Nabi Adam. Tidak perlu ritual sacrifice anak! ALLAH SWT is the God of Love.

Tetapi adakah suami yang berhijrah itu menunjukkan sifat love yang diajar oleh Islam? Adakah suaminya melihat isterinya lalu berkata, “Lu kafir!” atau melihat hati isterinya, lalu membisik, “Sayang, I love you. Saya ingin bersamamu forever!”

Maka, ulama seperti Yusuf al-Qaradhawi berfatwa tentang keharusan untuk suami yang sudah peluk Islam untuk terus tinggal bersama isterinya yang bukan Muslimah selagi dia tidak memusuhi Islam.

Baitulmal sepatutnya mengambil kira bahawa mualaf juga merujuk kepada bukan Muslim yang perlu dijinakkan hatinya kepada Islam. Bila seorang suami memeluk Islam, isterinya paling perlu diberi perhatian. Peluang dakwah kepada isteri dan keluarga isteri yang bukan
Muslim terbuka luas.

Kalau street dakwah kepada yang tidak dikenali ditaja, mengapa tidak membuka pintu zakat kepada isteri Muslim Hijrah ini? Mengapa tidak berfikir dalam kerangka Islam rahmat dunia?

Kita tiada sifat penyayang dan tidak bijak dakwah sekiranya mentakrifkan istilah mualaf hanya merujuk kepada yang baru peluk Islam, dan bukan kepada yang belum Muslim.

* Abdul Naser Tun Rahman tokoh pendakwah Perak

0 Komentar untuk " Masih cintai isteri bukan Muslimah "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ