Hargai sesuatu ketika ada, usah sesal bila tiada - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Hargai sesuatu ketika ada, usah sesal bila tiada

RAMAI yang bersedih dan melahirkan dukacita dengan pemergian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sehingga pelbagai penulisan, banner, dan ucapan diterima dari pelbagai pihak samada dari kalangan rakan PR atau dari BN, mahupun dalam dan luar negara.

Sikap hormat dan menyanjung seseorang pejuang merupakan suatu amalan yang sangat baik, apatah lagi kalau luahan ucapan tersebut lahir dari hati yang ikhlas.

Namun kekaguman kita kepada sesuatu tokoh tentulah bermanfaat seandainya kita bersama perjuangan yang dibawanya , bukan hanya mengkagumi mereka setelah ketiadaannya.

Apa yang penting kita memahami gagasan besar yang dibawa oleh Allahyarham ialah menanti keyakinan terhadap ajaran Islam sebagai penyelesaian kepada permasalahan yang berlaku.

Kemelut moral, kegawatan ekonomi, masalah perpaduan kaum, dan lainnya mesti kembali kepada asas bahawa manusia adalah hamba ALLAH dan kita mesti mengambil panduan dari ALLAH demi kebaikan sejagat.

Kehebatan pemikiran beliau dan gagasan besar yang dibawa membuktikan bahawa beliau merupakan ulamak haraki yang berjaya mempraktikkan ajaran dan syariat Ilahi khasnya sewaktu beliau mentadbir kerajaan Kelantan.

Alangkah baiknya kalau kita dapat bersama dengan beliau sewaktu beliau masih hidup, bukan hanya mengkagumi selepas beliau tiada.

Apatah lagi sewaktu beliau hidup, ribuan cemuhan, kritikal, dan tuduhan yang  dilemparkan kepada beliau.

Mungkin ada yang akan berkata adat perjuangan mesti menerima hakikat diuji dan dituduh dengan pelbagai pertuduhan.

Hargailah sesuatu sewaktu ia masih ada, agar kita tidak menyesal bila ia sudah tiada.

Marilah kita berkongsi perjuangan yang telah ditinggalkan beliau.

Mari kita dokongi perjuangan Islam ini, agar kita dapat memancarkan keadilan sistemnya untuk masyarakat yang bernaung di bawahnya agar menikmati keharmonian yang ditentukan-NYA.



Tuan Ibrahim Tuan Man,  Naib Presiden Pas

0 Komentar untuk " Hargai sesuatu ketika ada, usah sesal bila tiada "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ