Peniaga PKS perlu ambil peluang ke Asean - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Peniaga PKS perlu ambil peluang ke Asean

PENIAGA Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu mengambil peluang mengenali pembentukan komuniti negara Asean bagi memajukan ekonomi ke peringkat lebih baik.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sebagai antara peniaga yang bergerak sendiri dengan modal dan kuantiti tertentu, sudah pastinya ada yang mempunyai kekangan dalam mengembangkan perniagaan mereka.

“Kita ingin majukan industri PKS ini dan bawa mereka menembusi pasaran Asean bagi meningkatkan pengamalan dan majukan perniagaan mereka dan tidak hanya berada di takuk lama,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi bicara Komuniti Ekonomi Asean sempena permukiman Menteri-Menteri Ekonomi Asean ke-21 di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota Pengkalan Chepa.

Mustapa berkata, program bicara yang dilancarkan baru-baru ini, merupakan satu pendekatan yang berkesan bagi memberi peluang kepada usahawan dan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berkongsi pengalaman dan memahami berhubung pembentukan Asean dan komuniti Asean.

“Diharapkan usaha untuk membawa peniaga PKS menembusi pasaran Asean dapat dicapai dan selepas pulang ke Malaysia nanti mereka dapat kongsi pengalaman bagi meningkatkan pelaburan mereka di luar negara,” katanya.

0 Komentar untuk " Peniaga PKS perlu ambil peluang ke Asean "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ