TIAP-tiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal agamanya sendiri. Itu peruntukan yang sudah termateri di bawah Perkara 11(3)(a) Perlembagaan Persekutuan. Terjamin dan tidak boleh diganggu-gugat.
Sayang sekali, peruntukan sedia ada itu tidak digunakan sebaik mungkin sehingga merugikan aga-ma itu sendiri, khususnya Islam.
Hakikatnya pada masa sekarang orang Islam tidak secara eksklusif boleh mentadbir agama mereka sendiri apabila jemaah menteri bukan Islam, ahli parlimen bukan Islam, Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat turut mengambil bahagian dalam perbahasan me-nyentuh kemurnian Islam fiqh dan juga ajaran yang sangat mendasar.
Malah kini terdapat NGO dan orang perseorangan bukan Islam turut mempertikai undang-undang Islam yang dibentangkan.
Penulis berpandangan meka-nisme membuat undang-undang ini perlu diubah tanpa perlu meminda Perlembagaan Persekutuan kerana kerangka yang ada sekarang sudah tidak sesuai lagi untuk menggubal undang-undang berkaitan Islam.
Pada masa sekarang semua undang-undang yang digubal dibincangkan jemaah menteri dan dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum perkenan diberikan untuk dijadikan kuat kuasa.
Seharusnya rang undang-un-dang khusus tentang agama Islam didrafkan Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Sivil/Syarak Jakim atau badan yang mahir berkenaan hukum syarak. Kemudian dimaju-kan kepada Jabatan Peguam Negara untuk format penggubalan.
Setelah itu ia perlu dibawa kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan kepada Majlis Raja-Raja untuk perkenan.
Seterusnya, dipanjangkan kepa-da jemaah menteri hanya untuk disahkan tanpa perlu dibahaskan termasuk apabila dibentangkan untuk bacaan pertama dan kedua kerana ia sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
Perbezaannya adalah perkenan Majlis Raja-Raja atau Yang di-Pertuan Agong ini diperoleh terlebih dahulu sebelum perkara ini dibawa ke jemaah menteri dan Parlimen.
Ia bertujuan mengelakkan perbahasan tentang Rang Undang-Undang Islam oleh orang bukan Islam termasuklah orang Islam yang tidak mempunyai ilmu undang-undang Islam.
Dengan cara ini, bukan Mus-lim tidak lagi boleh mencampuri urusan agama Islam dan orang Islam dapat mentadbir agamanya mengikut acuan Islam itu sendiri. Ia memberi kesan kepada Perkara 11(3) untuk orang Islam mentadbir agamanya secara eksklusif, terlak-sana dan bebas daripada campur tangan pihak-pihak tertentu.
Secara dasarnya penulis tidak mengatakan atau mengehadkan campur tangan golongan tertentu terhadap agama Islam semata-mata tetapi ia secara menyeluruh.
Dengan kata lain, penulis juga tidak mahu pihak tertentu turut mencampuri urusan agama lain misalnya Kristian, Buddha dan Hindu kerana tidak mengetahui hal agama tersebut selain perlu menghormati fahaman agama mereka.
Tetapi perkara sebaliknya berlaku apabila perbahasan yang melanggar hukum syarak seperti berlaku terhadap Undang-Undang Keluarga Islam yang berlangsung di Parlimen beberapa tahun lalu, ahli-ahli Dewan Negara bukan Islam turut serta dalam perbahasan dengan melabelkan undang-undang Islam zalim dan menindas serta tidak memihak kepada wanita.
Oleh itu, untuk mengelak perkara ini berlaku, penulis men-cadangkan supaya rang undang-undang terus mendapat perkenan daripada Tuanku kemudian baru disahkan jemaah menteri dan juga Parlimen tanpa perlu dibahaskan memandangkan ia sudah diperke-nankan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama.
Amatlah tidak dapat diterima sekiranya sesuatu rang undang-undang yang telah diperkenankan itu dibahaskan dan ditolak jemaah menteri ataupun Parlimen.
Dengan cara ini baru kita dapat lihat bahawa undang-undang sya-riah boleh dilaksanakan dan tiada campur tangan daripada pihak lain yang menghina, mempertikai serta memperkecil undang-undang syariah itu sendiri.
Ingin penulis tegaskan jika dilihat Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan, mengenai sumpah Yang di-Pertuan Agong yang berikrar mengaku taat setia menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia mengikut undang-undang dan perlembagaan negeri serta pada setiap masa akan memelihara agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri.
Baginda akan dinasihati per-dana menteri dan kerajaan yang mempunyai tanggungjawab berper-lembagaan untuk menzahirkan sumpah berkenaan. Sumpah ini mempunyai implikasi amat besar terhadap perundangan Islam di negeri. Malangnya ramai tidak ketahui kewujudan sumpah ini.
Apabila sumpah itu wujud, kerajaan sepatutnya melihat tang-gungjawab berperlembagaan ini untuk melaksanakan Islam dan tidak boleh campur tangan, tidak boleh mengabaikan Islam, sebab banyak perkara dalam perlembagaan ini yang ramai kurang arif. Sepatutnya undang-undang berkaitan Islam jika hendak dipinda pun perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja sebelum hasrat itu dizahirkan.
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/zainul-rijal-abu-bakar/transformasi-gubal-undang-undang-1.706058
0 Komentar untuk " Transformasi gubal undang-undang "