Sudee tembusi pasaran Eropah, Amerika Syarikat - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Sudee tembusi pasaran Eropah, Amerika Syarikat


SYARIKAT Bumiputera, World Prominence Sdn Bhd (WPSB) yang menghasilkan produk perencah serbuk lengkap jenama Sudee, menyasarkan akan menembusi beberapa pasaran luar negara untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran penghasilan produk.

Pengarahnya, Noreata Mohd Yusof berkata, WPSB bakal mengeksport produknya ke pasaran Eropah dan Amerika Syarikat berikutan permintaan tinggi di sana.

Menurutnya, sejak 2012, produknya yang menggunakan jenama Maznah telah pun berada di pasaran antarabangsa, terutama di Arab Saudi, United Kingdom, Hungary, Brunei, China dan Singapura.

“Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) membantu kami mengeksport ke pasaran Australia dan Singapura.

“Sebagai mengukuhkan pasaran produknya di luar negara, WPSB akan mengadakan pelbagai promosi dan ‘food tour’ untuk memperkenalkan produknya,” katanya.

Noreata berkata, sebagai persediaan untuk menambahkan pasaran eksport, WPSB kini menaiktarafkan kilangnya untuk mendapatkan sijil antarabangsa, FS22000.

Noreata berkata, WPSB juga menjangkakan jualan produknya meningkat pada tahun ini dipacu strategi pemasarannya untuk mengukuhkan Sudee dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Peningkatan jualan ini juga dipacu oleh strategi syarikat merekrut dropship yang boleh mendaftar di Vtrade. Setakat ini, kami mempunyai lebih 20 dropship dan menyasarkan lebih 100 menjelang akhir tahun ini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/sudee-tembusi-pasaran-eropah-amerika-syarikat-1.777620
0 Komentar untuk " Sudee tembusi pasaran Eropah, Amerika Syarikat "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ