DUNIA ini umpama dewan peperiksaan yang ada pelbagai kertas ujian. Kehidupan ini tidak akan lari daripada ujian dan dugaan.
Apapun, bagi manusia yang ada iman dalam dirinya, mereka menerima ujian kehidupan sebagai sebahagian dari resam hidup yang perlu dilalui dengan hati tabah. Melalui rancangan Islam Itu Indah yang disiarkan di radio IKIMfm pada 10.15 pagi setiap Rabu, ustaz Pahrol Mohd Juoi menekankan bahawa dalam menempuh pelbagai ujian hidup, sebagai seorang manusia yang waras dan matang, mohonlah kepada Allah SWT dengan doa yang ikhlas agar diberi ketabahan dalam melalui ujian.
Liku hidup ini bukan soal senang dan susah semata-mata, tetapi bagaimana Allah membantu meringankan kesusahan seseorang Mukmin itu dalam setiap kali ia berdepan dengan kesukaran ujian-Nya. Bagaimana sukar atau berat sekalipun sesuatu ujian itu, jika Allah berikan kemudahan, pastinya ujian yang berat itu akan menjadi mudah, namun sebagai manusia yang beriman kepada Allah SWT, sentiasalah bermohon untuk diberi ketabahan dalam menempuh ujian hidup.
Berdoa mohon bantuan
Bagi seseorang Mukmin, tidak salah untuk bermohon hidup yang mudah, namun jauh lebih penting dari itu mohonlah untuk mendapat hati yang tabah. Hakikatnya, Allah tidak mengurniakan sesuatu ujian itu tanpa tersirat hikmah kebaikan di sebaliknya. Justeru, setiap ujian yang datang dari Allah SWT, kepada-Nya juga ujian itu dikembalikan dengan cara berdoa memohon bantuan dari-Nya. Hidup yang mendapat pertolongan dari Allah akan menjadi mudah untuk diharungi walau apapun bentuk kesulitan dalam kehidupan itu.
Oleh itu, sebagai seorang Mukmin yang beriman kepada-Nya hendaklah sentiasa sabar dan syukur dalam menempuh setiap ujian dari Allah. Sabar dan syukur adalah dua perkara yang sangat perlu dan baik bagi seseorang Mukmin tatkala berdepan dengan dugaan Allah.
Barangkali bagi seseorang Mukmin yang diuji dengan kemiskinan, tetapi sentiasa sabar dan syukur, Allah membantu mereka dengan kekayaan hati yang bahagia, kekayaan dalam ketenangan, kehidupan yang lapang dan hidup yang mudah dalam apa sahaja dilalui walaupun dari segi material dilihat serba kekurangan. Bahkan, mereka yang kaya-raya, senang-lenang dan berharta sekalipun, namun jika tidak mendapat pertolongan daripada Allah, kekayaan itu tidak memberi erti sebenar sebuah kehidupan. Apalah ertinya sebuah hidup yang mewah, tetapi hidup tidak bahagia, berselisih faham sesama ahli keluarga, tidak lapang, tidak tenang, murung dan sebagainya.
Menyedarkan manusia
Menurut Ustaz Pahrol, apabila menerima ujian dari Allah, seseorang Mukmin hendaklah kembali bermuhasabah diri kerana ujian itu adalah teguran Allah SWT kepada seseorang hamba. Seperti kata cerdik pandai, teguran itu umpama batu-batu kecil yang dilemparkan agar manusia itu kembali kepada Tuhannya, dan jika manusia tetap tidak mengingati Tuhannya dibimbangi akan dibaling dengan batu-batu yang lebih besar.
Setiap kali ujian diberikan, manusia akan kembali kepada Allah dan ini tentunya akan memberi kelapangan kepada hati-hati manusia yang gelisah dengan dugaan-Nya. Bagi seseorang Mukmin yang terus-terusan menerima ujian Allah, setiap doa dalam kehidupan tidak dimakbulkan atau dengan kata lain tidak mendapat bantuan Allah SWT dalam kehidupannya, itu bukan bererti Allah tidak menyayangi setiap hamba-Nya.
Mukmin itu harus bermuhasabah diri terhadap lima perkara mengenai kehidupannya iaitu sejauh mana keikhlasan seseorang Mukmin itu akan setiap amalan yang dilakukan.
Kedua, berkaitan ibadah yang dilaksanakan apakah ia benar-benar telah melaksanakan setiap perintah Allah SWT.
Ketiga, kegigihan seseorang Mukmin dalam melaksanakan syariat Allah SWT iaitu melaksanakan yang halal dan meninggalkan segala yang haram.
Keempat, usaha dan ikhtiar yang dilakukan dan yang kelima solat taubat yang didirikan benar-benar atas rasa insaf dan takut akan pembalasan Allah SWT.
Amalan tidak berpaksi keikhlasan
Barangkali banyak amalan yang telah dilakukan oleh seseorang Mukmin, tetapi ia tidak berpaksikan kepada keikhlasan kerana Allah, sebaliknya dilakukan kerana mengharapkan penghargaan daripada manusia, membuatkan manusia akan berasa kecewa dan terluka. Justeru, inilah perkara yang tidak memberi ketenangan kepada hati manusia.
Oleh itu, manusia yang mahu tenang dan lapang, mahu dipandang oleh Allah dalam setiap permintaan dan pengharapan, hendaklah segala permohonan itu digantung hanya kepada bantuan Allah semata-mata. Setiap perbuatan dan amalan dilaksanakan hanya terikat dengan Allah semata-mata. Jika tidak berjaya atau doa tidak termakbul sekalipun, mereka tidak dibelenggu dengan rasa kecewa kerana percaya hidup ini adalah kemahuan dari Allah SWT. Dia yang lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.
Seseorang Mukmin juga harus faham bahawa kebaikan itu bukan satu jasa, tetapi kebaikan itu adalah satu tanggungjawab. Sebagai manusia yang lemah, kita tidak dapat mengawal semua yang ada dalam alam ini. Ujian dan dugaan adalah sebahagian kehidupan yang perlu dilalui. Sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal, carilah ilmu untuk membina hati yang diperkukuhkan dengan iman dan taqwa kepada Allah, kerana inilah ramuan yang akan menjadikan manusia tetap lapang dan tenang walau apapun cabaran yang mendatangi dirinya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/111808

0 Komentar untuk " Tabah hadapi ujian tanda takwa "