KUALA LUMPUR: Indeks sentimen pengguna adalah indeks hasil daripada tinjauan berkala yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) untuk meninjau sentimen pengguna terhadap keadaan ekonomi. Sampel pengguna ditinjau untuk menilai persepsi mereka terhadap keadaan pengubah ekonomi terpilih semasa dan masa hadapan terdekat. Dua perkara perlu diambil perhatian berkenaan dengan tinjauan indeks sentimen pengguna ini. Pertama, oleh kerana kaedah tinjauan sampel dijalankan secara saintifik, ia membenarkan hasil kajian yang diperoleh daripada sampel untuk dirumuskan kepada keseluruhan populasi pengguna.
Kedua, persepsi pengguna terhadap keadaan ekonomi masa hadapan terdekat berkemungkinan besar akan menjadi kenyataan berdasarkan jangkaan rasional mereka. Contohnya, jika pengguna beranggapan harga suatu barangan akan naik di dalam masa terdekat, maka mereka mempunyai kecenderungan untuk membeli barangan berkenaan sekarang berbanding di masa hadapan. Hasilnya permintaan semasa untuk barangan berkenaan akan meningkat, justeru harganya akan turut meningkat. Berdasarkan prinsip ini, maka persepsi pengguna yang terhasil daripada kajian MIER ini adalah amat penting dan amat boleh dipercayai. Sejak tiga tahun lalu indeks sentimen pengguna MIER menunjukkan arah aliran yang menurun.
Lebih ramai pengguna menjangka keadaan kewangan mereka semakin buruk. Pengguna juga menunjukkan kebimbangan terhadap pekerjaan mereka sekarang dan untuk masa terdekat, menyebabkan pengguna menangguhkan pembelian. Kebimbangan terhadap kenaikan harga juga masih tinggi. Keadaan sentimen pengguna sebegini akan memberi tekanan menurun terhadap pertumbuhan ekonomi. Ini kerana pertumbuhan ekonomi Malaysia pada masa kini dipacu oleh perbelanjaan domestik disebabkan oleh kelembapan ekonomi dunia, terutama dalam kalangan rakan dagang utama negara.
Perbelanjaan pengguna pula adalah komponen penting perbelanjaan domestik. Berdasarkan situasi semasa ini, mungkin dasar kerajaan untuk menjana pertumbuhan ekonomi kurang berkesan. Dasar kewangan atau belanjawan berkembang, kerajaan memerlukan pengguna berbelanja untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Jika pengguna tidak berbelanja, maka kesan pengganda adalah kecil, justeru pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan.
Pengguna kini mempunyai kecenderungan untuk mengurangkan perbelanjaan kerana kenaikan harga barangan dan kos sara hidup, sama ada secara benar atau cuma suatu persepsi. Tindakan pengguna mengurangkan perbelanjaan ini adalah melalui proses catuan sendiri, iaitu pengguna terpaksa mengurangkan penggunaan tanpa kenaikan pendapatan. Dengan kata lain tabungan mereka juga tidak bertambah di sebalik pengurangan perbelanjaan.
Jika tabungan pengguna bertambah, ia dapat disalurkan kepada penggunaan yang lebih produktif untuk meningkatkan pengeluaran di dalam ekonomi. Isu ini boleh ditangani secara berkesan melalui pertumbuhan ekonomi yang positif. Dengan kata lain ekonomi perlu tumbuh dengan sihat supaya pengguna mampu terkeluar dari perangkap pertumbuhan ekonomi yang lembap.
Oleh yang demikian, apa cara sekalipun, perbelanjaan pengguna perlu untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Sambil itu kesan pengganda di dalam ekonomi perlu ditingkatkan. Persoalannya bagaimanakah untuk meningkatkan perbelanjaan pengguna, atau sekurang-kurangnya mengekalkan di tahap yang sama, tetapi dengan kesan pengganda yang lebih besar di dalam ekonomi.
PERBELANJAAN domestik penting untuk menjana ekonomi negara. - Foto Hafiz Sohaimi
Kesan pengganda yang tinggi bermakna setiap ringgit yang dibelanjakan di dalam ekonomi akan menjana aktiviti ekonomi yang tinggi, berlipat ganda melebihi seringgit. Dengan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan mapan, lama kelamaan taraf kehidupan rakyat mampu ditingkatkan dan isu berkaitan dengan kos sara hidup dapat ditangani dengan lebih efektif. Justeru, kunci untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi adalah dengan mencipta kesan pengganda yang tinggi di dalam ekonomi. Ini dapat dicapai sama ada melalui dasar kerajaan yang khusus atau melalui usaha bersepadu untuk mengubah sikap atau tingkah laku masyarakat umum. Salah satu cara untuk meningkatkan kesan pengganda di dalam ekonomi adalah dengan mengurangkan ketirisan proses kitaran ekonomi negara.
Contoh ketirisan boleh berlaku apabila pendapatan rakyat Malaysia dibelanjakan di luar negara, sama ada dengan berbelanja di luar negara atau mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika ini berlaku, kesan pengganda berlaku di negara asing, iaitu setiap ringgit yang dibelanjakan akan menjana pertumbuhan ekonomi negara berkenaan. Apa yang ingin kita lihat adalah setiap pendapatan rakyat yang dibelanjakan akan menjana pendapatan rakyat yang lain hasil dari aktiviti ekonomi yang mereka jalankan. Dengan kata lain, permintaan untuk barangan dan perkhidmatan tempatan akan menggalakkan pengeluaran tempatan dan begitulah seterusnya proses ini berterusan sehingga mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang tinggi.
Oleh yang demikian, pengguna perlu mengutamakan barangan tempatan berbanding barangan import jika ada pilihan, terutama untuk barangan dan perkhidmatan pengguna. Ini akan membantu menjana aktiviti ekonomi tempatan. Jika segenap lapisan masyarakat mengambil pendekatan sama, kesan pengganda menjadi besar dan pertumbuhan ekonomi menjadi lebih tinggi. Pencapaian mengurangkan import barangan pengguna menjadi lebih bermakna jika ia dicapai melalui perubahan sikap pengguna berbanding jika dicapai melalui dasar kerajaan.
Contoh dasar kerajaan yang berkaitan adalah melalui duti import yang tinggi untuk barangan tempatan yang serupa. Barangan tempatan yang serupa sama ada dikeluarkan secara semula jadi atau melalui dasar gantian import. Dasar kerajaan melalui tarif atau sekatan selain, perlu diingat adalah tidak selaras dengan dasar pasaran bebas yang diamalkan oleh Malaysia sama ada secara dua hala atau pelbagai hala. Dasar pasaran bebas terbukti lebih menguntungkan negara dan turut meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Maka, kita perlu mengelakkan dari bergerak ke belakang dengan melaksanakan dasar sekatan sebegitu.
Dasar sekatan pasaran bebas juga akan mengundang tindak balas dari negara rakan perdagangan dan akan merugikan negara. Sebagai sebuah negara yang kecil, Malaysia perlu bergantung kepada pasaran dunia. Di samping itu, dasar sekatan juga merugikan pengguna dari segi pilihan di dalam pasaran. Ini juga tidak melambangkan sifat sebuah negara maju yang ingin kita capai. Maka, langkah terbaik untuk meningkatkan kesan pengganda ekonomi tempatan adalah melalui penerapan sikap pengguna untuk mengutamakan barangan tempatan. Barangan import masih wujud sebagai pilihan dan juga sebagai penanda aras kualiti.
Motivasi untuk pengeluar pula adalah dengan wujudnya pasaran global yang besar, asalkan mereka mampu menjaga kualiti dengan adanya persaingan dari barangan import. Kesan perbelanjaan berhemat daripada pengguna begini bukan saja mampu menjana pertumbuhan ekonomi semasa, tetapi yang lebih penting adalah pertumbuhan ekonomi yang berterusan.
Kesan jangka panjang adalah penciptaan sebuah ekonomi yang produktif, yang mampu menjana diri. Pada keseluruhannya, kesejahteraan masyarakat mampu dicapai selaras dengan taraf sebuah negara maju yang dihajati. Penulis ialah Fello Penyelidik Kanan, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113118

0 Komentar untuk " Didik rakyat utama barang tempatan "