Kelmarin, jawatankuasa tertinggi menangani kos sara hidup rakyat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan mesyuarat pertamanya di Putrajaya. Ia antara lain memastikan usaha terus diambil bagi menangani isu kenaikan kos sara secara bersepadu bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Wartawan BH Ahad, MOHD AZIS NGAH mendapatkan penjelasan Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Prof Emeritus Dr Zakariah Abdul Rashid untuk menilai situasi semasa serta tindakan segera yang perlu dilakukan.
S: Keperluan menangani kos sara hidup dilihat begitu mendesak pada ketika ini. Apa komen Prof?
J: Masalah kos sara hidup bukan masalah ekonomi saja tetapi pelbagai dimensi. Jadi kita perlu melihat daripada pelbagai sudut. Isunya timbul dan menjadi genting sejak kebelakangan ini. Dulu sudah ada tetapi tidak ketara. Ia perlu membabitkan pelbagai kementerian dan pihak bagi mendapat kefahaman serta penyelesaian atau langkah terbaik yang sesuai. Penubuhan jawatankuasa baharu ini memang dialu-alukan, cuma kita nak melihat apakah langkah yang akan dilaksanakan nanti.
S: Apakah keutamaan yang perlu disegerakan?
J: Kos sara hidup itu sendiri yang menjadi keutamaan. Rakyat merasakan hidup semakin sempit akibat kenaikan kos sara hidup. Harus mencari penyelesaian segera untuk jangka pendek. Masalah ini berkait dengan masalah struktur ekonomi. Kalau nak atasi masalah struktur, ia perlukan masa panjang, jadi kita kena cari penyelesaian jangka pendek.
S: Rakyat membelanjakan lebih 30 peratus belanjawan bulanan untuk makanan. Bukankah itu wajar diutamakan?
J: Memang betul, jika dilihat daripada segi corak perbelanjaan isu rumah tipikal, perbelanjaan untuk makanan memang membabitkan peratusan tinggi selain pengangkutan dan perumahan termasuk bayaran bil. Jika semuanya digabungkan, ia sudah menggunakan dua pertiga isu rumah. Mengikut teori ekonomi, orang yang berpendapatan rendah memperuntukkan lebih banyak pendapatan gajinya untuk makanan atau benda asas. Kini kita boleh katakan golongan ini merujuk kepada kumpulan B-40. Ini memberi tekanan kepada mereka. Kita tidak tergolong dalam negara yang mempunyai kadar kemiskinan tinggi kerana kadarnya cuma 0.006 peratus saja. Itu satu kejayaan Malaysia dan tersebar ke seluruh dunia, bahkan ada negara lain berminat mempelajari model kita. Bagaimanapun, kita ada masalah besar bagi kumpulan mudah miskin.
S: Siapakah golongan mudah miskin. Adakah mereka ini miskin bandar?
J: Mereka ini tidak berada dalam golongan miskin tetapi mudah miskin daripada aspek kos sara hidup tinggi. Soal kemiskinan boleh diungkap dalam pelbagai sudut sama ada ekonomi, sosiologi, pentadbiran atau politik. Kalau kita lihat kemiskinan di bandar dan luar bandar, kini semakin ramai rakyat menetap di bandar disebabkan proses pembangunan serta permodenan yang berkembang begitu cepat. Kemiskinan di luar bandar masih ada tetapi agak terpencil, merujuk kepada keadaan rumah, sistem perparitan, kemudahan air, sistem pengurusan sampah dan sebagainya. Sebab itu ia dikatakan terpencil dan mereka boleh menguruskannya sendiri. Tetapi jika miskin di bandar, ia cukup menyayat hati kerana rumahnya sempit, sistem pembuangan sampah tidak terurus. Contohnya mereka yang tinggal di kampung air di Kudat dan Kota Kinabalu, Sabah. Mereka tinggal di kawasan bandar tetapi sangat memerlukan perhatian bagaimana mereka boleh meneruskan hidup di kawasan bandar.
S: Jadi, golongan miskin bandar inilah yang paling teruk terjejas dan perlu diberi perhatian?
J: Ya, kita ambil contoh golongan miskin. Mereka ini sudah terkeluar daripada senarai penduduk miskin. Pendapatan isi rumah mereka mungkin sudah melepasi had garis kemiskinan negara, mungkin RM1,500 sebulan. Katakan jika ada empat orang dalam satu keluarga dengan pendapatan sebanyak itu. Memang mereka tidak miskin tetapi hidupnya cukup menyayat hati. Inilah yang dipanggil golongan mudah miskin. Begitu juga golongan yang baru bekerja dan membina keluarga. Komitmen mereka cukup tinggi kerana walaupun belum bekerja, mereka sudah dibebankan dengan hutang terlalu besar. Statistik hutang isi rumah yang dinisbahkan kepada pendapatan per kapita negara sangat tinggi iaitu mencecah 87 peratus. Jika ditolak dengan perbelanjaan, hasilnya akan negatif, sedangkan mereka tidak berada dalam kategori miskin. Bagi yang belajar di universiti, mereka terpaksa membayar hutang pengajian dan bagi yang tidak terikat dengan hutang pengajian, mereka ada hutang lain seperti perumahan atau kenderaan. Ini satu keperluan. Tidak semestinya keluarga yang tinggal di rumah buruk tetapi mempunyai kereta tidak layak dikatakan miskin kerana mereka memerlukan kenderaan itu untuk keluar bekerja. Kita tidak mempunyai pengangkutan awam cekap yang boleh dijadikan alternatif kepada mereka untuk keluar bekerja. Jika nak katakan mereka mampu, itu tidak layak.
S: Masalahnya, rakyat juga dibebankan dengan kenaikan kadar tambang pengangkutan awam?
J: Isu ini sudah lama dibincangkan dan memang ada usaha dibuat. Ramai yang mengatakan ketika ini banyak projek mega sedang berjalan seperti MRT yang akan siap pada lima atau 10 tahun lagi. Jika ia siap, itu satu pencapaian yang besar tetapi kita bercakap soal hari ini. Bagaimana cara nak atasi masalah ini. Kita sendiri pun tidak tahu, selepas MRT siap nanti, apakah jumlah rakyat masih sama sedangkan program perbandaran semakin besar dan penduduk bertambah. Adakah semua itu sudah diambil kira dan dapat menampung keperluan pada ketika itu. Berdasarkan pengalaman, masalah itu sentiasa ada dan semakin parah.
S: Tambang dan harga barang semakin naik tetapi gaji tetap sama. Bukankah ia tidak seimbang?
J: Isu kos sara hidup ini berlaku kerana pendapatan tidak dapat menampung kos perbelanjaan keperluan. Pendapatan kurang daripada perbelanjaan. Perbelanjaan semakin mendesak akibat kenaikan harga. Contohnya kenaikan tambang LRT, komuter atau teksi. Kenaikan harga ini memberi tekanan kepada pengguna. Ini bermakna, dengan pendapatan yang ada, nilai kuasa beli pengguna semakin kecil. Dulu, dengan nilai RM50, kita boleh membeli banyak barangan tetapi hari ini, kuasa belinya semakin kecil. Inilah yang dikatakan peningkatan kos sara hidup. Isu subsidi yang dikurangkan, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan tarif elektrik, semuanya memberi tekanan. Jawatankuasa tertinggi baharu harus memberi tumpuan khas kepada isu jangka pendek ini.
S: Apa yang sepatutnya kita lakukan?
J: Secara realitinya, kos sara hidup ini timbul apabila pendapatan tidak dapat menampung perbelanjaan. Benarkah kos sara hidup di Malaysia tinggi? Tidak. Sebenarnya kos sara hidup di Malaysia tidak tinggi bahkan antara yang rendah. Kita berasa kosnya tinggi kerana pendapatan kita rendah. Jadi, ia tidak dapat mengimbangi kos yang ada. Kita rasa terbeban. Dalam konteks penjual dan pembeli, apabila harga dipersetujui, ia akan dijual dan dibeli. Wujud suasana harmoni dan tidak sukar.
Antara kedua-duanya ada satu perkara yang jarang diperkatakan iaitu kawal selia. Ia akan memastikan pengguna dan penjual bertindak secara harmoni, tiada berlaku kekecohan yang menyebabkan satu pihak tidak berpuas hati dan kebiasaannya ialah pembeli. Pengawal selia harus pastikan tingkah laku kedua-dua mesti mengikut yang sepatutnya seperti tiada caj berlebihan. Ketika ini, kita berasakan penjual mengambil kesempatan hasil langkah reformasi seperti penarikan balik subsidi, gerakan antipercatutan dan gaji minimum yang menyumbang kepada kenaikan harga. Bagi penjual, inilah peluang mereka untuk lebih kreatif mendapatkan keuntungan tinggi.
Pengawal selia perlu mainkan peranan mengetatkan penguatkuasaan seperti Akta Kawalan Harga, Akta Timbang dan Sukat dan sebagainya. Jika semua itu dapat dilaksanakan secara tegas dan padu, masalah boleh dikurangkan. Dalam ekonomi Islam, memang ada peranan pengawal selia untuk pastikan ejen ekonomi bertindak mengikut sepatutnya. Pengguna perlu diberikan perlindungan daripada salah laku penjual. Itu masalah jangka pendek yang boleh dilakukan.
S: Mungkin had gaji minimum perlu dinaikkan lagi untuk wujudkan keseimbangan?
J: Itu soal jangka panjang iaitu masalah struktur ekonomi. Semua negara mengalami isu yang sama. Dulu, banyak masalah seperti itu disorokkan dan dibiarkan tetapi dalam dunia lebih terbuka kepada persaingan dan globalisasi, semua perkara itu ditimbulkan semula. Jadi, kerajaan kini komited untuk melakukan langkah reformasi bagi menyelesaikan masalah struktur ini. Pasaran buruh kita sangat tidak cekap. Kita akui ada masalah dan komited hendak atasi masalah. Langkah reformasi ini akan membawa kepada masalah kegetiran hidup.
Kita hendak baiki masalah, tetapi pengurusan reformasi itu juga penting. Dalam isu soal gaji rendah, kita tidak boleh naikkan secara mendadak. Perangkaan menunjukkan tahap gaji di negara kita ialah 33.6 peratus dalam pendapatan perkapita negara, memang rendah dan kerajaan nak naikkan kepada 40 peratus pada tahun 2020. Ketika ini, di negara maju, ia sudah mencapai 40 hingga 45 peratus. Ia memang perlu dinaikkan tetapi tidak boleh secara mendadak, jika tidak ia akan parah. Itu pun berlaku pertentangan kerana apabila memperkenalkan dasar gaji minimum, ia membabitkan pekerja dan majikan. Dalam hal ini, ia juga membabitkan banyak kumpulan pelobi termasuk ahli politik. Kadang-kala dasar yang baik itu terpaksa diubah suai dan berdepan masalah.
S: Apa yang patut dilakukan rakyat atau pengguna dalam situasi sekarang?
J: Perlu memberikan keutamaan perancangan berbelanja. Gaji kecil tetapi perbelanjaan besar, jadi jangan terikut-ikut kepada perbelanjaan emosi. Misalnya kerap menukar telefon bimbit baharu, bercuti di luar negara sedangkan kita banyak komitmen untuk belanja anak ke sekolah. Elakkan pinjaman bank semata-mata hendak tambah aksesori kenderaan atau naik taraf rumah. Ini masalah kawalan diri, tepuk dada tanya selera. Apabila duit di tangan, kadangkala hilang punca hendak berbelanja. Dalam keadaan genting seperti ini, kita kena lebih bijak.
S: Bagaimana jangkaan ekonomi Malaysia dan global pada tahun 2016?
J: Tidak akan banyak berubah berbanding 2015. Jika mengikut jangkaan, pertumbuhan ekonomi hampir tidak berubah dengan apa yang sudah dicapai pada 2015. Ini berdasarkan senario dunia yang menunjukkan ekonomi rantau Asia Timur akan mengalami pembaikan yang sangat kecil. Jadi, saya rasakan ekonomi Malaysia pun tidak akan berubah sangat. Kita lihat keadaan ekonomi dalam negara yang sangat bergantung kepada sumber petroleum dan gas yang harganya sangat rendah pada ketika ini. Keadaan kewangan sektor awam dan polisinya juga semakin sempit. Maknanya, kawalan polisi dan fiskal tidak menyediakan banyak ruang untuk kita bergerak lagi.
Dulu, kita boleh berbelanja ketika harga minyak AS$100 (RM429) setong tetapi hari ini harganya cuma AS$36 (RM145) setong. Jika kekal begitu, keadaan ekonomi negara tidak akan berubah. Ramai yang mengatakan bahawa kita perlu membiasakan diri dalam keadaan harga minyak dunia pada harga rendah seperti ini untuk tempoh beberapa tahun akan datang. Jadi, bersedialah untuk menghadapi keadaan yang sukar ini. Ikuti BH Plus di www.bharian.com.my untuk lebih gambar dan video
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113068

0 Komentar untuk " Ambil kira pelbagai faktor tangani kos sara hidup "