Burger King sasar dua lagi restoran - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Burger King sasar dua lagi restoran

Am Setia Sdn Bhd (Am Setia), sebuah syarikat milik penuh Bumiputera mengorak langkah mengembang perniagaan melalui anak syarikatnya, Am Setia Restaurant Sdn Bhd dengan membuka restoran makanan segera di bawah jenama Burger King.

Dengan menyertai francais rangkaian restoran terkenal itu, menjadikan Am Setia syarikat Bumiputera pertama negara dan menyertai 52 rangkaian Burger King di negara ini.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Md Azemi Mahat berkata, pemilihan Batu Pahat lokasi restoran pertama dengan kos RM2.5 juta kerana semakin pesat membangun.

"Dalam masa yang sama syarikat menyasarkan tiga restoran makanan segera tersebut dalam masa dua tahun, di mana pada pertengahan tahun ini ia akan dibuka di Segamat dan tahun hadapan di Skudai, Johor Bahru.

"Dengan pembukaan restoran ini di Batu Pahat, ia membuka ruang serta peluang kepada masyarakat setempat, khususnya dalam aspek peluang pekerjaan di daerah ini.

“Ia selaras pembangunan ekonomi dan keusahawanan di kalangan usahawan muda serta usahawan Bumiputera yang kini merupakan tumpuan Kerajaan Negeri Johor,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian semasa perasmian Restoran Burger King Batu Pahat di Jalan Jelawat, dirasmikan Menteri Besar Johor, Daruk Seri Mohemad Khaled Nordin.

Katanya, pembukaan restoran itu merupakan kebanggaan Am Setia kerana menjadi usahawan pertama menyertai francais Burger King di negara ini.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled mengucapkan tahniah dengan cawangan itu dan keberanian serta kesungguhan Am Setia wajar dicontohi.

0 Komentar untuk " Burger King sasar dua lagi restoran "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ