SEJAK kebelakangan ini, rindu pada tanah suci makin kuat menggigit perasaan apatah lagi melihat gambar dikongsi sahabat-sahabat yang sedang berziarah ke sana.
Kadang-kadang hampir menitis air mata tidak kira waktu apabila menatap gambar-gambar indah suasana Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Haram di Mekah yang terkini.
Perasaan sayu makin mencengkam jiwa ketika pandangan mata terhenti pada gambar Kaabah.
Teringat ‘pertemuan’ pertama dengan Kaabah tahun lalu, hati dan perasaan bagai dijentik-jentik, pelbagai rasa bertamu.
Tidak pernah tergambar dalam fikiran pada usia begini, ALLAH SWT memberi keizinan untuk kami sekeluarga menjejakkan kaki ke tanah suci itu.
Ini juga perjalanan pertama kami sekeluarga bersama-sama keluar dari bumi Malaysia dan tidak pernah terbayang, perjalanan itu adalah untuk menjadi tetamuNya.
Sepanjang perjalanan daripada mula menjejakkan kaki ke dalam bas yang membawa kami ke lapangan terbang di Singapura dari Johor Bahru kemudian terbang terus ke Abu Dhabi sebelum menukar penerbangan ke Madinah sehingga melanjutkan perjalanan ke Mekah, dalam kepala penulis terus membayangkan, bagaimana rupa Kaabah nanti.
Setelah menempuh perjalanan dengan bas kira-kira enam jam dari Madinah, akhirnya kami tiba di tanah haram, hati sudah berdebar-debar untuk menyaksikan sendiri dengan mata kepala ini, rupa Kaabah, walaupun sudah pernah melihatnya dalam gambar dan di kaca TV sebelum ini.
Saat melangkah masuk ke kawasan Kaabah untuk menunaikan umrah pertama, rasa kagum bertamu tanpa diundang. Subhanallah! Hanya itu ucapan yang mampu terungkap.
Sebak, terharu, gembira, sayu semua rasa menjadi satu.
Dan kini, setelah lebih setahun berlalu, rasa rindu ini menarik penulis untuk membelek kembali gambar-gambar yang dirakam bersama keluarga di sana.
‘Cemburu’ melihat sahabat-sahabat lain berada di sana dan dalam hati sentiasa berdoa supaya ALLAH SWT memberikan rezeki lagi untuk kembali menjadi tetamuNya bersama kedua-dua ibu bapa yang kian dimamah usia.
Masih teringat lagi doa mak di hadapan Kaabah ketika selesai Tawaf Wida' yang diiringi air mata memohon kepada ALLAH SWT agar diberi kesihatan dan kesempatan untuk kembali lagi.
Moga seluruh umat Islam dan pembaca diberikan rezeki menjejakkan kaki ke tanah suci. Amin.

0 Komentar untuk " Ya ALLAH, rindunya pada kota suciMu "