KEMASKINI status terakhir Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim di laman Instagram dan Facebook menjadi tatapan rakyat jelata selepas Almarhum pergi buat selamanya, malam semalam.
Meskipun akaun laman sosialnya sudah tidak dapat diakses sejak semalam namun paparan skrin statusnya terus dikongsi.
"Dari kecil sampai sekarang, kalau nak ketawakan sesuatu, mesti dia akan cubit saya dulu. Kalau pernah nampak dia cubit saya depan orang ramai. Adalah itu dia nak sampaikan. Cuba teka siapa?," tulisnya pada sekeping gambar zaman kecilnya dipercayai bersama kekandanya, Tunku Idris Sultan Ibrahim.
Gambar sama turut dimuat naik Tunku Idris semalam selepas berita kemangkatan Almarhum tersebar di laman sosial.
Sejak itu, laman sosial terus dibanjiri ucapan takziah dan rata-rata rakyat di negara ini terutama dari Johor berduka atas kehilangan permata berharga itu.
Ucapan takziah dan luahan rasa dari seluruh pelosok rakyat yang mengenali Almarhum termasuk individu yang rapat dengannya.
Kekandanya, Tunku Ismail dan Tunku Idris; sahabatnya, Nomad; penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza serta personaliti tanah air, Faizdickie tidak terlepas berkongsi rasa yang menyentuh hati.
"Kepada adikku yang dikasihi... Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya.
"Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri. Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu.
"Kamu takkan dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku. Semoga Allah merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan kamu," tulis Tunku Ismail.
"Malam ini kita kehilangan salah seorang insan paling baik hati yang saya pernah kenal...Sayang dan rindu kamu selalu dan selamanya," tulis Tunku Idris.
"Putera raja yang berjiwa rakyat. Saya kehilangan seorang teman, sahabat, teman bergurau senda dan pemberi semangat tiap kali saya kesedihan.
"Tiada lagi panggilan 'Mak Iti' dari insan bernama YAM Tunku Jalil. Lil, maafkan Mak Iti tak dapat menziarah Lil buat kali terakhir, namun Lil sentiasa dalam doa Makiti. Al-Fatihah," tulis Siti Nurhaliza.
Membaca perkongsian yang terus menerus dikongsi, suasana pilu terus dirasai mengenang insan yang terlalu merendah diri ini.
Mangkat pada usia 25 tahun selepas menderita kanser hati tahap empat, Almarhum sempat menjalani rawatan pemindahan hati di China sebelum ini.
Semasa hayatnya, putera keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim ini sering dilihat mengunjungi pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk beramah mesra dan bertanya khabar.
Malah Almarhum sering terlihat menghabiskan masa bersama rakyat dalam pelbagai aktiviti termasuk mengisar air batu campur di tepi jalan.
Beliau begitu aktif di laman sosial berkongsi aktiviti-aktivitinya dan berinteraksi dengan rakyat hingga menyebabkan Almarhum begitu disenangi.
Beliau turut menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana yang bertujuan untuk membantu pesakit kanser di negara ini.
Malah beliau dikatakan tidak bermain polo disebabkan alahan pada bulu kuda.
Almarhum yang diputerakan pada 5 Julai 1990 berkelulusan dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan dari universiti di United Kingdom ini juga pernah bekerja sebagai penjaga zoo di Singapura selama setahun dan di London hampir dua tahun.
Almarhum Tunku Jalil mencatat sejarah sebagai kerabat diraja Johor pertama yang berkhidmat dalam pasukan polis selepas menamatkan kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan sekali gus bergelar Inspektor.
Jenazah akan disemadikan di sebelah kanan makam nendanya Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail yang mangkat pada 22 Januari 2010, atas permintaan Tunku Abdul Jalil sebelum ini.
Tiada lagi gurau sendanya mahupun keletahnya yang dapat disaksikan.
Hanya memori yang akan terus terakam dalam kenangan rakyat jelata tentang seorang kerabat bernama Tunku Abdul Jalil.
Semoga ALLAH SWT mengurniakan rahmat dan hidayahNYA untuk insan ini yang bersemayam di lokasi akhir.
Al-Fatihah.

0 Komentar untuk " Perginya putera raja berjiwa rakyat "