MUSLIM Tionghoa Malaysia secara umumnya membawa tiga jenis imej iaitu sebagai komuniti, pertubuhan dan pemikiran. Sebagai komuniti, setiap Muslim Tionghoa bebas untuk membawa haluan masing-masing dan tidak mempunyai identiti tertentu.
Mereka bebas untuk menentukan apa identiti yang hendak dibawa. Ada yang lebih kepada Melayu, ada yang mahu kekal imej Cina, ada yang cuma mahu Islam dan ada yang tidak tahu apa identiti yang mereka ada. Sebagai komuniti, Muslim Tionghoa Malaysia bagaikan pasar borong yang mempunyai bermacam-macam imej di dalamnya, dari yang salafi kepada yang mengepalai demonstrasi jalanan.
Sebagai pertubuhan, imej Muslim Tionghoa Malaysia lebih jelas dan tersusun. Setakat hari ini, Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) merupakan pertubuhan tunggal yang mewakili kepentingan masyarakat Cina Muslim di negara ini. Mereka gigih memberi penjelasan kepada masyarakat tempatan mahupun luar negara tentang keharmonian antara budaya Cina dan Islam.
Saban tahun mereka menganjurkan aktiviti-aktiviti kebudayaan Cina untuk mempamerkan keharmonian ini seperti Tahun Baharu Cina, pesta tanglung dan kuih bulan serta majlis membuat kuih ‘chang’ atau ketupat Cina.
Barisan kepimpinan mereka baik di peringkat pusat mahupun negeri juga giat memberi penerangan tentang keharmonian antara Islam dan budaya hidup Cina, di samping menjelaskan salah faham antara masuk Islam dan masuk Melayu.
Sebagai bentuk pemikiran, Muslim Tionghoa beralih daripada satu kaum beragama Islam kepada satu bentuk melihat Islam.
Muslim Tionghoa sebagai satu bentuk melihat Islam bertitik tolak dari keadaan di mana falsafah dan budaya hidup Cina dilihat sebagai asing kepada Islam dan seorang Tionghoa yang memeluk Islam harus meninggalkan hubungannya dengan kehidupan Cina. Namun banyak aspek kehidupan Cina adalah kehidupan Islam itu sendiri dan seorang Tionghoa yang memeluk Islam boleh terus mengamalkannya sebagai kehidupan Islamnya.
Mengambil iktibar dari senario sebegini, masyarakat Barat dan Timur seperti Eropah dan Jepun boleh melihat kepada warisan dan tradisi hidup mereka sebagai budaya hidup Islam dan tidak perlu menjadi Arab atau Pakistan atau Turki untuk identiti Islam mereka.
Orang Islam berbangsa Inggeris umpamanya mempunyai Elizabeth (I) dan Victoria sebagai dua zaman kegemilangan Inggeris untuk menjadi sumber inspirasi tentang bagaimana menjana sebuah budaya Islam yang bersifat Inggeris.
Andalusia atau Islam di Sepanyol boleh menjadi sumber ilham menghubungkan Islam dan Barat yang seterusnya boleh diterjemahkan ke dalam hubungan Islam dan Inggeris bercirikan Elizabeth (I) dan Victoria.
Ibnu Arabi, Ibnu Rushd, Al-Shatibi dan Ibnu Khaldun adalah contoh tokoh Islam terkemuka Andalusia yang boleh dijadikan sumber rujukan membentuk pandangan hidup Islam Inggeris yang seterusnya diterapkan ke dalam budaya hidup Inggeris, menggabungkan kesusasteraan tinggi Elizabeth (I) dengan adab ‘English ladies and gentlemen’ Victoria.
Hasilnya ialah satu bentuk kehidupan yang tauhidnya menjanakan kerohanian yang tinggi, menjelmakan falsafah tentang makna kewujudan yang dinamik serta memancarkan estetika dan kesenian ke dalam segala aspek kehidupan, dari pemikiran kepada pertuturan kepada penulisan kepada tatatertib dalam rumah kepada berpakaian kepada pergaulan kepada penjagaan alam persekitaran dan kepada penghasilan seni bina dan kraf tangan yang bersifat Islam tapi berwajah Inggeris.
Orang Barat hari ini melihat Islam sebagai sesuatu yang bersifat Arab. Orang Islam di Barat pula melihat budaya Barat sebagai sesuatu yang bukan bersifat Islam.
Lantaran, orang Barat secara umumnya kurang minat dengan Islam kerana melihat bahawa mereka harus tinggalkan falsafah dan budaya hidup mereka, sama ada Inggeris atau Perancis serta menukar nama mereka kepada yang berbunyi Arab. Selain dari itu, mereka lihat ada dalam kalangan yang memeluk Islam menghentam tamadun Barat mereka sendiri serta bercakap dan berkelakuan seperti orang Timur Tengah masa kini.
Justeru, imej Muslim Tionghoa ketiga ini berguna sebagai pembina jambatan antara Islam dan bukan Islam dalam masyarakat selain dari masyarakat Cina.
Penulis sendiri akan cuba usahakan imej ketiga ini untuk Barat serta negara lain seperti Jepun dan Korea.
* Penulis bekas pensyarah Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

0 Komentar untuk " Tiga wajah Muslim Tionghoa "